Ok... ada sentengah pendapat menyatakan perkara-perkara di bawah ini adalah Bid'ah semata-mata.. perkara-perkara yang tersebut dibawah ini memang tidak pernah di practickan oleh nabi Muhammad kita... tetapi segala apa yang baik... adalah bid'ah Hassanah... bid'ah yang wlaupun Nabi Muhammad tidak buat.. umatnya masih beh melakukannya dengan alasan perkara-perkara tersebut merupakan perkara-perkara yang baik... cuba baca dan cuba buat.. tak de ruginya kalau kita lakukan sesuatu yang baik kan...
Hari Nisfu Sya'aban ialah hari Selasa - 28 Ogos 07, (15 Sya'aban bermula pada hari 14hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib pada hari Isnin 27 Ogos 07).
Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 27 Ogos 07.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :
1. Selepas Solat Maghrib (Isnin - 27 Ogos)
Solat Sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat :
Rakaat 1 : Baca surah Al- Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yaasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Selepas Yaasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada
Allah SWT
ii) Selepas Yaasin kedua : mohon rezeki murah/halal untuk beribadat
kepada
Allah SWT.
iii)Selepas Yaasin ketiga : mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam
iman & minta jauh dari mala petaka/penyakit
Kemudian baca istighfar 11x
Selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yaasin Majmuk)
3. Membaca surah Al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Hari Selasa, 28 Ogos 07)
Pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibrail kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya : " Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada mensyirikkannya dengan sesuatu kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa."
" Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : "Adakah orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkannya dan diampunkan sekalian orang Mukmin lelaki dan perempuan melainkan orang yang berzina atau yang berdendam kepada saudaranya. Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allahmemberitahu kepada Nabi Isa a.s. pun berdoa kepada tuhan, " mudah- mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w" Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan & Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban :
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah SWT haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kepada Nabi Allah Yusof di syurga.
2. Bahawa puasa bulan Sya'aban kerana membesarkan Ramadhan, sesiapa yang berpuasa 3 hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu dan diberkatkan rezeki baginya.
3. Sesiapa berpuasa 3 hari daripa permulaan Sya'aban dan 3 hari pada pertengah Sya'aban serta 3 hari pada akhir Sya'aban, maka Allah SWT mencatatkan baginya seperti pahala 70 nabi, dan seperti orang yang beribadah kepada Allah SWT selama 70 tahun. Jika mati pada tahun itu maka bagaikan orang mati syahid.
Sebaik-baik minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana
amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
derhaka/berdosa dengan ibu bapa kita.
Jom larr sekali-sekali buat sesuatu yang baik...
No comments:
Post a Comment