Saturday, August 23, 2008

Belajar secara berjemaah kat luar kelas ...

Ingatan aku kembali semula dalam era awal 90an .. masa tuh aku aku dalam sekolah menengah .. baru form 3.. ialah zaman-zaman tengah lasak.. dan apa yang best sekolah aku semua perempuan. Sekolah pompuan... tahu jer laa perangai sengsorang.. memang tak hengat. Ada jugak orang kata memang susah nak kawal kalau sekolah yang satu jenis nih.. sama ada girls school ataupun boys school.. entah laa.. bagi aku .. apa yang aku tahu pegi sekolah just nak enjoy-enjoy.. tiba masa nak periksa baru terkial-kial baca buku.. masa tuh mana ingat tentang hari-hari depan yang lagi penuh cabaran nih...

Al kisahnya.. seperti biasa hari tuh ada kelas perdagangan.. dan seperti biasa procedure kelas nih ialah mesti ingat apa yang dah kita belajar dari last kelas.. dan as usual home work Ledger yang melambak... ialah kira macam mathematic laaakan lagi banyak latihan ledger kita buat lagi cekaplaa kita ... dan apa yang sungguh penting ialah cikgu kelas perdagangan nih memang garang.. aku memang seram .. sungguh menakutkan dari segala benda kat muka bumi nih .. nak nak bila time dia mengandung.. perghhhh .. kecut kita orang ....

Cikgu nih pulak memang jenis tak pernah berputus asa untuk memberi soalan-soalan .. dan sapa yang tak dapat jawab akan disuruh berdiri kat atas kerusi... uishhhh.. dah besar-besar berdiri atas kerusi.. malu beb ..

Sampai, masa cikgu nih masuk.. dan seperti biasa dia akan mulakan kelas dengan pertanyaan berkenaan perdagangan.. dan dalam masa yang sama dia akan suruh sorang-sorang student tuliskan jawapan Ledger kat papan hitam. Lepas sorang-sorang kena .. aku control lagih... begitu jugak halnya dengan homework ledger tuuu.. lepas sorang-sorang berjaya memberikan jawapan yang memuaskan hatinya... Sabitnya aku jugak telah disoal untuk soalan yang pertama .. dan memang confirm la aku tak dapat jawab.... kantoi.. kena berdiri ,.. ok lagi.. dan angin dia aku rasa belum maxima lagi.. kemudian sampailaa.. pertanyaa-pertanyaa ke arah group-group yang memang tak boleh harap nih.. dan aku rasa mungkin juga dia sudah menjangka dari awal bahawa kita orang nih antara yang memang tak boleh jawab soalan-soalan dia.. angin panas dia sudah semakin meningkat ...

Aku.... aku masih control .. walaupun dah kena sembur untuk pertama kalinya..dia punya berleter ... aku rasa tiga hari tiga malam tak habis lagih... tapi aku maintain beb ... sebab nih bukan kali pertama aku kena jerkah dengan cikgu perdagangan nih.. dah banyak kali ...

Belakang.. dia suruh aku tuliskan jawapan untuk soalan Homework tuh kat papan hitam... pulaaakkkkkk!!!! mak aiiiii... habislaa aku kali nih.. hidup aku aku rasa betul-betul gelap.. rasa macam nak pengsan.. peluh sejuk terus mengalir-ngalir... rrrmmm... aku diam .. terpaku kat situ... " haaa... Raja tunggu apa lagi...?" "saya suruh awak tuliskan jawapan tuh kat papan-hitam..."

Aku diam.. aku tunduk takut.. terasa macam hari nih hari terakhir aku dimuka bumi ini.. aku rasa cuma tinggal beberapa ketika sahaja aku akan dilenyapkan dari muka bumi ini ... terasa macam nak lari .. tapi berat sangat kaki aku nih nak melangkah .... argghhhhh... habiss laa aku kali nih .

Belakang.. cikgu tuh datang dekat dan tengok ledger aku yang separuh siap tuh... dia pun apa lagi... dengan speaker dia yang high volume tuh terus menjerit kat telinga aku...

"Oooo.. tak buat kerja yerrr ... Awak angkat kerusi dengan meja awak tuh.. pergi habiskan home work ledger yang saya suruh buat semalam... sekarang jugak.. ""Sapa lagi yang tak buat.. kalau saya tahu lagi teruk saya kerja kan.. cepat...keluar sekarang jugak..." dan lepas tuh ada lagi 2 orang student yang mengikut jejak langkah aku..tarik meja.. angkut kerusi.. kita orang belajar secara berjemaah kat luar kelas .. . elok jer bersusun kat corridor...

Adushhh.... nak gelak pun ada nak marah pun ada.. nak nangih pun ada.. tak tahu apa yang bercampur aduk dalam fikiran... dan ramai laa.. junior-junior dan senior senior serta kawan-kawan duk gelak-gelakkan kita orag.. @$#$%%^... isshhhhh...

Malu gila, tuhan aja yang tahu.. lepas dari hari tuh setiap kali kelas perdagangan aku akan pastikan aku buat home work dia.. tak kisah aa.. meniru ker atau buat sendirik.. dan itu la antara pengalaman aku yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila... belajar secara berjemaah kat luar kelas ...

2 comments:

Anonymous said...

Beb, sapa nama cikgu perdagangan tuh?
Puan Fatimah ker yang kecik2 tuh? - adie

Kak Ungku said...

Puan Hajah Ha'Esah . aku pun tak tahu nak ngeja nama dia tuh.. dia pakai tudung labuh ... garang siot.. kalau dia menjerit dua tiga block boleh dengar suara dia..