Sunday, March 16, 2008

Tanda-tanda mengandung

Aku rasa tak semua yang tahu apa dia tanda-tanda kehamilan atau tanda-tanda mengandung.. ada sesetengah ibu yang tidak mengalami perubahan ketara sehingga perut atau kandungan mereka besar baru mereka tau yang mereka mengandung ... di bawah ini ada beberapa tanda lazim yang dirasakan oleh ibu-ibu.. mungkin ada lagi... ini apa yang aku tahu aja...

1) Yang paling ketara bagi seorang perempuan ialah ketiadaan haid.. atau putus haid.. tapi kadang-kadang ini tidak berlaku .. bagi aku, masa mengandung anak yang pertama, aku tidak mengalaminya... aku kirakan haid aku datang seperti biasa .. pada tarikh yang sama aku tetap didatangi haid.. cuma quantitynya tidak sama .. ia lebih sedikit.. aku tidak pelik pun... bila mak mendesak aku berjumpa doktor, barulah aku tahu rupa-rupanya aku mengandung...

2)Rasa loya, muntah-muntah, tak ada selera makan. Biasanya pagi tapi kekadang ada jugak malam ajae atau masa cuti (itu lebih pada perasaan manja atau mengada...). Bagi ibu yang bekerja kadang-kadang fator kesibukan ditempat kerja boleh mengakibatkan kita lupa yang kit a sedang mengandung dan tumpuan hanya akan beralih pada kerja seharian.. dan secara psychologynya kita lupa yang kita mengandung. Ini dapat meringankan bebanan perasaan yang mengakibatkan kita terasa loya-loya atau pening-penih kepala...

3) Merasa letih, badan tak sedap, lenguh-lenguh, pening-pening kepala, mabuk. Ini biasa laaa adat mengandung...

4) Mulut tak sedap, mulut rasa payau, quantity air liur bertambah mengakibatkan kita asyik rasa nak berludah aja, kurang makan kerana tidak ada selera. Hilang selera makan dan minum.

5) Perasaan runsing, kecewa, sensitif, mudah menangis, kadang-kadang terasa nak marah atau terlalu sedih. Ada jugak yang terlalu rasa gembira dan ada yang terlebih cool... Ini kerana hormon yang tidak stabil. kadang-kadang rasa tidk menentu, tension dan entah apa-apa lagi.

6) Buah dada rasa skit atau membengkak.

7) Buang air lebih kerap

8) Sukar buang air besar. Dinasihatkan banyak makan buah atau aku suka minum air oren peel fresh tuh.. pergh.. lancar gua cakap lu...

9) Alah pada sesetengah bau. Macam bau orang menumisker.. atau bau nasik yang tengah menggelegak (tengah nak masak). Yang sedih ada jugak aku dengar yang alah dengan bau suami dia.. kesian suami..

10) Mengidam. Entah aku tak pernah laa rasa pulak... tapi dari dulu lagi aku dengar ibu-ibu yang mengidam nak makan macam-macam....

Nih mungkin sebahagian aja. Mungkin banyak lagi.. dan mungkin ada yang tidak merasanya langsung. Bergantung pada individu. Tapi yang paling penting diharap para suami dapat bertolak ansur dan lebih bersikar penyabar. Semoga para suami lebih memahami. Sifat-sifat pelik isteri masa mengandung ini bukan disengajakan.. nak orang kata pembawakan budak... harap suami mengerti dan beri sepenuh attention, kerjasama, dan kasih sayang pada sang isteri.

Perubahan-perubahan ini mungkin akan mengelirukan suami, maka mungkin ibu-ibu perlu duduk dan berbincang dengan suami. Ramai suami yang tidak tahu, lebih-lebih lagi pada mereka yang mengandung pertama kali. Dengan cara ini para suami boleh laaa bersikap lebih bertolak ansur dan membantu.

Perubahan ini juga menjadikan waktu mengandung nih bukan lah masa yang menyeronokkan dan mudah pada para ibu dan para ibu diharap bersabar dan jangan terlalu melayan perasaan tuh...

Isteri juga jangan laa nak ambik kesempatan pulak.. sikit-sikit tuh ok laa orang kata nak bermanja ... tapi jangan laa melampau sampai suami pun naik bosan... ingat apa yang korang lakukan tuh akan membawa effect kepada baby yang anda kandung .. sebab baby yang anda kadung tuh nampak apa yang korang buat dan pada masa yang sama akan mengikut... hmmm perlu ingat tuh ...

9 comments:

tasya said...

hy . nk tny bule ? slalu , klau mengandung ? brape bulan terputus haid ?

Kak Ungku said...

hi Tasya ;

rrrrr... kalau dah disahkan pregnant .. kita akan terputus haid selama 9 bulan atau selama mana yang kita mengandung tu laa (ada kes yang baby tak cukup bulan) ... Haid akan start berhenti bila kita start mengandung.. cuma ada certain kes yg dia dtg pada tarikh biasa .. cuma kita akan rasa tanda tanda lain macam loya, muntah muntah, pening kepala dan tanda tanda lain .. so as advised baik g jumpa doctor untuk kepastian ...

kami zuzi ... said...

info yg sgt mnrik ...

Anonymous said...

hy salam..emm nak tanya ne..sya mengalami semua tanda2 d atas..selaluinya sya period 3hb..tp bln ne sya period 4hb..tp xbnyk just colour coklet 3day ja pas tu..xda..perut sya plak selalu rasa sakit d ari2 n kadang3 pandai keras lau sya angk brt2..adakh sya mengandung?plz tell me..

mrs.riri said...

saya selalu loya,muntah..and kadang kadang selalu rase nak pitam...period dah 4 bulan tak datang .. breast pon rase macam semakin membesar .. betul e saya mengandung?? tolong saya... takot nak buat check up.. nanti kalau tak pregnant sedih pulak rase .. tolong saya ..

Kak Ungku said...

Sememangnya tu semua adalah tanda tanda mengandung ... akak nasihatkan mrs riri pegi laa beli pregnancy test kat farmasi, boleh buat kat rumah dulu. Bagi akak lebih baik check cepat cepat so that kita boleh buat proper preparation dan berjaga-jaga untuk memastikan anak dan ibu sentiasa sihat semasa dan selepas melahirkan. Kalau dah test tapi belum mengandung lagi, boleh terus jumpa doctor untuk mendapat advise agar cepat mengandung. Semuanya kuasa Allah. Apa sahaja keputusannya ... itu adalah yang terbaik ... jangan putus asa dan berdoa. Gud Luck to you...

will said...

istri sya smkin mnja kblakngn nie...sakit2...mntah...priod pun x...sya akn jd ddy ke?

Anonymous said...

salam nak tanya....adakah semua wanita hamil akan mengalami symtom loya, pening, kerap kencing...sy dah
lewat period 4 hari tp x der plak rasa loya, pening, asyik kerap kencing...cuma sy asyik sembelit, keputihan berlebihan dan kdg2 banyak sendawa..adakah tu tanda2 hamil juga ker...tuk pengetahuan kak ungku sy dah 6 bulan kawen...selama kawen sy pernah lewat period sehari jer....selalunya period akan dtg awal 1 @ 2 hari

Kak Ungku said...

will & anonymous : seperti yang telah dinyatakan .. sememangnya tanda tanda mengandung tuh adalah muntah loya dll... tapi ia bergantung pada individu tertentu .. begitu juga dgn alahan .. lain org lain alahannya .. apa kata tunggu sehingga seminggu atau lebih .. sekiranya masih belum period .. why not just grab a set of pregnancy test kat farmasi dan buat sendiri kat rumah .. itu mungkin lebih membantu ... kalau kurang dari seminggu di khuatiri ujian itu tidak begitu tepat ... sabar dan banyak banyak berdoa ...gud luck yer ...