Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Friday, August 20, 2010
Ayam masak kicap & telur bungkus
Jom aku bagi resepi :
Ayam Kicap
Ayam
Kicap
bawang putih
bawang merah
halia
Sos tiram
cili
kalau suka boleh letak bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang
Goreng ayam macam biasa. Pas tuh goreng. Sementara tuh blend bawang merah putih dan halia. Tumis bahan bahan tadi bersama bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang.Kemudian masukkan sos tiram.. pas tuh masukkan kicap.. greng sehingga pekat. Kemudian masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Masukkan air . Masukkan tomato yang di potong kecik. Tomato nih akan hancur dan kuah dia rasa masam masam sket (ni kalau suka laa). Kacau sebati, tunggu masak masukkancili dan tomato potong (yg nih untuk hiasan.... siap...
Telur bungkus plak;
Daging cincang
Sos tomato
bawang besar 1 biji (separuh blend separuh cincang dadu)
bawang putih 2 biji kecik
telur
minyak sapi 1/2 sudu kecik
sayur campur (yg ada kcg pease, jagung and carrot tu)
Blend bawang putih dan bawang merah. Tumis, kemudian masukkan sedikit aja minyak sapi. Masukkan sos tomato. Kalau nak pedas campurkan sikit cili sos. Masukkan daging cincang tadi. Bila dah masak. Masukkan pulak bawang besar yg di potong dadu.dan sayur campur. Bila dah rasa.. angkat dan ketepikan dulu.
Kacau telur cam nak buat dadar. goreng besar besar kemudian letakkan daging tadi.. pas tuh korang bungkus .. siap..
Thursday, August 19, 2010
terkenang mereka
Preteen ...
Wednesday, August 18, 2010
PUDING TRIFFLES
Bahan.
Swiss roll / kek gulung apa apa perisa...
1 tin fruit coktail
Jelly Kristal Nona - perisa apa apa - biasanya kalau kek strawbery aku akan guna perisa strawbery atau bluebery
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
Whipping cream / Nestle Yogurt / susu cair / ice cream - nih untuk topping biasa aku guna susu cair dengan ice cream vanilla.. sebab malas nak spray whipping cream kat atas dia... dan nak jimat
Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll / kek gulung anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan Air fruit coktail...keatas swiss roll/ kek gulung ..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 3 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dah mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 4:
Click sini .... Nih resepi aku yang dah aku ubah suai ..Puding Triffle ...
Ketupat Sotong
Teringat masa mula mula aku masak ketupat sotong ni.. masa tu memula kawin ... kakak aku kata kalau aku masak benda nih sure laki aku suka.. pasal ketupat sotong ni sikit lebih kurang macam makanan kegemaran orang Kelantan laa... so aku pun apa lagi.. carik laaa resepi ketupat sotong nih dan banding bandingkan dengan resepi yang kakak aku dah bagi... sekali bila aku masak.. pergh... memang laki aku suka makan .. sekarang ni merupakan makanan kegemaran family terutama sekali adik Nayli... dan bila first time bawak gi umah ipar ipar aku .. dia orang pun baru teringat yang makanan nih sememangnya adalah makanan kegemaran orang Kelantan.. . Tapi harus diingatkan makanan ni adalah bukan di makan dgn nasi.. ianya adalah sebahagian dari desert atau minum petsng yer. Hehe .. amaran untuk mereka yg bukan berasal dari Kelantan ..hu hu hu... ni korang amik laa resepi dia ...
Bahan Bahan
Sotong dalam 10 ekor (kalau nak sedap pilih yang sederhana besar) kalau besar sangat pun tak best pasal nanti liat
Santan
Bawang merah dalam 2 bijik
Halia sikit jer sebesar jari kelingking
Halba dalam sejemput
Gula kerek (gula melaka)
sedikit garam
pulut
daun pandan
Cara :
Hiris bawang merah dan halia halus halus. Bersih kan sotong tanggalkan kepala dia dan simpan.Basuh pulut dan tapis/toskan. Masukkan/ sumbatkan pulut ke dalam badan sotong .. jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 jer kedalam isi perut sotong tu.. kemudian amik kepala dia dan lekatkan balik dengan mencucukkan dengan lidi. Pas tuh amik santan kira rasa rasa cukup sampai terendam semua sutun sutun tadi. Masukkan gula melaka dan daun pandan, bawang, halia dan helba. Garam secukup rads. Tutup kan periuk dan masakkan dalam 45 minute kot. Api tak perlu besar sangat. Bila kuah dia dah pekat dan dah sampai berminyak sikit boleh la angkat. Dah siap ... huhuhu best giler ..
Monday, August 16, 2010
Ayam percik untuk berbuka
Bahan bahan :
Ayam setengah ekor
Santan pekat
Bawang merah dalam 5 - 8 bijik
Bawang putih 3 - 4 bijik (yg kecik kecik jer)
Halia sebesar ibu jari
Serai 3 - 4 batang
Sedikit gula melaka (gula putih pun ok)
asam keping 3 keping
cili boh / cili mesin (kalau nak pedas buh banyak)
sejemput beras (petua untuk pekatkan kuah)
garam secukup rasa
Memula besihkan ayam. Kemudian potong besar besar sket. Blend semua bahan (kecuali asam keping dan ayam laa kan). Kalau ada masa da nak sedap lahi perap dengan bahan bahan kat atas tadi. Kalau tak der masa macam aku hari nih ... Blend semua bahan dengan santan pekat tadi. Masakkan atas dapur sekali dengan ayam... masukkan asam keping .. masak sampai kuah pekat ... bila dah hampir pekat dan rasa rasa aym dah masak angkat dan ketepikan ayam ... sambung pekatkan kuah sambil rasa cukup ker tidak .. sementara tuh bakar ayam tadi. Renjis renjiskan kuah ayam tadi... bila dah masak ... curah kuah percik kat atas ayam.. boleh buka puasa dengan sungguh menyelerakan ...
Mungkin Allah ingin sampaikan sesuatu pada umatnya .. mungkin satu ujian atau satu bala dan petunjuk.. sama sama fikirkan ...
Jasin police chief DSP Che Suza Che Hitam identified the traders as "murtabak" seller Mahadi Mohamad, 40, of Kampung Gong Merang, Terengganu, and "cendol" seller Abdul Omar, 73, of Air Merbau here while the visitor as Muhammad Wahab, 49, from Kampung Rim, Jasin.
He said they were badly injured in the head when struck by the steel supports of the 20 ft by 20 ft tents in the incident at about 5pm.
Che Suza said Abdul died at the scene, Mahadi at Hospital Jasin and Muhammad at the Melaka Hospital.
He also said that three of the 18 injured people had been hospitalised, one at Melaka Hospital, one at Jasin Hospital and one at the Putra Specialist Hospital near here.
"The 15 others were given outpatient treatment at Jasin Hospital," he said.
A trader who escaped injury, Farim Rosli, 32, said the winds blew off almost all the 21 tents.
"The winds came all of a sudden. I managed to avoid being hit by the steel supports as the traders and customers ran for cover," he said.
"In my seven years of trading here, this is the first time I have experienced such strong winds," said Farim, who is from Kampung Air Merbau.
A customer, Fatimah Hassan, 32, said a crowd of people was busy buying food for breaking of the fast when the winds struck.
"There was panic as everyone ran for cover. I was almost hit by a steel support," she said.
Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Jasin Member of Parliament Datuk Ahmad Hamzah, Merlimau State Assemblyman Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan and Sungai Rambai State Assemblyman Hassan Rahman visited the injured.
-- BERNAMA
Sunday, August 15, 2010
Kempen Seorang Sekampit Beras
Sukacita dilampirkan poster dan flyers Kempen "Seorang Sekampit Beras".
Kutipan sumbangan telah dimulakan dan dijangkakan agihannya untuk setakat ini kepada mereka di :
a) kawasan Jalan Kebun, Shah Alam
b) kawasan Gombak
c) kawasan Sungai Buloh.
Marilah sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan dan keprihatinan anda amat dihargai.
Sila rujuk website Abim untuk maklumat lanjut ....
"Seorang Sekampit Beras"
Coconut Shake
Coconut .. kelapa muda dalam 3 biji asingkan air dan isi kelapa muda nih
ais cream vanila - jgn banyak sangat pasal nanti rasa ice cream jer tak rasa kelapa
susu pekat manis sedikit
air batu
Cara :
Air kelapa muda tuh korang asingkan air dan isi dia ... kemudian mesin isi kelapa dengan ais cream dan ice tadi ..masukkan susu pekat manis sesedap rasa ..kalau nak manis buh banyak.. tapi ingat ice cream tadi pun dah manis dah nanti terover manis plak ... kemudian masukkan air kelapa muda tadi... agak agak jgn cair sangat nanti tak sedap .. kalau nak senang blend sekali dengan isi kelapa dan ice cream dan ice tadi .. tak yah byk kerja ... dah siap .. gila senang .. dan memang sedap ..
Tuesday, August 3, 2010
Adush .. abang perWIRA ku .. kenapa laa begini nasib mu ...
sambung balik cerita .. pagi nih kereta seperti biasa banyak ... aku terus melewati kawasan perumahan aku dan memasuki tol yang baru bukak setengah setengah belakang umah aku tuh ... bayar tol 2.50 .. aku terus meluncur laju .. hubby mintak tolong peratikan kadar prestasi kereta tuh setelah di repair ... aku pulank bab bab kereta nih barghal sikit .. yang aku tahu .. selagi dia boleh berjalan maknanya tak rosak .. kalau dia berenti tersengut senggut maknanya rosak .. simple as that .. aku kurang peka dengan kereta ... malah dengan apa benda sekali pun ..
Sampai kat tol Salak Selatan tuh aku bayar tol dan terhenti akibat jam ... namun masih berjalan jalan siput .. tiba tiba hubby call ... "kat mana" tanya dia .." "dah sampai office ker belum .." "Belum baru pukul berapa tanya aku balik .. kat jalan Tun Razak nih .. jammed .. " jawab aku selamba. Pas tuh dia tanya lagi "awak tak tengok ker ada minyak tumpah kat simin depan umah tadi .. " "Ha !!! "aku tekejut .. "awak gostan keta tak nampak ker ada minyak tumpah kat situ ???" "rrrrr... tak perasan laa pulak .." "huh !!!! jawabnya seperti benar benar marah dengan kesengalan aku ..."haa.. okla okla gud luck laa...." dia letak telefom "erk !!!" dan aku pulak terkebil kebil macam cicak telan kapur ... rrrrr .. minyak apa yg tumpah ?? apa akan jadi dengan keta nih kalau ada yang bocor .. sempat tak aku sampai office .. banyak betul soklan soklan yang berlegar legar .. aku yang bebal nih meneruskan perjalanan ... rasa macam macam .. pepundi aku mula rasa penuh .. seperti biasa ... peluh peluh sejuk mula terbit ... tapi aku berpandukan instinct .. aku tarik nafas .. hmmm.. jantung aku tak berapa bedebar .. aku yakin kereta nih akan sampai di KLCC ... jammed semakin hebat bila aaku berada di penjuru Jalan Tun Razak ... kereta semakin tak berjalan .. kalau lama stuck maknanya minyak tuh akan terus mengalir .. mengalir tanpa henti .. dan kereta ini sudah pasti akan berhenti .. apa perlu ker aku ke stesen minyak .. atau aku perlu terus yakin dan tawakal aja ...
Perjalanan aku kali ini penuh dengan teka teki .. aku rasa seperti hendak aja aku ke sungai Kelang kejap kejap tuh dan humban kan perWIRA aku nih .. buat permainan ikan .. kalau boleh berbuat begitu sudah pasti inilah sumbangan terbesar aku terhadap ikan ikan di sungai kelang itu .. pasti 7 keturunan ikan itu akan mengingati jasa aku .... manusia pertama yang menghadiahkan kereta sebagai taman permainan mereka..
Tapi kesian pulak .. sudah lebih 10 tahun dia berjasa pada aku dan suami aku .. dia cuma demam .. aku perlu faham.. aku betul betul sayang lagi dengan dia ..arghhh.. abang perWIRA ku mengapala begini nasib mu .. lepas satu satu .. tak putus putus sengsara mu ini .. dan ko heret pulak aku sekali .. cissss...
Lampu isyarat menandakan sudah dekat aku di KLCC .. Wahai perWIRA ku .. tolong laaa sampaikan aku di Parking KLCC .. bantu laa diriku ini Ya Allah ... aku mohon agar tuhan dapat perkenankan doa aku ..
Alhamdulillah aku sampai dan parking dengan selamat .. aku terus keluar kereta dan periksa minyak yang bocor .. nampak menitik kuat juga .. pergh lajunya detik hati aku .. kalau cam nih by the time aku balik 6.30 kang mahu kering kontang ... macam mana nak buat nih ... perlu ker aku takung minyak nih ... atau aku siap siap beli minyak nih agar boleh buat spare kekalau injin aku mati nanti ...
arghhhh .. hampir aku terbaring baring memeriksa kereta itu .. aku tak peduli apa orang kata .. yang penting aku perlu settle kan maslah aku ini ... dalam aku mencari cari jawapan ...tetiba datang sedikit kepadaian yang tuhan anugerahkan ke atas diri aku ketika itu .. aku terfikir .. rrr... rrrmmm... cam bukan minyak jer benda yang menitik kuat nih .. aku cuba capai .. aku sudah mula menerap kat parking lot tuh untuk memeriksa keadaan di bawah kereta itu ..... nih air nih ... laaa.. apa laa sengal sangat ko nih .. detik aku sendiri .. tu air air cond laa bingap ..memang laa menitik kuat .. adush letih betul laa.. aku bercakap seorang diri .. monolog dalaman .. yang menitik tuh kat depan .. minyak warna merah ... hmm.. tak la banyak sangat ..
Terbongkok bongkok aku memeriksa minyak tuh .. aku buat report kat hubby .. cuma aku takkan bagi tahu la .. kebingapan aku sebentar tadi .. aku perlu control macho .. agar tidak di perkotak katikkan oleh suami sendiri .. malu beb kalau dia tahu ... setahun pun belum tentu habis aku dikutuk dia ... kemudian hubby suh carik tempat check minyak .. memula tuh gubra gak tak jumpa .. heheh .. biasa laa aku kan ... lelama aku jumpa dan boleh laa sukat .. aku kata banyak lagi .. rasa rasanya sempat 6.30 kang ...
so petang lepas kuar opis.. benda pertama yg aku lakukan ialah .. check minyak tuh .. nampak gaya banyak lagi dan hubby kata sempat sampai .. aku cuma tawakal ... dan alhamdulillah .. aku selamat sampai kat rumah ... aku tahu Allah akan tetap menolong hambanya .. walau pun hambanya ini sedikit sengal (tahap gaban)
Monday, August 2, 2010
No turning back
Sejak aku amik alih Manpower contract .. hidup aku huru hara betul .. kalau dulu cabaran yang aku perlu lalui ialah sama ada barang yang aku ingin purchase akan sampai tepet atau sebelum waktunya ... boss aku pun cukup suka bagi aku order barang barang super urgent . pasal aku memang suka akan cabaran itu .. aku akan pastikan se,ua item delivered safely before time yang sepatutnya .. credit untuk diri aku sendiri .. walaupun tak ada sapa yang puji ..
Tapi sekarang tidak lagi .. setiap akhir bulan aku terasa seperti aku perlu amik cuti .. deal with humans are really complicated .. banyak mulut .. banyak kerenah .. tempat aku sekarang macam counter aduan masalah .. complaint department .. beratur .. staff staf contract 3rd party datang cerita masalah company thrd party dia orang .. aku pun tak faham ...
Sepatunya lepas contract award aku should not involve any more .. nih they drag me in lagi .. cipan betul ... tapi nak wat cam mana .. angan angan aku tadi cuma angan angan .. aku perlu kerja .. kerja dan kerja ... tak perlu berangan yang indah indah .. saat bersantai was a history for me .. there will no turning back ....