Thursday, August 30, 2007

Merdeka III

Citer pasal Merdeka lagi... aku still tak puas lagi untuk bercerita mengenai Merdeka nih... tadi aku baca the nation's free news paper... The Sun... satu-satunya surat khabar free yg boleh didapati di kebanyakan stesen LRT... dan bila aku surf internet apa yang menarik perhatian aku ialah activity-activity kemerdekaan berlansung dari seawal bulan Mac lagi hingga lah pada malam kemerdekaan dan seterusnya sehingga pertengah bulan September... pergh memang hebat.. sana-sini akan bergema laungan MERDEKA di sisipkan dengan konsert-konsert hebat, tarian-tarian, nyanyian-nyanyian yang bertemakan kemerdekaan dan macam-macam acara lagi telah disusun untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini... kata mereka.. tahun ini akan di adakan secara gilang-ge,ilang sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 50...
Memang hebat... dari pukul 7 malam 30 haribulan Ogos hingga lah keesokan harinya... negara akan tanpa henti meraikan upacara gilang gemilang ini...

Aku sendiri geleng kepala dengan apa yang dijanjikan oleh negara sempena menyambut hari kemerdekaan ini... macam-macam.. yang paling ghairah adalah anak-anak muda kita.. terutama sekali anak-anak Melayu kita... inikah semua yang sengaja disajikan oleh kerajaan kita untuk bakal-bakal pemimpin generasi akan datang... apacara-upacara yang melalaikan... yang pnuh dengan kemungkaran
Aku benar-benar rasa terharu dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang di sambut oleh rakyat Indonesia baru-baru ini. Bumi Indonesia rasa seperti deberkati apabila berjuta-juta rakyat Indonesia turun untuk bersembahyang Sunat Hajat dan Sunat Syukur beramai-ramai sempena hari kemerdekaan mereka... aku seperti rasa hina dan malu dengan Malaysia... tidak seperti negara aku, negara Malaysia yang bergelar Islam Hadhari ini tidak pula disarankan untuk datang beramai-ramai mengerjakan solat-solat sunat atau berkumpul mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang Maha Esa dengan apa rezeki yang telah Dia berikan... aku malu negara Islam Hadhari ini telah dengan bangganya menyambut acara gilang-gemilang ini dengan segala upacara-upacara hiburan yang tidak terbatas...
Hmmm.. aku pun tak tahu ... aku masih lagi rasa malu dan hina dengan status negara Islam yang cuba dibangga-banggakan... dan mungkin itulah perbezaan antara Negara Islam dahulu dengan Negara Islam Hadhari ini... lebih maju, lebih practical dan lebih segala-galanya...
Wallahualam...

No comments: