Friday, October 26, 2007

Masih ramai lagi insan mulia di dunia ini ...

Rintihan hati tentang Era Deficit aku nampaknya berkesan .. hari ni saja banyak makanan-makanan free yang datang mecurah-curah ... roti aku hari nih nampaknya tak berusik ... pagi nih aku betul-betul kenyang. Pagi-pagi lagi aku disajikan dengan Nasik Minyak dengan ayam masak merah ... pergh ... terima kasih kepada insan ikhlas itu ... dan baru sekejap tadi aku disajikan lagi dengan satu tuperware dodol ... pas tuh macam-macam kuih raya .. dan keropok-keropk hamper dari vendor ... dan ada juga yang telah berjanji untuk sajian tengah hari .. bukan setakat hari nih malah minggu hadapn pun dah ada orang sanggup membiayai makanan tengah hari aku .... dan week end nih pulak jadual makan aku penuh dengan jemputan-jemputan open house ... aku tak perlu masak, malah ada yang sudah siap beli bekas-bekas plastik untuk bekalan aku dirumah .... alhamdulillah ... rupa-rupanya memang ramai insan yang baik hati ..
Untuk tidak menghampakan sesiapa yang ingin berbuat baik di bulan Syawal ini, aku masih lagi buka account bank aku untuk sesiapa yang masih ingin menyumbangkan apa-apa sahaja yang berupa makanan atau cash atau cek atau wang pos ... dan apa-apa sahaja.. sekali lagi aku ingatkan ... aku tidak memilih .. anything will be ...
Sekali lagi terima kasih daun keladi

Thursday, October 25, 2007

ANGKASAWAN

Pergh... aku betul-betul tabik spring kat ini SMS - Sheikh Muzafar Shukor angkasawan Malaysia yang pertama. Kau cuba banyangkan ... bayangkan macam mana manusia biasa cam dia tuh jer (walaupun dia sedikit lebih genius dari aku) boleh dapat pergi ke angkasa... fuh... ini satu-satu benda yang aku betul-betul tak sangka Malaysia mampu buat.. buat kali pertamanya lah aku betul-betul salute sama Malaysia.

Hmmm ... menyesal aku tak gi mencuba nasib hari tuh ... mana tahu nasib menyebalahi aku pulak.. kalau aku dapat pergi ... mesti korang tabik ngan aku... angkasawati pertama naik ke bulan .. pergh ... canggih laaa... pasti nama aku disebut-sebut sampai bila-bila .. masa tuh jangan harap aku merepek kat blog nih lagi ....

By the way ... aku memang rasa bangga yang amat-amat sangat bak kata Nik Aziz nih bukan sahaja kebanggan dan kejayaan Malaysia dalam bidang angkasa .. tapi ini adalah kejayaan umat Islam... aku pun terkejut bila aku tahu bahawa pergi angkasa atau buat sesauatu berfaedah kepada dunia Islam adalah merupakan fardhu kifayah... dan pergi ke bulan juga adalah merupakan salah satu fardhu kifayah bagi umat Islam. Korang tahu tak apa itu fadhu kifayah...

Kifayah dari segi bahasa bermaksud “mencukupi” dan “memadai”. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah,errmm menuntut ilmu dan termasuk menuntut ilmu falak (ilmu astronomi)

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

So.. menurut kata adik ipar aku, mempelajari ilmu angkasa dan telah dapat mewakili umat Islam diMalaysia untuk sampai kebulan juga merupakan salah satu Fardhu Kifayah. Aku pada mulanya kurang pasti kesahihannya tapi bila kita kaji semula makna sebenar Fardhu Kifayah maka memang betul laaa kot ... aku rasa ...

Memang pada mulanya aku rasa cam membazir bila gi hantar SMS tuh naik bulan baik buat benda lain yg lagi berfaedah.. tapi bila aku bukak citer zaman khalifah-khalifah dulu dimana ada satu zaman yang umatnya berpusu-pusu mempelajari ilmu falak baru aku rasa ini juga adalah salah satu ilmu Islam yang sebetulnya dan sepatutnya perlu di dalami oleh umat Islam khasnya.. nih cuba korang baca sejarah Ilmu Astronomi Islam atau lebih dikenali sebagai Ilmu Falak. Memang aku kagum dengan umat Islam zaman dahulu... aku kagum dengan sifat ingin tahu yang membawa kepada kegemilangan ilmu di kalangan umat Islam...

Cuba gi sini untuk maklumat lanjut pasal Angasawan Islam yang telah sampai ke bulan

Tapi sekarang golongan kafir telah mendahului kita.. aku rasa cam rugi gila sebab segala ilmu tentang cakerawala ini sebenarnya telah di monopoli oleh orang Islam dahulu kala.. tapi sebab kejahilan dan sifat malas umat Islam kita zaman ini segala-gala usaha ulamak kita tinggal begitu sahaja .. and yet semua ilmu tuh sebenarnya ada dalam Quran sendiri..

Aku harap dengan kemunculam SMS nih maka umat-umat Islam lain dan pemerintah-pemerintah seluruh negara sepatutnya bangun semula dan membangunkan semula era kegemilangan umat Islam tentang ilmu-ilmu Astronomi ini...

Walaumacam mana pun.. tahniah diucapkan kepada Sheikh Muzafar Shukor dan aku harap lepas nih ramai lagi yang berminat dengan ilmu angkasawan nih dan aku harap lepas nih korang boleh usul-usulkan nama aku sebagai next angkasawati negara ...

Wednesday, October 24, 2007

Era DEFICIT....

Masuk hari nih dah masuk lima hari aku gi office dengan ber breakfastkan either roti sandwich cicah dengan Milo sponsered by my company atau kuih-kuih raya yang officemate aku bawak dari rumah ... aku sekarang nih sedang mengalami zaman-zaman deficit ... fenomena biasa selepas raya ... situasi yang amat berat mata memandang .. berat lagi bahu aku memikul ... jadi sesapa yang rasa bersimpati dengan situasi sedih, pedih, perit nih .. aku amat berbesar hati kiranya korang boleh jemput aku makan lunch free atau paling kurang pun belanja aku makan McDonald dan aku janji aku takkan memilih menu aku kali nih .. terserah anda ... atau kira ada lagi yang lebih bermurah hati untuk mentransferkan sejumlah wang untuk perbelanjaan makan dan minum aku selama beberapa hari sahaja lagi sebelum account bank aku ni di banjiri duit gaji aku semula ...
Sekiranya ada sesapa yang bersimpati .. anda boleh membuat pemindahan wang anda terus dari Maybank dan nombor account akan aku beri sejurus aku menerima panggilan simpati dari korang..
Dengan ini aku dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... hanya tuhan saja yang mampu membalas budi baik kalian....

Tuesday, October 23, 2007

Tak hengat dunia bila raya ...

Dah lama tak update blog ...raya punya pasal ... raya sakan ...

Otak aku pun sekarang sudah tidak dapat menafsir apa-apa lagi .. sudah tidak mampu memuntahkan karya-karya bernas untuk tatapan kosong korang ... sel-sel otak aku sudah beku, tepu, atom-atom disekitar badan aku sudah hampir meletup-letup... semua ini gara-gara ketupat, rendang, lomang, kuih-kuih raya yang macam-macam fesyen, laksa pinang, mee rebus, nasi minyak, nasi beryani dan entah apa-apa lagi masuk dalam saluran tali perut aku nih .... enjin perut aku sudah tidak mampu mengeluarkan enzyme pencerna untuk menghancurkan makanan-makanan yang aku sumbat terus kedalam tekak aku nih ... semua mesin-mesin anggota badan aku sudah lemah .... cukup ... aku tak mampu makan lagi ... jangan paksa aku makan ... alat penimbang aku sudah tidak mampu menjerit agar dia tidak dibebankan lagi dengan penambahan berat badan aku ... aku gagal .... gagal tahan nafsu ... nafsu makan aku yang sudah lama tidak bertindak secara ganazzzz... tolong.....

Cocktail


Nih paling senang ... anak aku pun boleh buat .. kalau tetiba ada orang datang dan dah tak der apa yang korang boleh masak ... jamu jer benda nih .. sedap kalau masa tengah sejuk ...

Bahan-bahan ...
1 tin Fruit Cocktail
1 tin nenas kiub yang dalam tin tuh ..
1 tin susu cair Ideal
jelly ala.. yang biasa-biasa bebudak makan tuh ...

Korang boleh tambah apa-apa buah-buahan dalam tin yang lain macam longan ker atau laici ker atau kelapa laut atau apa-apa jer lah ... kalau rasa macam kurang susu sebab korang tamak dan letak banyak sangat buah yg macam-macam tuh korang kena tambah susu cair lagi ... semua nih terpulang ... ikut cita rasa sendiri...

Biasanya aku akan masukkan semua benda-benda diatas (semua termasuk jelly) kedalm peti sejuk atau freezer... buh dalam setengah hari (jangan sampai beku sangat sudah ..bila-rasa-rasa dah sejuk atau macam dah 1/4 beku keluarkan dan buh dalam Fruit Punch Bowl yang besar... kalau peti ais korang muat masukkan balik Fruit Punch Bowl yang besartuh dalam peti ais.
Kalau korang rasa macam pekat sangat boleh letak ais tapi kalau aku, aku tak suka cair aku lebih suka biar pekat cam tuh ...

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya ...

Ampun dan maaf andainya diriku ini…

Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Ter e-mail benda yang tak sepatutnya di terima
Termacam-macam yang kena-mengena
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diriku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan…


Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

Wednesday, October 10, 2007

Raya Lagi ...

pergh ... dah nak raya .. semua dah ok.. yang penting budak-budak .. untuk bebudak tuh aku rasa semua dah lengkap .. tapi untuk aku .. biasa jer .. mana yang boleh pakai lagi tahun lepas recycle jer .. tak der apa yang baru dan menarik untuk rumah aku kali nih .. last year punya masih elok lagi .. so dah boleh jimat banyak kat situ ...
Duit gaji bulan nih habih untuk bebudak tuh jer .. termasuk beli kuih untuk mak dan mertua aku kat kampung ... hmmm...kesian pulak bila ingatkan dia orang tuh kat kampung ....
Kampung... bila citer pasal kampung aku mula rasa hiba, sebak ... aku sedih bila terkenangkan mak dan ayah yang dah berumur tuh menjalani sisa-sisa hidup mereka dikampung... anak-anak masing-masing sibik dengan aktiviti masing-masing... dengan masalah masing-masing... dengan tanggung jawab masing-masing... aku sedih bila dengar citer mak ngan ayah aku tuh buka puasa berdua jer ... makan pun tak lalu ... mak kata dia dah malas nak masak sebab bukan ada sapa nak makan pun... pas tuh mak kata dia orang makan ala kadar jer .. sebab kalau masak best-best pun, kalau masak banyak-banyak pun tak habis, tak de sapa nak makan ... dia dua orang jer .... adoiii... sedangkan aku dan family aku.. makan bersahur pun boleh bertambah-tambah .. punya berselera ... dan bagaimana meriahnya bila berbuka puasa ... dengan hidangan yang pelbagai jenis .. tapi mereka ... hmmm....
lagi sedih bila dia orang kata dia orang dah start buat sikit-sikit persiapan raya macam kemas rumah, beli barang-barang untuk persiapan raya sendiri ... aku betul-betul rasa akulah anak yang tak boleh diharap langsung .. aku gagal jalankan tugas aku yang sepatutnya tolong dia orang dalam hal-hal cam nih... sepatutnya aku laarrr yang buat semua tuh .. mak ngan ayah kan dah tua .. dah tak larat ... ada jugak aku cuba larang dia orang buat benda-benda tuh tapi kata mereka "tak apa buat sikit sikit nanti habis laa tuh ... " itu alasan agar aku tak rasa susah hati dan tidak rasa bersalah pulak .. dia orang memang langsung tak mahu menyusahkan anak-anak mereka... dan aku rasa jawapan yang sepatutnya dia orang bagi ialah "biar lah ... dah kalau tak buat sapa lagi yang nak buat ... nak harapkan anak-anak hampeh.... " tapi mak ngan ayah langsung tak pernah mengungkit ... tak kisah ... dia seolah-olah terus mengerti dan terpaksa merelakan ..... entah aku sendiri pun tak tahu macam mana nak cakap ... kesibukan menjalankan tugas harian di office, tugas-tugas untuk family... dan beberapa masalah lain yang menghalang aku untuk balik kampung membuatkan aku kekadang tak terfikir bagaimana keadaan mereka kat kampung.... bagaiman perasaan mereka ... aku hanya mampu telefon dan bertanya khabar.. atau bantu dari segi material yang mana mereka bukan inginkan sangat pun ... apa yang mereka idamkan ialah suasana suasana dahulu semasa kami dibawah jagaan mereka ... dimana kami sekeluarga sama-sama membuat persiapan untuk berhari raya ... camana meriahnya waktu-waktu berbuka puasa bersama, saat saat bergaduh dan bergurau adik beradik ....riuh rendah dengan hilai tawa kami adik beradik ... tentu itu yang mereka impikan .. dan yang paling mereka impikan ialah suasana bagaimana kami semua adik beradik ada di depan mata mereka menanti giliran untuk mencium tangan kedua ibu bapa kami... adush ... sedih seh...

Saturday, October 6, 2007

Kes-kes biasa bila nak raya ...

Bila nak raya jer ramai aa.. couple yang bergaduh nak balik beraya kat rumah sapa.. kat kampung sapa ... nak beraya kat kampung sapa dulu... raya keberapa nak balik kampung masing-masing... dan ada jugak yang tidak berperasaan bila every year balik kampung dia jer ... erm.. macam-macam laahhh ...
adush.. susahnya kalau kawin ngan orang jauh nih... sepatutnya masa raya-raya nih kita bermaaafan cuba bersihkan segala dosa-dosa kita yang lalu dari asyik nak begaduh jer....
ish ish ish .. tak bagus laar cam tuh .. udah-udah laarr gaduhnya tuh.. buat tambah dosa jer apa-apa pun ko kan dah selamat kawin dengan orang yang ko nak kawin tuh ... dan sepatutnya ko kena laarrr bertolak ansur dan sacrifies sekali sekala agar rumah tangga korang tuh lagi aman dan sambut raya dengan perasaan yang gembira .. jadi pada mereka yang dah dijodohkan dengan orang jauh-jauh cam aku nih di harap banyak-banyakkan bersabar dan perlu adil dalam hal-hal macam nih..
kita perlu ingat yang spouse kita tuh pun ada perasaan jugak .. dia ada mak ayah yang perlu dia orang jenguk dan mintak ampun di pagi raya ... jangan laa pentingkan diri sendiri jer ...
dan perlu ingat bagaimana perasaan orang tua kalau anak dia tiap-tiap kali raya tak balik kampung ... sedih tau...ingat sikit kita pun akan tua satu hari nanti .. kita akan ada anak ... anak-anak kita tuh nanti akan berkahwin jugak .... dan kita tak nak aa.. sampai anak-anak kita suatu hari nanti tak balik berhari raya sebab asyik beraya rumah mertua dia jer ... (What Goes Round Comes Round) tentu kita akan rasa sedih macam mana yang dia orang rasa .... so jadinya baik buat Mutual Agreement so that benda-benda cam nih tak kan berlaku ... itu jer solution yang paling bagus .... ikut suka korang aa.. nak buat cam mana asalkan kedua-dua belah pihak bersetuju dan puas hati ....yang penting bila raya tak payah nak gaduh ..
Aku ...??? hmm.. no komen.. cam biasa aku terpaksa bergilir laarr sebab kampung mertua aku memang jauh. So kalau tahun nih aku raya kat kampung aku tahun depan raya kat kampung husband aku ... walaupun aku rasa sedih sangat masa pagi raya tuh tapi aku kena faham perasaan orang lain.. bagaimana perasaan husband aku dan bagaimana perasaan ahli keluarga belah husband aku ... mak dan ayah dia ... jadi orang kata .. kekadang kita perlukan sedikit pengorbanan untuk orang lain jugak ...
Kalau raya kat rumah mertua aku, pagi raya tuh kalau tak nangis memang tak sah ... mana idaknya .... teringat kat mak, ayah, abang-abang aku .. ingat kat kakak aku .. dan semua anak-anak sedara aku .. sedih tuh ... tapi bila dah lama-lama semua perasaan tuh akan hilang sikit-sikit. Aku selalu pujuk diri supaya lebih tabah dan cuba untuk bahagiakan orang lain jugak .. walaupun memang berat ....
Jadi yang tengah bergaduh tak bertegur sapa atau ada yang langsung berpecah sorang balik sini sorang balik sana... aku harap banyak-banyak bersabar .. hidup kita nih bukan untuk diri kita sorang jer .. kita jugak perlu kongsi segala-galanya dengan orang lain di sekitar kita ... cuba sekali sekala duduk ditempat orang lain pulak.. jangan asyik pentingkan diri sendiri...

Roti John


Hmmm... resepi nih aku main belasah jer .. lepas tuh aku rasa cam jadik dan mendapat sambutan ramai ... so aku rasa aku nak syer ngan korang cam mana nak buat roti John...

Benda yang mesti ada ...
Roti panjang - gardenia pun ada roti hot dog tuh pun boleh kalau cam dah desprate sangat beli roto sandwich biasa pun boleh tapi tak jadi laa roti John maybe jadi roti Abu ke Roti Ahmad ker ....

Barang Inti
Daging cincang
Sos tomato
Sardine 1 tin sedang
Bawang putih (tumbuk halus)
Bawang Merah (tumbuk
Bawang besar (potong dadu)
Telur

Untuk hiasan
Timun
Kobis (hiris)
Tomato
Cili
Sos Chili / sos tomato
Mayonese

Cara
Memula tumbuk bawang (blend pun boleh). Tumiskan bawang yang dah ditumbuk tadi (tumis cam biasa ngan minyak). Masukkan daging cincang (minched meat) buh air sikit. Masukkan sardine dengan sos dia sekali. Buh sos tomato ikut suka hati... kalau rasa cam nak masam buh banyak sikit. Masukkan bawang dadu tadi... Rrrr... sardine tadi make sure hancur-hancurkan. Buh air sikit.. bila dah kering sikit (jangan kering sangat) buh garam. Siap.

Masa nak goreng tuh ... masukkan bahan tadi yang kita dah masak tadikan (daging cincang ngan sardin) kedalam telur dan bubuh daun sup yang dah di hiris halus. Kacau sampai sebati. Amik kuali leper buh telur dan bahan tadi (telur dan daging cincang dah dikacau sebati tadi), buh minyak sikit jer kat kuali leper tuh macam nak buat telur bungkus, letakkan bahan tadi ikut betuk dan panjang roti tadi) pas tuh cepat cepat letak roti atas dia bagi dia lekat ngan bahan tadi. Bila dah masak angkat dan letakkan barang hiasan dia, buh Mayonese dan sos.... dan boleh makan ... sedap ...

Thursday, October 4, 2007

Dadih ...

Semalam aku try buat dadih dari resepi yang aku dapat dari e-mail hari tuh ... ok jugak ... menjadik tapi ada setengah bahan cam yogurt tu aku tak masukkan sebab tak der kat umah jadi aku just masukkan apa yang ada... senang sangat dan very simple ...



INGREDIENTS:
1 liter susu kotak strawberry dutch lady

1 cawan air (aku letak 1 cawan 1/2 sebab aku suka lagi lembut...)

4 s/b gula

1 s/b serbuk agar-agar

150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady (yg nih aku tak bubuh semalam tapi ok jer jadik)



METHODS:
Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
Masukkan dalam gelas atau bekas kecil. Sejukkan dalam peti sejuk.
Hidangkan sejuk.


Kalau nak perasa lain.. tukar susu perasa strawberi tuh ngan susu plain yang original ...pas tuh buh perasa suka hati korang dan buh pewarna ikut suka korang cara still sama. contohnya kalau nak perasa jagung, buh susu plain campur ngan perasa jagung dan pewarna kuning ...
Try aaa... sedap gek makan bulan puasa nih.... sejuk jer masuk dalam mulut...

Wednesday, October 3, 2007

Quran Saintifik


Julung kali aku baca buku-buku yang berkaitan keagamaan selain buku-buku teks masa kat sekolah dulu, masa kat college - masa aku belajar course-course optional macam subject Islamic Revealed Knowledge (wajib amik untuk dapat degree). Inilah kali pertama aku baca buku agama dengan rela hati... selama ini paling banyak aku baca hanyalah buku-buku cerita milik pengarang Sidney Sheldon .. buku-buku fiksyen yang selalunya membuat aku kengkadang tak tidur malam nak tunggu apa kesudahan cerita dia... dan buku-buku penyiasatan macam citer Bourne walaupun dah tengok citer kat wayang (aku tak tengok lagi citer Bourne Ultimatum - ada sesapa nak sponser aku) sebab aku hanya ada masa untuk baca buku-buku nih masa dalam LRT dalam perjalanan aku ke tempat kerja ... itupun kalau aku tak membuta... syukur lah ... terbuka jugak hati aku akhirnya untuk buku-buku ilmu macam nih ...

Buku nih sebenarnya memang dah sekian lama aku cuba cari .. buku nih memang aku cakap berguna untuk kita semua.. Ustaz yang buat kajian nih kalau tak salah aku adalah seorang mualaf .. Dr Danial Zainal Abidin .. dia banyak tulis macam mana sains dan Quran tuh saling sincronised each other ...
Banyak benda-benda saintifik sebenarnya ada tertulis dalam Al_Quran. Cuma kita jer yang tak tahu. Buku nih ada menceritakan tentang penciptaan alam nih - cam Theori Big Bang tuh sebenarnya ada tertulis dalam Al Quran... Theory mat saleh pasal penciptaaan alam daripada asap ... pasal rahsia-rahsia puasa, sembahyang, sahur dari sudut sains ... pasal kejadian manusia ermmm banyak jugak yang kita dapat belajar pasal buku nih. Ada jugak citer pasal ngapa kita guna tanah untuk samak ..

Banyak benda-benda lain yang dia tulis memang bila kita baca akan terasa kagum sangat laahh dengan Islam nih .. dan kengkadang terasa betapa bodoh dan jahilnya kita nihkan.. padahal semua tuh dah ada tertulis dalam Al-Quran.. kalaulahh umat Islam nih memang rajin dan guna segala akal fikirang yang tuhan bagi aku rasa semua umat Islam nih akan menjadi contoh pada umat-umat yang lain.. dan sudah pasti semua orang kafir akan repect kat kita nih ...

Ok ... Benda yang paling aku suka adalah pasal theory penciptaan alam dalam 6 hari. Ini ada tertulis jugak dalam Bibble bahawa Tuhan berkerja selama 6 hari dan cuti pada hari Ahad.. tuh sebab dalam kalendar orng putih atau calendar yang kita guna pakai sekarang nih kita cuti jugak hari Ahad ... macam kelakar laa pulak ..tapi apa kata dalam Al-Quran.. betul ke Allah cipta alam semesta nih dalam tempoh masa enam hari ... dan betul ker tuhan holiday hari Ahad ... korang gi baca sendiri aaaa .. nanti kalau aku ada masa yang melebih-lebih.. aku cuba perjelaskan .. tapi lebih afdhal jika korang gi Jalan Tar kedai buku Minarwa tuh carik buku nih...

Raya ....

Bila cakap pasal raya mesti nampak duit .... dari kecik lagi bila jalan raya jer benda pertama terbayang ialah duit raya .. tapi sekarang bila dah jadi mak budak nih ... raya still lagi sinonim dengan duit ... semua nak kena pakai duit .. adush ... aku cam nak muntah ok kira budget raya ..

Mana nak beli baju ... baju bebudak .. kasut raya bebudak ... pas tuh nak beli kuih ... dan semua benda-benda basic ... pas tuh bila tengok persekitaran rumah plak tengok langsir rasa cam patut ada langsir baru ... nak alas meja baru laarrr .. bunga kena tukar baru laarr .. perhiasan laa.. semua rasa cam nak tukar ... hee.. kalau ada duit semua boleh jadik ... kalau mak cik nih kayo laarr kan .... blink .....

Tetiba fikiran aku melayang .. aku berangan .. gambaran aku sekarang tengah kabur-kabur ... bunyi muzik samar-samar .... kalau aku kaya .. yea ... kalau aku jadi kaya ....sudah pasti aku akan mendiami sebuah bangalow cantik dilereng bukit .... bungalow aku tuh sudah pasti akan semuanya aku tukar baru.... dari dalam bilik tidur sampai ruang tamu... sampai dapur ... sampai luar laman... sampailah kalau boleh bowl jamban tuh pun aku nak tukar baru jugak... best nya detik hati aku .. mesti ruang tamu aku tersergam indah set sofa baru buatan Italy dan dicampur dengan set-set Bali .. kayu Jati... pergh .... masa tuh confirm rumah aku laarr yang paling cantik ... laman aku tersergam kolam renang dan pondok dari kayu jati diimport terus dari Indon ...heeeii .. tuh baru rumah belum kuih muih yang penuh atas meja.. pakaian-pakaian import aku yang penuh satu almari ... baju-baju anak-anak aku yang berbrand luar negara ... aku laa .. yang paling gumbira .. fuhhhh ... betapa nikmatnya jadi orang kaya ... tak perlu fikir banyak... apa aja yang berkenan beli jer, keluar je duit pup ... dapat... syioknya raya ....
tetiba ... alamak tetiba .... nih yang tak best ...

Tetiba aku terkenang cam mana orang miskin berhari raya plak ... tetiba plak rasa hiba ... sedih, haru dan entah perasaan yang macam-macam ....(alaaaa... kacau laarr tadi cam best jer berangan macam mana kalau aku jadi kaya ... tetiba teringat kat orang miskin plak ... potong aaaa ...)

heeii ... sedih aaa terbayang cam mana dia org nih bertungkus lumus buat persiapan yang sungguh ala kadar untuk puaskan hati anak-anak dia orang .... jual kuih...jual kat pasar ramadhan ....buat tu buat nih .. semata-mata nak bagi anak-anak dia orang nih ada rasa nikmat hari raya ... sudah pasti baju raya sepasang sorang jer ... itu pun ikut nasib kalau boleh tukar baju baru tahun ni .. kalau tidak pasti baju tahun lepas yang di modifiedkan ... dijahit semula .. besarkan bahagian-bahagian yang patut di besarkan ... panjangkan yang patut dipanjangkan .... dan biasanya ibu-bapa dia org nih plak sacrified tak payah baju raya pun tak apa .. asalkan untuk anak-anak ada .... adoi .. kesian plak aku rasa.. betapa jauhnya berbanding dengan org kaya tadi dan even berbanding orang-orang macam aku nih.. yang ada kerja tetap ... tiap bulan gaji masuk .. walaupun tak berapa banyak tapi duit tak pernah miss... tak pernah sekalipun tak cukup makan ... tak pernah pun tidak beraya sebab tak mampu nak beli perkakas hari raya ... kesian ...

Itu satu bila citer pasal kanak-kanak pulak .... yang lebih menyedihkan ialah ... di rumah anak-anak yatim... anak-anak yang dah tak ada mak ayah nih berhari raya ... adoi .. sure dia orang sedih bila terkenangkan keadaan keluarga yang gembira berhari raya .. mereka nih cuma mampu berhari raya dengan kawan-kawan jer .. managih simpati orang lain ..... betapa hari raya sungguh tidak bermakna bagi dia orang.. raya dengan tak raya sama aja .... air mata tetap mengalir terkenang mak dan ayah yang dah tak ada lagi ... cukup aa.. aku tak mampu meneruskan gambaran sedih nih ... aku tak mampu.. aku tak mampu untuk menjadi seperti mereka-mereka nih ... ujian yang amat berat bagi mereka ....

Sepatutnya orang-orang macam aku nih perlu bersyukur... perlu banyak-banyak bersyukur atas pemberian Allah .. sedar laarr .. betapa ramai diluar sana yang tidak berhari raya ... raya hanya pada nama aja ... langsung tak ada perbezaan pun..... tapi bagi aku, bagi kita semua masih boleh bergaya dengan baju-baju baru dan mampu buat anak-anak kita gembira di pagi Hari Raya besama-sama mak ayah dia yang masih ada nih.. dan aku jugak masih mampu mencium tangan mak dan ayah aku untuk minta maaf ...
Bersyukur laa dengan apa yang ada .. beringat selalu ... rajin-rajin laa sedekah dan kalau tak mampu pun letakkan mereka dalam ingatan kita ... itu yang terbaik ... berkati lah rezeki kita ini dengan selalu ingat pada mereka yang tidak mampu ... ingat bila-bila masa aja Allah boleh tarik balik rezeki yang kita dapat .. Dia maha kaya .....

Monday, October 1, 2007

Pelita...



Heheh.. nih gambar pelita baru yang aku pasang keliling rumah aku ... walaupun laman rumah aku tak siap lagi .. ye larr tak der rumput, tak de pokok-pokok bunga tapi bila dah dihiasi pelita nih nampak aa macam berseri sikit...
dah lama tak tengok rumah pasang pelita bila raya... kalau kat KL nih memang jarang dilihat tapi kalau kat kampung nih memang meriah dengan pelita dan bunyi mercun-mercun. Memang terasa nak beraya ... tapi kat bandar nih semua cam biasa jer .. pelita tak ada .. lampu kelip-kelip pun jarang orang nak pasang .. mercun jangn cakap aa... takut kena tangkap ngan polis... dan takut kena maki ngan orang sebelah rumah ... nanti ada jer yang marah .. menggangu ketenteraman ... tak best aa... tak meriah langsung ... boring ..