Aku terpanggil untuk membuat komen tentang Surat khabar hari tuh... "BLOGGER TIDAK KEBAL" ...oleh kerana aku juga salah seorang penulis blogg yang walaupun tidak aktif... tapi aku rasa aku perlu suarakan pendapat aku juga... maaf kalau ada sesiapa yang merasakan tindakan aku tidak betul.. atau tulisan aku kali ini tidak selamba... dan kalau ada yang tidak suka .. aku tidak paksa untuk kamu meneruskan bacaan ini....
Aku masih tidak faham dan terkedu... Adakah kebebasan bersuara di Malaysia ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi??? Tidak relevan.... Aduh... aku berat nak kata kan ini tapi aku sudah rasa malu dengan pasukan bola sepak Malaysia dan kali ini aku sudah tidak mahu diherdik bahawa pemikiran rakyat Malaysia terlalu sempit ... apa sudah jadi dengan negara ini... sudah 50 tahun merdeka .. takanlah benda-benda macam nih pun mereka nak melenting... Kali nih otak aku betul-betul buntu.. aku terasa betapa dunia Malaysia ini terlalu kecik... kenapa perlu di sekat, kenapa perlu di tangkap para blogger yang meluahkan rasa ketidak puasan hati masing-masing.. mereka tidak kacau, mereka tidak menimbulkan riot dimana-mana... mereka tidak pernah buat sesapa marah... mereka hanya meluahkan apa yang mereka fikir perlu.. apa yang mereka fikir betul... mereka hanya meluahkan pendapat mereka sahaja...dan pendapat itu adalah individu... sekiranya ada pihak yang tudak puas hati atas luahan hati atau ada pihak yang merasakan mereka lebih betul maka ada lah perlu mereka-mereka itu membalas... menulis... mengkiritik semula dan berikan komen-komen mereka yang mereka rasa bernas....
Apa salahnya kalau pihak-pihak yang menentang keras kegiatan para blogger yang mengkritik 'kera'jaan ini menggaji seorang penulis blog yang handal dan menentang balik atau membela apa yang mereka kata fitnah itu...itu lebih rasional...
Bangun lah.. sudah cukup lama kita dijajah dulu... negara merdeka kita ini hanya perlukan mereka-mereka yang boleh berfikir secara waras... boleh berfikir secara rasional... boleh berfikir secara educated... janganlah kongkong hak-hak kita lagi..
Sesungguhnya mengapa perlu takut kepada rakyat blogger yang kerdil ini.. mereka perlu pertahankan, sekiranya mereka fikir mereka betul... ini semua adalah untuk pembangunan rakyat juga...
Sebuah masyarakat adalah dihadiri oleh bermacam-macam fikiran, bermacam cadangan, bermacam kritikan dan sudah semestinya kita tidak boleh puaskan hati semua pihak ... tidak perlu tangkap blogger-blogger ini.. tidak perlu kecam blogger-blogger ini... hanya perlu bertindak secara professional... jangan malukan Malayasia lagi... cukup...
No comments:
Post a Comment