Sunday, March 2, 2008

Ada insan lain dalam diri ini...


Sekarang akan ujud satu category baru dalam blog ini.. Conscious Development. Seperti yang aku katakan hari tuh.. post aku yang bertajuk "Aku Sudah tiada ... aku mungkin berubah untuk sementara waktu...... " aku akan cuba.. aku akan cuba bersikap lebih baik untuk beberapa bulan ini. Kenapa ??? sebabnya akan aku bagitahu sekarang .. mana mungkin aku boleh tahan untuk menggembar-gemburkan berita paling gembira dan saat yang paling manis dalam hidup dan kerjaya aku sebagai seorang ibu...

Insya Allah.. menurut jangkaan doctor akan lahir seorang lagi khalifah di muka bumi ini pada awal bulan October nanti... Kandungan aku sekarang sudah melewati 8 minggu atau sudah 2 bulan.

Ada insan kecil yang mempenghunikan rahim aku sekarang ini. Itu sebabnya aku cuba untuk mengawal perasaan dan tingkah laku aku agar khalifah yang bakal lahir nanti mempunyai sifat dan tingkah laku yang paling mulia. Bukan itu sahaja.. aku akan cuba mempertingkatkan amalan aku agar apa yang di pertanggung jawabkan ke atas aku ini akan aku pelihara dan tunaikan dengan sebaik mungkin...

Mulai sekarang akan aku kongsi pelbagai tips untuk penjagaan baby sejak dari alam rahim lagi. Ini pun dari apa yang aku baca dan aku perolehi dari pengalaman sendiri dan dari ibu-ibu lain.

Inilah detik-detik paling berharga untuk seorang ibu... Saat-saat paling manis dan saat paling hampir aku kira bagi seorang ibu dan anak ... aku betul-betul kagum dengan kuasa Allah yang menempatkan seorang insan dalan seorang insan yang lain... dan hanya seorang ibu sahaja yang akan merasakan nikmat dan keajaiban Allah ini ....

Untuk pengetahuan semua... Ini merupakan kandungan aku yang ke empat. Aku pernah mengalami keguguran semasa anak yang ke dua. Dari anak yang pertama lagi rahim yang mereka huni ini memang tidak berapa kuat. Aku selalu mengalami pendarahan dari seawal 1 bulan hingga saat aku melahirkan. Alhamdulliah dua darinya survive dan syukur kedua-duanya sihat.

Kali ini aku amat berharap agar kandungan aku ini di lindungi Allah. Semoga Allah pelihara anak aku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkan lah dia.

6 comments:

abuhanaan said...

Tahniah semoga dapat hero

Kak Ungku said...

Terima kasih... Insya Allah semoga Allah perkenankan doa kami ...

Anonymous said...

OOOOOOOOOO.. really? Tahniah, tahniah.... EE

Kak Ungku said...

Terima kasih.. so ko bila lagi E...

Arin said...

Tahniah kak raje...!bila la cik sufiah hanum nak dapat adik nih..

Kak Ungku said...

Terima Kasih ...
Kesian Pricess Hanum mesti nak ada adik cepat-cepat.. hmmm.. mama & papa Hanum apa lagi... usaha tangga kejayaan tuh heheh ...