Thursday, August 30, 2007

Merdeka III

Citer pasal Merdeka lagi... aku still tak puas lagi untuk bercerita mengenai Merdeka nih... tadi aku baca the nation's free news paper... The Sun... satu-satunya surat khabar free yg boleh didapati di kebanyakan stesen LRT... dan bila aku surf internet apa yang menarik perhatian aku ialah activity-activity kemerdekaan berlansung dari seawal bulan Mac lagi hingga lah pada malam kemerdekaan dan seterusnya sehingga pertengah bulan September... pergh memang hebat.. sana-sini akan bergema laungan MERDEKA di sisipkan dengan konsert-konsert hebat, tarian-tarian, nyanyian-nyanyian yang bertemakan kemerdekaan dan macam-macam acara lagi telah disusun untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini... kata mereka.. tahun ini akan di adakan secara gilang-ge,ilang sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 50...
Memang hebat... dari pukul 7 malam 30 haribulan Ogos hingga lah keesokan harinya... negara akan tanpa henti meraikan upacara gilang gemilang ini...

Aku sendiri geleng kepala dengan apa yang dijanjikan oleh negara sempena menyambut hari kemerdekaan ini... macam-macam.. yang paling ghairah adalah anak-anak muda kita.. terutama sekali anak-anak Melayu kita... inikah semua yang sengaja disajikan oleh kerajaan kita untuk bakal-bakal pemimpin generasi akan datang... apacara-upacara yang melalaikan... yang pnuh dengan kemungkaran
Aku benar-benar rasa terharu dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang di sambut oleh rakyat Indonesia baru-baru ini. Bumi Indonesia rasa seperti deberkati apabila berjuta-juta rakyat Indonesia turun untuk bersembahyang Sunat Hajat dan Sunat Syukur beramai-ramai sempena hari kemerdekaan mereka... aku seperti rasa hina dan malu dengan Malaysia... tidak seperti negara aku, negara Malaysia yang bergelar Islam Hadhari ini tidak pula disarankan untuk datang beramai-ramai mengerjakan solat-solat sunat atau berkumpul mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Maha Esa dengan apa rezeki yang telah Dia berikan... aku malu negara Islam Hadhari ini telah dengan bangganya menyambut acara gilang-gemilang ini dengan segala upacara-upacara hiburan yang tidak terbatas...
Hmmm.. aku pun tak tahu ... aku masih lagi rasa malu dan hina dengan status negara Islam yang cuba dibangga-banggakan... dan mungkin itulah perbezaan antara Negara Islam dahulu dengan Negara Islam Hadhari ini... lebih maju, lebih practical dan lebih segala-galanya...
Wallahualam...

Merdeka II

Aku cuba untuk menghayati apa makna kemerdekaan yang sentiasa dilaung-laungkan dan di megah-megahkan. Aku gagal... memang aku mengaku bahawa aku langsung tidak ada rasa betapa pentingnya Merdeka itu bagi aku. Ini mungkin kerana kita tidak pernah merasai bagaimana peritnya memperjuangkan negara untuk keluar dari belenggu Penjajah... dan bagai mana kemerdekaan ini diraih setelah melalui pelbagai onak duri dengan semua episod-episod penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris ... dimana mereka bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa generasi akan datang dan anak-anak mereka dapat hidup lebih senang dan mewah tanpa perlu sujud dibawah kaki penjajah-penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan kolonial-kolonial orang putih itu... kita tak pernah rasa bagaimana susahnya di saat itu... berhempas pulas memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia... tak tebayang rasanya bagaimana pejuang-pejuang Melayu cam Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said dan banyak lagi pejuang-pejuang Melayu yang bertungkus lumus mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah. aku kagum... aku kagum dengan semangat juang mereka yang membara-bara. Merea berjuang bemati-matian. Keberanian mereka benar-benar aku kagumi ...


Tapi semakin lama kita merdeka semakin kita duduk dibawah belenggu-belenggu asing.. kita semakin mengikut telunjuk bangsa-bangsa asing... kita sudah tiada pendirian sendiri.. semua apa yang datang dari asing kita sanjung ke langit... kita amalkan budaya-budaya asing dan lupa akan budaya negara sendiri... adat resam kita, kita ludah merata... kita buang kita caci, kita hina sudah tidak relevan dengan dunia sekarang, sudah tidak boleh diguna pakai lagi... dan kita ambil budaya-budaya asing itu kita semat betul-betul dalam sanubari kita ... dalam sanubari anak-anak kita.. sampai ada yang sudah tak tahu makan belacan.. makan budu.. cicalok... tempoyak semua digantikan dengan cheese... cakap Melayu pun ala-ala Mat Salleh... pelat semacam..
Ya memang, pada zahirnya memang kita sudah merdeka... sudah tiada lagi peperangan.. sudah bebas... sudah tidak lagi hidup dalam ketatakutan... ya sudah MERDEKA memang itu dapat dilihat secara terang-terangan ..... tapi apakah dengan cuma menghalau penjajah itu kita mencapai kemerdekaan ... Cuba kita lihat dari segi dalamannya apakah kita betul-betul sudah merdeka... apakah kita sudah betul-betul bebas...
Memang sedih .. apa yang lebih menyedihkan kita adalah minda kita masih tetap dijajah... kita masih lagi takut untuk menjadi KITA yang sebenarnya.. malah kita amat takut untuk bangun di negara sendiri... kita semakin merempat dinegara kita... takut untuk bersuara... takut bertindak.. takut untuk mempertahankan hak-hak kita sendiri...
bangunlah... bangun dan cuba keluar dari belenggu ini... cubalah berani untuk menjadi KITA yang sebenarnya...

Monday, August 27, 2007

Berakhirnya satu riwayat...

Aku marah betul dengan tukang jahit Indon kat rumah aku tuh... 2 helai seluar aku yang paling cun telah tidak boleh diguna lagi... dah lar seluar yang bukan berjenama 'tiruan' pulak tuh...
Ok-ok aku terpaksa cool kan diri aku untuk aku citerkan kat korang semua agar korang boleh rasa bahang kemarahan aku nih...
Cam nih ...aku telah dengan rela hatinya hantar 3 helai seluar untuk dia potong sebab... errrr bentuk badan aku tidak berapa strategik dengan size badan aku... jadi setiap kali aku beli any pants or jeans I have to make some adjustment.. kebanyakan seluar yang aku beli mestilah bersize besar so that seluar tuh boleh masuk sampai tempat yang sepatutnya... dan aku kena potong kaki seluar tuh sebab aku terpaksa mengaku yang ukuran badan aku memang bukan ukuran model. Aku tak berapa cukup inci atau dalam erti kata lain... aku sedikit rendah....dan lebih tepat ... ala-ala pokok bongsai... kecik kat atas dan secara pelan-pelan besar kat bahagian tengah bahagian 'ass'et ... (tapi bagi aku kira ok apa... still cun)
Sambung balik... Last three week aku dah hantar seluar-seluar tuh dan aku budget within 1 week dia dah siap potong ... so aku saja bagi dia peluang untuk dia jahit dengan cantik dan aku rasa nak gi amik after three weeks... tapi bila aku gi kedai minah hindon tuh malam tadi aku jadi betul-betul marah... Aku langkahkan jugak kaki kanan aku masuk kat kedai dia dan dia, dengan lakonan sedikit terkejut beruk dia ... dia mengucap panjang ... Astaghfirullah, masyaAllah ... saya sudah lupa bu.... waduh.... gi mana ini (dengan pelat hindo di yang pekat tuh)
Apa !!! terlupa nak buat... wtf.... detik hati aku memaki dengan nada frust dan marah...
Aku marah, aku dah start marah dan cam biasa my blood dah goes upstairs... aku dah sedikit hangin.. bukan ... aku memang hangin... aku dah jadi hijau .... dalam masa yang sama dia berlakon lagi... cuba carik beg plastik plak ... hampas aku tengok dia letak bahagian bawah sekali dikuburi dengan beg-beg yang lain...lepas tuh.. bila dia bukak beg plastik tuh... jeng-jeng-jeng .... ukuran yang dia amik tuh dia kata dah hilang.. waduh-waduh... ini sudah dua kali marah nih... badan aku dah semakin hijau.. dah hangin gila .. tapi sebab masa tuh ada 4 orang lain yang aku pun tak tahu kenapa ada kat situ jadinya aku terpaksa control emosi... control ayu..control macho...
Dia dengan penuh rasa tidak bersalah dia suruh aku pakai balik seluar tuh dan dia ukur semula... sial betul... dan aku tak cakap apa .... aku siap pakai dia ukur dan aku blah dengan nada yang marah dan suara yang bergetar-getar terasa sangat cam nak maki dia aku pun cakap
Saya nak pakai seluar nih. Macam-macam mana pun saya nak besok... make sure esok dah siap...
Dia angguk jer... hampeh punya indon... and keesokan harinya aku datang balik kedai dia... dia senyum.. aku masam... dia bagi beg plastic dan aku bayar aku chow... tobat aku tak akan datang lagi...
Setiba kat rumah apa yang lebih tragisnya bila aku pakai... tup-tup...pendek... argh...siut betul...
Dan dengan rasa tidak berhati perutnya, aku terus lafazkan semua ayat-ayat yang tak berapa manis untuk didengar... semua perkataan mencarut dalam semua bahasa masyarakat majmuk di Malaysia nih aku sebut ...
Hampas.. dan aku dah tak tahu nak buat cam mana... aku terpaksa akur yang seluar kesayangan aku hanya layak untuk dipakai untuk aku berkebun kat rumah..
Begitulah riwayat seluar baru aku... hampeh

Nisfu Sha'ban

Ok... ada sentengah pendapat menyatakan perkara-perkara di bawah ini adalah Bid'ah semata-mata.. perkara-perkara yang tersebut dibawah ini memang tidak pernah di practickan oleh nabi Muhammad kita... tetapi segala apa yang baik... adalah bid'ah Hassanah... bid'ah yang wlaupun Nabi Muhammad tidak buat.. umatnya masih beh melakukannya dengan alasan perkara-perkara tersebut merupakan perkara-perkara yang baik... cuba baca dan cuba buat.. tak de ruginya kalau kita lakukan sesuatu yang baik kan...

Hari Nisfu Sya'aban ialah hari Selasa - 28 Ogos 07, (15 Sya'aban bermula pada hari 14hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib pada hari Isnin 27 Ogos 07).

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 27 Ogos 07.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :
1. Selepas Solat Maghrib (Isnin - 27 Ogos)
Solat Sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat :
Rakaat 1 : Baca surah Al- Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yaasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Selepas Yaasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada
Allah SWT
ii) Selepas Yaasin kedua : mohon rezeki murah/halal untuk beribadat
kepada
Allah SWT.
iii)Selepas Yaasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam
iman & minta jauh dari mala petaka/penyakit
Kemudian baca istighfar 11x
Selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yaasin Majmuk)

3. Membaca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Hari Selasa, 28 Ogos 07)

Pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibrail kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya : " Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada mensyirikkannya dengan sesuatu kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa."

" Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : "Adakah orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkannya dan diampunkan sekalian orang Mukmin lelaki dan perempuan melainkan orang yang berzina atau yang berdendam kepada saudaranya. Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allahmemberitahu kepada Nabi Isa a.s. pun berdoa kepada tuhan, " mudah- mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w" Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan & Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban :
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah SWT haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kepada Nabi Allah Yusof di syurga.
2. Bahawa puasa bulan Sya'aban kerana membesarkan Ramadhan, sesiapa yang berpuasa 3 hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu dan diberkatkan rezeki baginya.
3. Sesiapa berpuasa 3 hari daripa permulaan Sya'aban dan 3 hari pada pertengah Sya'aban serta 3 hari pada akhir Sya'aban, maka Allah SWT mencatatkan baginya seperti pahala 70 nabi, dan seperti orang yang beribadah kepada Allah SWT selama 70 tahun. Jika mati pada tahun itu maka bagaikan orang mati syahid.

Sebaik-baik minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana
amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibu bapa kita.

Jom larr sekali-sekali buat sesuatu yang baik...

Friday, August 24, 2007

Ultromen

Merdeka I


Merdeka.... entah terus terang aku katakan aku belum pernah sekali pun mengetahui apa erti sebenar kemerdekaan.. bagi aku ... bila bercakap tentang MERDEKA.. benda pertama yang akan terbayang dalam kotak fikiran aku adalah ... perarakan di ibu-ibu kota... beramai-ramai berarak berjalan kaki sambil melambai-lambaikan tangan (ala-ala super model) atau yang lebih patriotik lagi mengibar-mngibarkan bendera-bendera Malaysia... diringi muzik-muzik patriotik.. dan kereta-kereta yang penuh bunga-bunga...
Kemudian benda kedua yang pasti ditungu-tunggu oleh kami sekeluarga sudah pasti pada malam sebelum kemerdekaan ... apa orang panggil detik-detik kemerdekaan... sebelum jam 12 tengah malam.... kami akan bersama-sama menjadi penuggu setia untuk melihat percikan-percikan bunga api yang beratus-ratus ringgit itu di letupkan keudara... itu... yup.. itu lah merdeka bagi aku... saat-saat bersantai bersama-sama keluarga... mengecap nikmat bersuka-ria dengan tidak perlu membayar apa-apa....tak lebih dari itu...
Dan masa nih lah kita dapat lihat manusia-manusia muda (lebih tepat anak-anak Melayu kita) seperti ulat taik berduyun-duyun mengujungi concert-concert besar seperti di KLCC, Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam dan entah mana-mana lagi.. berjogget.. menyanyi hingga tak ingat dunia... dari malam sampai lah ke pagi... hingga gempa nyanyian itu seolah-olah dapat mengalahkan laungan suci Azan Subuh ...
Dan bagi aku perkara seperti ini memang sudah sinonim dengan negara kita... bila sebut merdeka sahaja.. manusia-manusia muda kita akan bertanyakan tentang concert yang bakal disajikan khas untuk genarasi muda yang bakal memerintah negara...
Entah lah.. mungkin itu sahaja cara negara kita untuk mengajar anak-anak muda kita erti kemerdekaan.. agar mereka dapat menghayati kemerdekaan dimana mereka boleh berhibur sesuka hati tanpa diganggu... itu merdeka bagi mereka...

Menguap...

ADAB KETIKA MENGUAP

Pergh.. kalau tengah ngantuk.. perkara yang paling nikmat ialah menguap dengan membuka mulut seluas-luasnya.. sambil mengeliat... memang best.. nak-nak kalau cuaca sejuk-sejuk dan hujan-hujan... nah amik baca biar bearadab sikit...

Tutup mulut masa nak menguap tuh... janagn main nganga cam buaya... Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Kita disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.

Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia adalah dari syaitan.

Rasulullah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah (Alhamdulillah), hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.” Riwayat Bukhari.

Thursday, August 23, 2007

Akon - Sorry, Blame It On Me: Closed Captioned



"Sorry, Blame It On Me"

As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for

I’m sorry for the times I left you home
I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect

I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry I’m not always there for my son
I’m sorry for the fact that I'm not aware
That you can’t sleep at night when I am not there
Because I am in the streets like everyday
Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world
And how I'm so proud to call you my girl

[Bridge]
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me

[Chorus]
You can put the blame on me [4x]
Said you can put the blame on me [3x]
You can put the blame on me

Sorry for the things that he put you through
And all the times you didn’t know what to do
Sorry that you had to go and sell those packs
Just trying to stay busy till you heard from Dad
And you would rather be home with all your kids
As one big family with love and bliss
And even though Pops treated us like kings

He got a second wife and you didn’t agree
He got up and left you there all alone
I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that your son was once a thief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this way
I’m sorry that the FEDS came and took me away

[Bridge]

I’m sorry that it took so long to see
They were dead wrong trying to put it on me
I’m sorry that it took so long to speak
But I was on tour with Gwen Stefani
I’m sorry for the hand that she was dealt
For the embarrassment that she felt
Just a little young girl trying to have fun
Her daddy should never let her out that young
I’m sorry for Club Zen getting shut down
I hope they manage better next time around
How was I to know she was underage
In a 21 and older club they say
Why doesn’t anybody wanna take blame
Verizon backed out disgracing my name
I’m just a singer trying to entertain
Because I love my fans I’ll take that blame
Even though the blame’s on you [3x]
I’ll take that blame from you

And you can put that blame on me [2x]
You can put that blame on me
And you can put that blame on me


Cuba dengar lagu nih elok-elok.. fahami maksud dia.. lagu nih memang pasal dia....pasal hidup Akon tuh... ok gak... layanzzz...
hmm.. tahu tak citer controversi Akon baru-baru nih...
Akon yang mengatakan dia Islam dan mempunyai 3 orang isteri nih telah membuat satu controversy di mana dia telah beraksi tidak senonoh bersama seorang budak perempuan berusia 15 tahun .. jom tengok dan baca sendiri lahh.. check it out....

Tuesday, August 21, 2007

Teka-teki lagi...

Cuba flash back teka teki bodo masa kecik-kecik dolu.... jawab aaa ...

Soalan : Kenapa semua baju Superman ketat-ketat belaka...??



Jawapan :
Sebab dia pakai size S - huruf "S" pada baju dia tuh bermaksud size "S"mall ...




Soalan :
Cuba teka antara basikal dengan kereta yang mana lagi tua




Jawapan :
Basikal sebab dia pakai tongkat




Soalan :
Apa benda dia ada satu kaki tapi ada tiga mata



Jawapan :
Traffic Light satu kaki - tiang dia tuh... mata dia yang hijau, kuning, merah tuh....




Soalan :
Banyak-banyak motor motor apa tak de tayar



Jawapan :
Motor Boat



Soalan :
Bunga apa kalau kita siram lagi cepat mati




Jawapan :
Bunga Api...



Soalan :
Kenapa burung bangau bila dia minum dia angkat satu kaki ......





Jawapan :
Sebab kalau dia angkat dua-dua kaki.. jatuh aaa....


Soalan :
Binatang apa yang rajin memasak



Jawapan :
Ular 'Senduk'


Dah aaa... nanti sambung lagi...

Monday, August 20, 2007

Negarakuku by NameWee with English Translation (Re-Open)



Hmmm.. nak komen ker tak nak hek.. sebab aku ada 2 pendapat yang berbeza..

Bila first time aku baca translation lagu dia ni nih aku jadik emotional....marah, geram... semangat patriotik aku membara-bara.. macam bara api ... tapi bila lama-lama .. bila aku dah cool dan aku dah berfikiran waras.... aku start duduk dan fikir... aku kembali rasional ...mungkin pada certain-certain part memang tiada maaf bagi mu... especially dengan semua issue-issue sensitive .. agama dan bangsa...

First.. budak nih memang tak der rasa patriotik langsung kat Negara kita.. MALAYSIA... pergh.. tetiba semangat cintakan negara membuak-buak .... Patriotic....supposednya lar kan... dah tak kan nak cintakan negara orang lain plak... apahal...

Lagu yang dia gubah balik nih memang betul-betul memalukan dan menghina semua rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu dan agama Islam.. tuh memang betul-betul aku tak puas hati... ini yang buat aku betul-betul marah... tetiba semangat cintakan Agama dan Bangsa terus melonjak-lonjak naik... hey bro...please don't play around with races and religious issues larrrr... its really sensitive... gua pun boleh marah cam nih ... benda lain gua tak kisah tapi hal cam nih gua memang tak suka... gua akan vote untuk pancung jer kepala lu kalau lu main-main dengan ini dua perkara sensitive....ada paham... anything which is not sensitive go ahead... comment aaa macam-macam mana pun... atau luahkan leerr isi hati lu tuh... gua tak kisah... gua tahu banyak benda yang lu tak puas hati... tapi bila lu ada masukkan pasal ini dua benda .... dan lu macam main-main kan pulak Agama ngan bangsa kita orang ... gua tak boleh cool ... gua panazzz....apa nih bro... kita orang tak pernah kacau lu punya agama ngan bangsa lu orang.. kita orang tak pernah kutuk lu orang punya adat dll... gua tahu banyak benda lu tak puas hati ... tapi jangan aaaa... sampai hina cam tuh sekali... tak best aa cam nih... rilex aa... bro... part nih gua memang hangin... sorry aaa.. bro... bab nih gua memang gua tak boleh tolak ansur punya.... ok tutup kes sensitif nih... gua tak suka nak bincang sebab nanti gua hangin....

Nih satu lagi hey bro... apa laarrr lu ... ada ke lu ubah lagu Negara ku...lu pegi aaaa amik lagu lain selain lagu Negaraku.. lagu Nelly Furtado ker.. Lagu Akon ker.. lagu Siti ker atau lagu Mawi ker yang penting jangan ubah lagu Negaraku... walau pun lu orang nampak gua cam tak kisah pasal ini negara Malaysia.. tapi gua tetap Malaysian laarr bro.. gua tetap sayang Negara Malaysia nih...

Ok... part two...yang lain-lain selain dari isue-issue sensative yang aku bagi tahu tadi... aku boleh bincang dengan tenang sikit.... ok sepatutnya... (aku bercakap dalam rational manners... bukan menangkan sesapa dan salahkan sesapa)...kita should look on the positive side rather than negative (I guess... ). Kita perlu tengok kenapa ramai Malaysians are keep showing their frustration in many ways. Dah banyak kita lihat Malaysian yang bereducated meluahkan perasaan ketidakpuasan hati mereka... hari tuh Blog.. nih nyanyian plaks...dan dari dulu ada jer picket... tunjuk persaan ana-sini dll - banyak lagi... mungkin sebab ada persaan tidak puas hati... ermmm... maybe there are so many hanky panky stuff happen everywhere (heheh takut nak bagi statement nih sebenarnya)... kita kena kaji semua nih... jangan asyik nak melatah jer... marah sana marah sini... main tangkap jer ... saman... aku rasa laarrrkan dengan cara masukkan dia orang nih semua dalam jail, saman atau pancung sekalipun tidak akan menyelesaikan masalah negara kita nih... sepatutnya kita perlu tengok apa punca sebenarnya pada permasalahan ini.... tak nak cakap banyak... dengar, tengok, fahamkan dan kaji sendiri... lepas tuh cuba perbaiki... negara nih dipilih oleh rakyat dan rakyat aja yang tahu apa yang mereka nak... rakyat juga yang tahu apa yang betul dan apa yang tidak... semuanya dari rakyat untuk rakyat .... kalau rakyat bermasalah maknanya ada sesuatu yang tak kena... tolong kaji dan selesaikan supaya tidak ada banyak lagi masalah yang dihadapi akan datang...... mereka yang bertanggung jawab perlu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi.. jangan cuma duduk goyang kaki dengan kemewahan yang ada.. tolong bangun dan dengar masalah rakyat... sesungguhnya kamu akan disoal di akhirat nanti ... apa yang telah kamu lakukan untuk rakyat kamu....

Saturday, August 18, 2007

Cuba jawab Teka teki...

Baru dapat teka teki nih semalam...

Soalan:
Apa perbezaan antara jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi





Jawapan :
Ermmm... jawapan bagi soalan di atas ternyata pelik sikit...ada banyak jawapan yang boleh diterima pakai... so, kalau korang rasa ada yang boleh di guna pakai lagi sila tuliskan jawapan anda sendiri...

1) Kalau jatuh pokok bunyi adoi... kalau jatuh perigi bunyi blup...
2) Kalau jatuh pokok mati katak.. kalau jatuh perigi mati lemas
3) Kalau jatuh pokok tak yah nak naik balik... kalau jatuh perigi kena naik balik....

Friday, August 17, 2007

Kenapa Perlu Makan Sikit...

ENAM PERKARA TERCELA AKIBAT BANYAK MAKAN

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?" Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia. " Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?" Jawab iblis: "Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir." Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia. ( dah tak ada perasaan keinsafan dan takut pada Allah)

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia. (Tidak ada rasa kesian kat orang miskin ... )

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat. (malas - asyik tidur jer bila dah kenyang)

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya. (ngantuk masa dengar ceramah atau apa-apa syarahan)

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.

Boleh aaa... diet lepas nih...

Thursday, August 16, 2007

Puding lapis lapis




Aku tak tahu nak panggil apa.. office mate aku yang ajar. Aku dah ubah sikit recepie dia mengikut tekak aku... benda nih paling senang beli kat kedai buat siap...

Beli satu kotak Puding serbuk nona (aku suka mangga)
Beli satu kotak Jelly serbuk Nona (aku suka perasa Strawbery ngan Bluebery)
Buah campur (Koktel)
Susu cair Ideal cam biasa
Tepung kastard dalam 1 sudu
Esen Vanilla
Ais cream... (aku suka perasa Vanilla jer... )
Hiasan... boleh beli badam atau kacang atao cokelat rice - tabur atas dia nanti...

Memula tapis buah campur .. air/sirap dia korang boleh gantikan untuk masak Jelly tuh.. kalau tak cukup tambah air...Masak Puding Nona... ikut arahan belakang kotak... lebihkan sikit air pun tak apa... bila dah masak masuk dalam bekas... make sure terus masukkan dalam bekas cantik yang korang beli kat over sea atau kat seberang golok(duty free) biar sejuk... masak pulak Jelly Nona (ikut arahan belakang kotak). Bila dah masak .. biarkan sejuk sikit.. suam-suam kuku... amik garpu garis-gariskan permukaan Puding yang dah keras tadi... gariskan sikit jer jangan sampai dalam sangat.. nih untuk biar Jelly tuh melekat... tuangkan atas dia.. pas tuh dalam nak-nak keras.. korang amik buah-buahan tadi susun cecantik atas Jelly tadi.. make sure dia belum keras betul dan jangan lembik sangat... biar cam ngan-ngan dia tenggelam separuh jer buah-buah tadi...dah.. masukkan dalam peti ais... biar betul-betul sejuk...

Kuah dia pulak...Masak susu cair dengan satu sudu Tepung kastad... (tepung kastard nih buat syarat untuk dia pekat sikit dan ada rasa kastard jer) buh essen vanilla... kalau nak manis lagi buh gula tapi tak yah pun boleh... sebab semua dah manis... manis sangat pun tak sedap... muak..masuk peti ais...

Bila nak makan keluarkan.. amik scope .. scopekan puding dan jelly yang dah berlapis tadi...buh dalam mangkuk ice cream.. pas tuh amik ice cream scope atas dia... tuangkan kuah dia tadi dan tabur kacang atau badam yang dah di tumbuk dan cokelat rice... buh cerry merah fulamak...yummy...

P/S : Kalau ada sesapa yang nak request recepie yang simple-simple boleh ... no hal... kalau aku tahu aku pasti akan tuliskan...

Tuesday, August 14, 2007

Teka Teki Lagi daaa...

Teka teki boleh...

Berikan lebih kurang 10 buah yang start dengan bunyi huruf 'n'.

1) Buah Nona
2) Buah Nangka
3) Buah Naga
4)
5)
6)
7)
8)
9)

Jawapan :
Jawapan dia kena buat sound effect atau kena sebut betul-betul kalau salah ... teka-teki nih tak jadi teka teki lagi...
Jangan malu jika anda perlu mengherotkan muka dan terutama sekali mulut anda... cuba sedaya upaya... atau paling senang cuba tutup/kepit hidung anda supa betul-betul jadi...
Pernah tak korang bercakap ngan orang sengau...
so cuba sebut semua buah-buahan kat muka bumi nih seperti mana orang sengau sebut..
Buah Duku jadi Nuah Nuku,
Buah Langsat jadi Nuah Nangshat
Buah Durian jadi Nuah Nunian
Buah Tembikai jadi Nuah Nemnikai

dan apa-apa buah pun akan bunyi cam 'n' jugak... ok cuba sebut kuat sikit dan pastikan tak der sapa dengar...

CIPA ???

Semalam aku tengok citer Dr. House my favorite jerk doctor... aku betul-betul impressed dengan episode yang aku tengok - Season three - Insensitive ... pasal sorang budak pompuan yang ada penyakit CIPA... korang tahu tak apa CIPA tuh (tu laarr dulu suruh belajar betul-betul tak nak... kan dah tak tahu) ..

Aku try buat ujikaji kat kepala otak aku dan ternyata aku tak berapa ingat kekalau aku ada belajar benda nih masa aku dok College dulu... (dah lama aku realize that my long term memory selalunya ada masalah... - difficulties in retrieving something) by rite aku sepatutnya belajar coz ada kena mengena dengan otak... tu laarr pasal aku suka tengok citer House, Grey Anatomy and 3lbs... boleh aku menguji minda aku tentang apa yang aku pernah belajar dulu.. heheh...

Ok, CIPA nih makna - Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (paham tak...???) Penyakit nih sebenarnya memang susah dijumpai... jarang orang ada kebolehan macam nih.. sesapa yang ada CIPA nih dia tidak akan merasai any pain.. atau rasa panas atau pun tak rasa sejuk...seolah-olah dia punya brain dah block perasaan-persaan tuh semua... tapi dia still boleh merasai perasaan-perasaan lain... atau other sensation... macam ... rasa nikmat korek hidung tanpa terkantoi dengan orang lain...

Tetiba aku teringat kat superman, spiderman dan all the super heroes which they don't feel any pain kalau dia orang kena belasah dengan teruknya oleh musuh masing-masing... mungkin dia orang sebenarnya ada penyakit nih... CIPA

Kebanyakan patient yang kena penyakit nih adalah berpunca dari turun temurun (inherit) iaitu beranak-beranak jer dia dah ada CIPA... CIPA nih ada kena mengena dengan dia orang punya nerve system.. certain saraf dia tidak boleh transfer information yang dia tengah rasa sakit atau sekarang nih tengah sejuk atau pun tengah panas.. dan kebanyakan dari mereka tidak akan berpeluh.. nih leerr masalh orang CIPA kekadang badan dia panas sampai 100 dgrees celcius tapi dia tak rasa cam dia demam... atau dia elok jer tak pakai apa-apa.. duk berendam dalam ais... contohnya lerrr....Dan kebanyakan dari mereka akan mengalami satu tekanan perasaan dan ini akan mengakibatkan mereka ini akan mengalami mental retarded... kecacatan mental...heee.. susah laarr nak explain.. tapi yang penting bila korang jumpa perkataan CIPA nih korang cuma ingat kar all the Super heroes.. kuat... even kalau dia orang jatuh dari tingkat 50 pun dia orang tak akan rasa sakit.. cuma patah-patah...jer dan kalau nasib baik terus mati tanpa sakit ... syiok jugek...

Ok nih aku ada surf some story about this particular deseas :

1) American girl feels no pain and smiles to her own blood

2) Girl with rare disease doesn't know pain

3) Kids with rare disorder don't know they're hurting themselves



Pergh ... kagum. Macam-macam...
Aku rasa sepatutnya aku jadi neorologist ... kerja dengan Dr. Cuddy, report under Dr. House.. Hmmmmm...what ya think...

Monday, August 13, 2007

Mushroom soup..

Barang yang nak kena beli...

1 kotak susu segar
Cendawan butang yang dalam tin
Kiub ayam maggie
bawang putih sebijik yang pailng kecik
Butter
Tepung satu sudu (ikut pekat)

Potong atau cincang mushroom kecik-kecik.. kiub-kiub kecik cantik sikit...
Dalam periuk... cairkan butter dalam satu sudu kecik jer... tumbuk bawang putih dan tumis... masukkan fresh milk dan cendawan.. pas tuh masukan Kiub ayam maggie.. kecikan api dan last bila dah mendidih masukan tepung yang dah dicairkan dengan air - make sure tapis dulu supaya tak berketul... masuk sikit dulu ... kalau tak cukup pekat tambah lagi.. jgn banyak sangat tak sedap... siap.. hidangkan dengan roti yang dengan garlic butter yang dah di bakar... cewah cam mat salleh larr pulak

Sunday, August 12, 2007

Hanya Mencari Rezeki...


Macam biasa tempat aku transit untuk naik satu lagi kenderan awam untuk mencari rezeki adalah di Mesjid Jamek.. dan seperti biasa kawasan itu di penuhi oleh penjual-penjual yang mencari rezeki halal .. masa operasi mereka biasanya dalam seawal 6:30 pagi hingga 9:00 pagi.. (aku pernah temu ramah sorang mak cik jual kuih tuh) dan bila dia orang rasa jualan mereka dah habis kekadang sebelum pukul 9:00 biasanya dia orang dah kemas...
Pagi nih aku betul-betul terkejut bila tetiba dengar dia orang buat bising.. riuh-rendah Masjid Jamek tuh...mak cik jual kuih tuh dengan pantas kemas meja.. sorokan payung besar dia tuh... pak cik jual sandwish yang aku biasa beli dengan dia terus bungkus sandwish dia dan lari kearah seberang jalan.. semua lintang pukang lari dan ambik apa yang sempat jer.. Kesian... yang mana tak sempat ... terpaksa mengadap penguat-kuasa DBKL... sudah ada meja-meja yang di angkut oleh penguat kuasa DBKL itu ke dalam lori busuk mereka itu... cilaka detik hati aku.. kurang ajar... binatang.. tak berperi kemanusian... dan macam-macam lagi keluar dari mulut aku...
Tetiba aku jadi emosional... jiwa memberontak aku seolah-olah menyuruh aku berbuat sesuatu... aku diam.. aku tahu situasi aku... aku serupa mereka juga... orang biasa yang selalunya menjadi mangsa ....
Dalam pada aku marah melihat kejadian itu tetiba hati aku jadi sayu.. sedih.. pilu melihat mereka begitu susahnya mencari sesuap nasi.. bertungkus lumus... berhujan berpanas... aku betul-betul tak nampak di mana salahnya dengan mereka sekiranya mereka hanya berjual untuk sekadar mencari rezeki... kata mereka tempat itu tidak sesuai untuk berniaga.. di tengah bandar.. mencacatkan keindahan kota.. arghhh.. bangsat betul alasan itu... bagi aku mereka hanya menjalankan kegiatan itu hanya beberapa jam sahaja.. kemudian mereka hilang... tak da apa yang dapat mencacatkan pemandangan kota...
Aku marah... pengecut.... berani lah kau merampas harta-harta si miskin yang tidak bedaya itu.. kan ada baiknya kau cuba rampas kandang-kandang babi yang berleluasa di belakang rumah-rumah orang Islam di Melaka dan Negeri Sembilan itu.. atau cuba kau tutup kilang-kilang yang memuntahkan asap-asap hitam.. toksid-toksid yang beracun yang telah meracuni kepala hotak korang tuh.. atau kilang-kilang yang masih berleluasa menjalankan aktiviti haram mereka... atau kedai-kedai arak, disco-disco, pub-pub, kelab-kelab malam atau pusat-pusat pelacuran.... yang menjadikan rakyat semakin hilang tamadun.. semakin hanyut dalam budaya-budaya dan pengaruh-pegaruh setan... itu korang tak berani... itu korang takut...semua itu korang kata sebagai salah satu sumber pendapatan negara...dan semua itu di luar bidang kuasa korang...arghhhh...alasan yang amat meloyakan tekak aku... katakan sahaja yang korang benar-benar takut... korang hanya berani dengan simiskin yang tidak berdaya yang tidak empunya duit banyak untuk disoggokkan...meraka korang buat macam anjing.. korang halau .... korang robohkan bangsal-bangsal mereka... korang rampas meja-meja kayu yang mereka guna sebagai modal berniaga..
Mintak maaf ...tolonglah berperikemanusian ... hidup ini ada pasang surut... aku tetap dengan pendirian aku ... What's Goes Around Comes Around.... tolong fikir tetang nasib nasib mereka.. aku tahu korang tak pernah rasa betapa susah mencari rezeki hanya untuk sesuap nasi.. berhujan panas... bangun seawal 3 / 4 pagi untuk menyediakan jualan... dan untungnya tak seberapa....aku juga tidak pernah ... tapi sekurang-kurang hati aku masih punyai rasa simpati.. masih punya rasa perikemanusian... tolong.. jangan tutup pintu rezeki mereka... dan aku rasa banyak lagi benda lain yang perlu korang benteras... jadi lah manusia berani.. jadilah manusia yang tahu erti simpati.. dan tahu menilai yang mana sepatutnya betul dan yang mana tidak... jangan jadi anjing-anjing yang hanya menurut perintah .... bangun .... dan berfikir secara ilmiah.. secara manusia.... yeah secara manusia...

Saturday, August 11, 2007

Teka teki...

Tak der citer...

Teka teki boleh tak ...???

1) Banyak-banyak burung ... burung apa yang tak bela anak...??




Jawapan :

- Burung belatuk dia bela tuk dia jer.. tak bela anak...

2) Apa benda masa hidup - kita nyanyi
bila dah mati kita tepuk tangan


Jawapan :

- Lilin Happy Birthday..
Bila lilin tengah hidup kita nyanyi lagu Happy birthday bila dah tiup api dia mati kita tepuk tangan...

3) Apa benda bila tengah jalan ada 2 kaki.. bila berhenti jadi enam kaki...




Jawapan :

- India jual kacang putih zaman dulu .. dia bawak meja atas kepala dia ... bila dia berenti dia turunkan meja tuh semua sekali kaki ada 6.. 2 kaki India tuh.. 4 lagi kaki meja...
4) Nih paling best...
Benda apa..masa pakai tiga segi bila bukak bergulung...

Jawapan :
- Spander... sebelum pakai... kan bentuk dia 3 segi.. bila bukak bergulung-gulung...
Terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang teka-teki ini....
memang sumbang...

Friday, August 10, 2007

Puding Koktel

Cam biasa benda yang korang perlu ada....

1 tin koktel dalam tin kalau boleh jangan beli yang ada betik tak sedap
1 tin susu cair (cam biasa aku promote susu Ideal)
tepung kastard dalam 1/2 cawan / 2 sudu besar
Esen vanilla
Gula ikut rasa
Agar-agar


Agar-agar buh air 6 gelas dan masak sampai cair. Masukkan gula... masak lagi.. kacau laarr bib sekali sekala... pas tuh bila dah mendidih korang masukkan susu cair.Tapis buah campur tadi.. amik buah dia letak tepi dulu...air dia tadi korang bancuhkan tepung kastard... masukkan dalam agar-agar tadi- tapis takut ada tepung yang tak hancur... nanti berketul-ketul tak sedap. Masukkan pulak buah campur tadi kacau dan kecikkan api... make sure kacau dan kecikkan api sebab susu senang mendidih dan mudah hangus...masakkan sekejap sampai mendidih pas tuh cepat-cepat tutup api...Angkat.. Tuangkan kedalam bekas yang cantik... bila dah sejuk masukkan dalam peti ais... potong-potong hidap kat org...

Cam mana nak bertindak kurang ajar tapi nampak cam baik...

Pernah tak korang rasa cam nak termuntah bila orang depan kita tuh cerita benda-benda yang membosankan... dan korang terpaksa layan dia orang lebih dari 2 jam....
Aku .... banyak kali jugak .... kekadang tuh cerita dia orang tuh terlalu menjengkilkan (aku baru belajar ayat nih) apa yang korang boleh buat ...???

1) Of course cam biasa aku akan pretend to be a good listener... control ayu... tunjuk muka concern.. angguk-angguk sikit tanda faham. Kerut-kerutkan kening sikit cam poyo ... confirm mesti dia ingat kita tengah concerntrate...

2) Perbuatan di atas tadi selok-eloknya korang selitkan dengan sedikit sound effect cam... oooo..., atau hmmm.... atau ermm, atau iya.. atau pas tuh...setiap kali dia habis ayat... supaya tak nampak cam kita tak dengar.

3) Untuk tidak rasa bosan, pastikan daya imaginasi anda amat tinggi. Bayangkan sesuatu yang lebih menarik dari perbualan kamu itu.. cam gi tepi pantai dengan mak we, atau makan ice cream yang ada cokelat melted kat atas dia... pergh...

4) Pandang terus ke mata dia ... seperti anda betul-betul hormati pecakapan dia... make sure tangan anda pun duk diam tanda bersungguh... supaya nampak cam real..

5) Cuba summarisedkan cerita dia tuh dan beri sikit komen.. macam...aku rasakan ko patut buat cam nih..., atau pada pendapat aku... (make sure relevan dengan apa yg dia tengah cerita sebab biasanya org yg bercerita tuh akan mengulang-ulang atau memanjang-manjangkan cerita dia sebab nak bagi nampak cantik... ajinomoto lebih sikit...so kalau korang dalam kategory cam aku genius korang akan dapat tangkap the hole ops...whole story)

Tapi kalau korang dah tak tahan .. dah dekat 2 jam kau terpaksa layan dia org.. korang dah boleh surrender dan bertindak sedikit kurang ajar tapi ko sorang jer yang tahu ... apa yang korang boleh buat.....

1) Pastikan ada handphone kat dalam pocket (sama ada korang bunyikan atau tidak) dan tetiba "Excuse me... ada call larr..." jawab call di tempat yang tersembunyi kengkonan P & C dan tinggalkan dia sengsorang...

2) Cuba cari kengkawan yang lalu kat situ dan "Eh.. Noni...yang pasal semalam tuh cam mana hek... " ikut sebelah kawan tuh dan tinggal jer dia ... walaupun member / lebih tepat mangsa ko tuh blur-blur jer...

3) Atau korang kata... "Hmmm.. aku rasa ko dah cerita kat aku benda nih last week...5 kali (exegerate sikit) pas tuh cepat-cepat blah...

4) Cuba buat-buat manis... cam "ermmm tunggu jap ... aku ada hal penting nih dalam 5 minute lagi aku datang balik ko jgn gi memana plak ...janji tau... aku gi sekejap jer.... " pas tuh korang cabut dan pasti lebih dari 2 jam ... sure dia blah...

5) Buat muka yg menunjukkan ko memang boring cam menguap ker atau kejap kejap tengok jam atau tengok tengok tempat lain atau buat-buat banyak kerja cam cuba tekan-tekan keyboard atau belik-belik file atau paper kat atas meja ... mesti dia blah

6) Buat-buat tak dengar cam .. "apa ... tak dengar" .. atau "cam mana... cuba ulang balik.." atau "tak faham aaa apa ko cakap nih.. " dah 5 kali suruh ulang mesti dia dah tak de feel nak cerita dan dia blah...

Tapi.......tips kat atas nih akan membuatkan ko pasti akan terkantoi kalau dia tanya balik kat ko... "cuba ulang ayat aku yang ke sepuluh tadi..." (ini tips kalau ko nak org lain dengar betul-betul cerita ko plak)...

Nasib korang laaaaarr.... pandai-pandai aaa.. korang nak hidup...

Thursday, August 9, 2007

Sapa Billionaires baru... ???

Wauuu... aku terkezet jugak bila pagi tadi aku bukak paper ada berita pasal GATES NO LONGER TOP DOG, SLIM IS... ada lagi orang lagi kaya dari Bill Gates nih...ramai sangat ker orang-orang kaya kat dunia nih... hmmm... cam aman larr dia org nih boleh jadi kaya raya camtuh.... heran aku... dan apa salahnya kalau korang nih mendermakan sebahagian dari harta korang tuh kat dunia-dunia miskin... dan suku dari harta korang tuh korang berikan kat aku... pandai laarr aku tolong perabihkan duit korang tuh....

Tetiba daya iginasi aku yang sememangnya amat tinggi menerjah masuk sekejap ... cam mana kalau aku jadi Mrs Gates.... bini billionares... pffttt.. hidup aku mesti tak huru-hara macam nih.. detik hati aku...pasti pada ketika ini dan pada saat aku berdiri menuggu dan berebut-rebut untuk masuk ke LRT sekarang ini aku still berada di rumah aku yang amt besar, melaut...di atas katil yang amat empuk, di tiup henbusan air cond sepoi-sepoi bahasa...berbaju sutera seksi yang beribu ringgit...berselimutkan kain selimut yang di perbuat dari bulu kambing ... erghhh... nikmat sungguh... betapa bertuahnya manusia itu sebenarnya...
Dan....sudah pasti aku tidak lagi menggalas napsack serbeguna aku ini untuk aku ke office bertungkus-lumus untuk hanya mendapatkan beberapa ribu Ringgit Malaysia yang aku gunakan untuk aku bayar semua hutang-hutang aku... betapa nasib dan rezeki itu telah Allah peruntukkan untuk masing-masing... aku mengeluh kecil... nasib ko laaar labu...

Hhmmm ....aku telik balik news paper kat tangan aku tuh.. aku baca... Microsoft founder Bill Gates has lost his claim as the world's richest person, ceding the title to Mexican tecons tycoon Carlos Slim Helu ....
Dia orang nih betul betul gila... Carlos Slim Helu yang menjadi pengelola perusahaan telekomunikasi telah dengan rakusnya memegang gelaran orang terkaya di dunia setelah Bill menjualkan stock Microsoftnya... berapa banyak aku kurang pasti...

Dan yang paling penting ada banyak lagi nama-nama yang terkaya di dunia ini...
cuba korang tengok kat sini - The World's Billionaires nih tahun lepas.... yang nih pulak list pada March 2007 dan nih The young Billionaires and nih The Bachelors Billionaires... so sesapa yang nak kaya dengan senang nya boleh cari dia orang nih

Hmmm cuba korang tengok plak our own Malaysian...

Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta


Ada tak korang rasa aku akan jadi the next Malaysian Billionaires atau busuk-busuk pun biar lar nama aku tersenarai dalam list billionaires Malaysia yang last sekali pun aku tak kisah...
Mari ramai-ramai aminkan doa tulus ikhlas aku nih... AMEENNN...

Tuesday, August 7, 2007

Puding Roti ...


Untuk pengetahuan korang semua... Semua recepies yang aku perturunkan adalah untuk mereka yang baru belajar memasak... kalau korang kata "alah.. nih pun nak tulis dalam blog dia..." aku advisedkan agar korang boleh singgah keblog lain. Aku hanya perturunkan idea memasak aku nih pada mereka yang baru pringkat beginners atau baru kenal senduk, sudip, dapur, dan selalu tersilap yang mana satu garam dan mana satu gula...

Ini semua adalah kerana sikap perihatin aku kepada semua perempuan-perempuan yang dah ada laki dah ada anak tapi tak reti-reti nak guna dapur korang yang korang buat perhiasan jer tuh...

Jadi kepada sesapa yang dah expert tuh.. dan mengumpat kat belakang....recepies ini sama sekali bukan untuk korang... gi carik blogg chef-chef tukang masak yang terror ....


Hari aku nak ajar korang masak Puding Roti berkismis... senang jerrr...

Benda yang korang perlu ada...

Roti - 1 bungkus
Santan - dalam satu mangkuk (amik parti lagi sedap - lebih kurang sebijik kelapa) atau kalau nak lagi sedap guna fresh milk dalam setengah kotak (senhingga susu tadi melebihi roti tadi)
Susu cair - 1 tin aku selalu pakai susu cap Ideal sebab sedap...
gula - ikut suka korang
Kismis - satu bungkus kecik cukup aaa
Esen vanila - satu sudu teh
Telur - satu bijik
Garam - ikut rasa

Potong Roti kecik-kecik / potong kiub-kiub. Santan, susu, gula, esen vanila, telur dan garam tadi korang kacau... kalau ikut sifat pemalas aku... biasanya aku akan masuk dalam blender dan blend jer senang... cuba rasa cukup tak gula ngan garam ... pas tuh korang rendam roti dalam bancuhan tadi... make sure air bancuhan tadi cukup dan ada extra ... maknanya santan dengan susu cair tuh biar lebih ... nak tahu lebih ke tidak masa rendamkan bahan tadi dengan roti .. bila tekan permukaan roti tuh ada banyak lebihan air lagi.. dan air bancuhan tuh bergantung pada roti apa yg kita guna.. ada setengah setengah roti daya serapan dia tiggi ada yag tak kuat sangat .. so.. korang pandai pandai adjust laa air dia tu ek... kalau lebih air (santan & susu cair) bancuhan lagi sedap dan lembut... masukkan kismis kacau... dan biar terendam dalam lebih kurang 15 - 30 minit... tapi kalau nak cepat tak yah tungu lelama sangat pun tak apa... asalkan rasa rasa semua roti tuh dah basah dah boleh buh dalam oven dah...

Dalam loyang... buh butter kat sekeliling permukaan loyang. Pas tuh buh roti yg dah direndam tadi... atas dia (roti tadi) korang tabur sikit gula biar rangup sikit bila korang makan...
Pasang api atas bawah dan bakar about 40 - 45 min. Api tak yah kuat sangat...

Kalau korang nak buat cam hotel tuh - ala bread puding makan dengan kuah vanila tuuu ....Vanilla sos nih sedap kalau makan dengan puding roti ke, atau apple crumble ke.. atau puding jagung ker .. atau kastard ker .. apa apa jer laa yang sewaktu dengan nya ...


dalam 4 cawan susu segar / susu cair (aku agak agak aja)

4 biji kuning telur

sedikit gula (ikut suka)

secubit garam

2 sudu besar vanilla



Memula masakan susu. Jangan sampai beruwap pulak. Masukkan gula, vanilla dan garam. Pas tuh kacau/pukul telur. Masukkan telur dan kacau telur cepat cepat supaya tak berketul ketul. Jangan berenti kacau bahan tadi sampai dia pekat. Dah settle ..
nak lagi sedap ... makan dengan ice cream... mak aiiiiii... sedap gileerrrr....

Sunday, August 5, 2007

Tolong hormati hak-hak kebebasan orang lain...

Sudah lahh hak kebebasan bersuara disekat, hak kebebasan menulis di blogg juga sudah ditarik balik dan banyak lagi hak-hak lain telah juga dicemari. Sekarang satu-satunya hak yang aku amat hargai juga telah dirampas... aku sudah tidak berdaya lagi menahan....

Sekali lagi aku terpaksa bertindak aggresive dalam blog aku nih walaupun kekadang aku sendiripun tidak berapa suka... maaf aku emosional lagi..

Cam nih.. hari tuh macam biasa jalan utama aku untuk mencari rezeki yang halal adalah dengan menaiki LRT... aku juga kagum dengan sikap kedekut aku yang sama sekali tidak mahu membazirkan duit untuk berkereta kerana banyak yang aku perlu bayar... parking, minyak, maintenance, tol dll... dan aku sanggup berhimpit-himpit dan berebut-rebut untuk sekadar masuk ke dalam LRT....
dan hari tuh seperti biasa pukul 6: 23 (lebih kurang) aku pun memulakan perjalanan pulang dari KLCC. Aku masuk dan yang lain pun masuk jugak... memula terasa angin sepoi-sepoi bahasa seperti biasa hinggap ke deria bau aku.. aku boleh tahan lagi tapi bila ada sorang mamat yang warna kulitnya sedikit well done masuk dan terus berpaut pada pemegang tangan yang tergantung di bahagian atas tuh aku seperti mendapat tamparan yang amat hebat... perggghhhhhh... tidakkkk....

Arghhhhh... cukup hebat... aku rasa satu gerabak keretapi tuh boleh bau betapa... masam, tengit, pahit, busuk, basin, pekat, kelat, dan aku sudah tidak tahu dah apa lagi yang perlu aku tulis untuk mendiscribekan betapa busuknya dia... errmmm atau lebih tepat ketiak dia... maaf kalau bahasa aku tidak cantik.. tapi berterus terang itu adalah lebih mulia.

Aku terasa dunia telah merampas hak kebebesan menghidu udara bersih dan segar... kali nih aku surrender... aku sudah tidak boleh bertindak macho atau pretend to be very good and very nice person... aku terus tutup hidung aku dengan napsack aku... hanya aku dan Doraemon sahaja yang ada kantung hikmat pelbagai kegunaan ini...

Cilaka betul... hampeh, bodo... dan seperti biasa ayat lazim akan kuar dari mulut aku...

Aku bukan nak memalukan sesiapa.. tindakan aku kali nih untuk korang sedar bahawa dalam dunia nih kita mempunyai hak-hak kebebasan masing-masing yang perlu korang hormati...

Tolong aaa... aku mintak tolong sesangat agar korang boleh tolong buat ujian deria bau sekarang jugak.. mudah dekat kan aja hidung korang tuh kat bahagian ketiak korang dan 1,2,3 cium... pastikan tak der sesapa yang nampak... nanti korang malu plak...
Amacam... ok tak...tolong pastikan bau badan korang tidak mengganggu sesapa... kalau korang sendiri dah tak boleh tahan tolong.. berhenti dari membaca blog ini dan pergi sapu apa-apa pewangi badan agar korang reti nak hormat hak-hak orang lain... bior reti sikit..
Bukannya susah sangat pegi aa kedai dan beli mana-mana jenama yang korang rasa bersesuaian.. kalau korang nak jimat ada satu jenama yang amat murah dan aku selalu belikan untuk maid aku dulu Hibka... gambar orang pompuan - hitam putih tengah sapu bedak kat ketiak dia... 50 sen jer sepeket.. murah jer... kalau korang yang ada banyak duit banyak jenama lain yang lebih berkesan... sebab bibik aku kata kalau tak sesuai dengan Hibka nih.. ketiak korang akan seolah-olh melecur terbakar... aku tak pernah try laarrr pulak.. soo... aku arahkan koramg pergi beli sekarang jugak.... aku dah tak tahan cium bau korang lagi...

Pesanan aku tolong aaaa... hormatilah hak-hak kebebasan orang di sekeliling kita...

Sekian terima kasih...

Saturday, August 4, 2007

Dentist...


Tadi.. Nabilah first time visit to dentist... Macam biasa I'm the one yang cukup nervous kalau anything related to my daughter... but as usual jugak aku terpaksa control macho...
Last week aku really surpprised bila tengok ada 2 batang gigi kekal yang comel dah tumbuh kat belakang gigi susu dia... God... cam mana nih... aku terus check gigi susu dia tuh and the result ... both of the gigi susu still kuat and tak goyang pun... no choice ...we decided to bring her to dentist cabut gigi... adoiiii....

Friday, August 3, 2007

Peringatan untuk Kaum Wanita...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.


*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.


*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.


Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Thursday, August 2, 2007

Paprik Campur...


Aku rasa cam dah lama tak masak Paprik…

Jom… aku buat simple jer.. memula aku masak dulu aku hantam jer .. pas tuh jadik kira ok aa tuh…

Bahan-bahannya...
Ayam – Potong kecik masuk tulang-tulang lagi sedap
Sotong - korang potong aaa.. ikut suka
Udang - tak yah buang kepala. Potong muncung dia yang tajam tuh jer
Daging - potong kecik
(Semua bahan diatas ikut suk korang aaa nak letak berapa banyak…)
Kacang panjang - kerat dalam 2 inci
Bunga Kobis - potong ikut bunga dia
Bawang Putih, Bawang Merah, sikit halia
Garam, Gula, Pak aji naik moto
Cili api
Daun Limau purut
Serai
Sos Tomato / Cili kering yang dah di blend

Cara-caranya ya puan-puan :
Memula biasalar tumbuk / kisar bawang putih, bawang merah dan sedikit halia. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau. Masukkan chili yg dah diblend tadi. Kalau tak tahan pedas atau nak bagi budak-budak makan tumiskan dengan sos tomato jer... masukkan daun limau purut. Serai sebatang jer... Masukkan daging (biar sampai empuk baru masuk benda lain) jgn lupa bubuh air , bila dah empuk dan air dah kurang sikit masukkan ayam, sotong dan kemudian udang... gaulkan sebati... tambah air sikit kalau kurang ikut suka nak air banyak mana.... masukkan garam, gula sikit dan Pak Aji. Bila semua binatang oppsss... lauk tadi dah masak... daging dah lembut masukkan kacang panjang dan bunga kobis... kacaukan sekejap jer... jangan lama sangat nanti lembik sangat sayur tuh tak sedap kalau nak pedas buh chili api bebanyak... errrmm kalau ada budak nak makan angkat dulu yang tumis dengan sos tadi kemudian baru buh chili api...
Dah siap... amik pinggan cantik buh paprik ... makan dengan nasik panas.. sedap.. nak-nak kalau pedah lagi ngancam...

Mari Belajar Bahasa

Untuk pengetahuan korang banyak perkataan Melayu kita nih yang ejaan dan sebutannya sama tapi mempunyai makna yang berbeza... kekadang intonasi membawa maksud yang berlainan..

Perkataan pertama untuk hari nih ialah...

BISA

Kamus Melayu:

1) Sesuatu cecair yang boleh memudaratkan kekadang kalau kena kejap tuh jugak habizzz... tak sempat ngucap
Contoh ayat : Bisa ular itu telah membuat Pak Ali mati ditempat kejadian.

Kamus Indonesia
2) Boleh, mampu, dapat (intonasi keIndonesiaan)
Contoh ayat : Pak Suharto bisa makan 5 pinggan nasi.
Ahmad enggak bisa hadir pada malam itu.

Kamus perubatan
3) Sakit, macam lenguh-lenguh...
Contoh ayat : Badan Ali terasa bisa-bisa apabila terkena hujan semalam.

Kamus Melayu – Kelantan
4) hebat (perlu dibaca denge loghat Kelate...)
Contoh ayat. : Pergh… bisa mu nih…mu buleh angkat 10 kilo berah(beras) nih… sore pulok tuh...

Tips kat dalam Office

Camne nak ngelat tapi nampak rajin


1. Jgn berjalan tanpa dokumen kat tangan
Jalan bwk dokumen nampak mcm jln nak pi meeting & nampak rajin. Tak bwk apa2 cam nak pi kantin. Kalu bwk paper cam nak pi toilet. Bila balik cuba2 bwk byk dokumen kunun mcm nak keja kat rumah

2. Guna komputer utk nampak sibuk
Bagi pandangan org biasa sesapa pakai komputer nampak cam buat keja walaupun chatting. Kalu kantoi dgn boss cakap le tgh belajor software baru @ taip itu & ini

3. Meja bagi semak
Boss boleh le meja kemas, bagi yg bwh ni kena le nampak semak so mcm keja byk. Keja tahun lepas pon org ingat baru punya

4. Voice mail
Jgn jawab tepon kalu ada kemudahan voice mail. Org takkan call sesaja kalu tak bagi keja. Kalu ada sesapa bagi mesej bunyi cam nak bagi keja, reply le masa lunch hour diorang takde, so nampak cam rajin masa mkn pon keje

5. Muka bagi nampak tak sabar & terganggu
Buat muka camtu so boss akan ingat yg kita betul2 byk keja sibuk

6. Balik lewat kalu boss ada
Boss ada balik lewat.. tak payah buat keja baca majalah pon ok. time nak balik jgn lupa lalu depan bilik boss

7. Mengeluh kuat sikit
Kalu org tgh ramai buat2 le mengeluh kuat sikit kunun2 tgh pressure byk keje

8. Strategi tambahan
Kalu file tak cukup atas meja buleh le tabor buku... manual komputer keatas lantai

9. Ayat kena bagus
Sekali2 baca buku dan cari le perkataan2 terkini & produk2 pasal komputer ke so bila cakap dgn boss bunyik cam cerdik. Boss tak perlu paham yg penting kita nampak bijak bila bercakap

10. Sediakan 2 jeket bagi yg keje dlm aircond
Letak satu jeket kat kerusi so nampak cam kita masih ada kat situ.. satu lagi bwk le mengulor ke mana2

11. PENTING!!!
Jgn forward benda ni kat boss anda secara tak sengaja kihkih

Amacam ok tak... so boleh laarrr buat.. mudah-mudah dapat naik gaji atau naik pangkat...

Wednesday, August 1, 2007

Bloggers...

Aku terpanggil untuk membuat komen tentang Surat khabar hari tuh... "BLOGGER TIDAK KEBAL" ...oleh kerana aku juga salah seorang penulis blogg yang walaupun tidak aktif... tapi aku rasa aku perlu suarakan pendapat aku juga... maaf kalau ada sesiapa yang merasakan tindakan aku tidak betul.. atau tulisan aku kali ini tidak selamba... dan kalau ada yang tidak suka .. aku tidak paksa untuk kamu meneruskan bacaan ini....
Aku masih tidak faham dan terkedu... Adakah kebebasan bersuara di Malaysia ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi??? Tidak relevan.... Aduh... aku berat nak kata kan ini tapi aku sudah rasa malu dengan pasukan bola sepak Malaysia dan kali ini aku sudah tidak mahu diherdik bahawa pemikiran rakyat Malaysia terlalu sempit ... apa sudah jadi dengan negara ini... sudah 50 tahun merdeka .. takanlah benda-benda macam nih pun mereka nak melenting... Kali nih otak aku betul-betul buntu.. aku terasa betapa dunia Malaysia ini terlalu kecik... kenapa perlu di sekat, kenapa perlu di tangkap para blogger yang meluahkan rasa ketidak puasan hati masing-masing.. mereka tidak kacau, mereka tidak menimbulkan riot dimana-mana... mereka tidak pernah buat sesapa marah... mereka hanya meluahkan apa yang mereka fikir perlu.. apa yang mereka fikir betul... mereka hanya meluahkan pendapat mereka sahaja...dan pendapat itu adalah individu... sekiranya ada pihak yang tudak puas hati atas luahan hati atau ada pihak yang merasakan mereka lebih betul maka ada lah perlu mereka-mereka itu membalas... menulis... mengkiritik semula dan berikan komen-komen mereka yang mereka rasa bernas....
Apa salahnya kalau pihak-pihak yang menentang keras kegiatan para blogger yang mengkritik 'kera'jaan ini menggaji seorang penulis blog yang handal dan menentang balik atau membela apa yang mereka kata fitnah itu...itu lebih rasional...
Bangun lah.. sudah cukup lama kita dijajah dulu... negara merdeka kita ini hanya perlukan mereka-mereka yang boleh berfikir secara waras... boleh berfikir secara rasional... boleh berfikir secara educated... janganlah kongkong hak-hak kita lagi..
Sesungguhnya mengapa perlu takut kepada rakyat blogger yang kerdil ini.. mereka perlu pertahankan, sekiranya mereka fikir mereka betul... ini semua adalah untuk pembangunan rakyat juga...
Sebuah masyarakat adalah dihadiri oleh bermacam-macam fikiran, bermacam cadangan, bermacam kritikan dan sudah semestinya kita tidak boleh puaskan hati semua pihak ... tidak perlu tangkap blogger-blogger ini.. tidak perlu kecam blogger-blogger ini... hanya perlu bertindak secara professional... jangan malukan Malayasia lagi... cukup...

Birthday Kakak