ADAB KETIKA MENGUAP
Pergh.. kalau tengah ngantuk.. perkara yang paling nikmat ialah menguap dengan membuka mulut seluas-luasnya.. sambil mengeliat... memang best.. nak-nak kalau cuaca sejuk-sejuk dan hujan-hujan... nah amik baca biar bearadab sikit...
Tutup mulut masa nak menguap tuh... janagn main nganga cam buaya... Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Kita disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung.
Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia adalah dari syaitan.
Rasulullah bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah (Alhamdulillah), hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.” Riwayat Bukhari.
No comments:
Post a Comment