Monday, August 4, 2008

Nasi Kerabu

Weekend hari tuh teringin sangat nak cuba buat nasi kerabu. Aku amik resepi nih dari rom mate aku masa kat college dulu. Mek Kelate nih memang terer buat nasi kerabu. Aku pernah tolong dia jual nasi kerabu nih masa kat college dulu. Dari satu block ker satu block... dan lepas tuh aku dapat makan nasik kerabu free... terima kasih bebanyok laa ke Kak dah atau nama betul dia Puan Rene Harlene sebab bagi resepi yang betul-betul menjadik nih .... memang sedap... terutama tumis nasik kerabu tuh.. nih yang sedap .. nasik kerabu kalau tumis dia nih sedap maka akan sedap laa nasik kerabu tuh.. heheh jom try buat...

BAHAN UNTUK TUMIS NASI KERABU

1. Santan 2 biji (dimasak atas api sederhana besar sehingga naik minyak) - kena gak kacau selalul takut santan berkerak kat periuk
2. Bahan yang perlu dikisar (dimasukkan ke dalam santan selepas santan pecah minyak)
Bawang merah (lebih kurang 5 biji, kalau nak tumis tu pekat lebih kan sikit)
Bawang putih (seulas kecik, jgn banyak)
Halia 1/2 ibu jari
Cili kering 5-10 biji (kalau nak pedas banyakkan lagi
Serai 1 atau 2 batang
Belacan sikit
3. Masak santan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi guan api yang kecil. Biar lama sehingga keluar minyak. Kena gaul gak sentiasa tak nak bagi berkerak.
4. Masukkan garam, -nisan (gula melaka kelantan) dan ajinomoto (sedikit je) - secukup rasa.
5 Bila tumis tadi dah mula mengeluarkan minyak yg banyak, masukkan sebatang serai yg dititik, asam gelugur 1 keping.
6. Kacau dari semasa ke semasa hingga tumis tu agak pekat dan minyak dah keluar banyak.
ps : selalunyer kalau nak tumis tu betul2 cantik (masak lebih kurang 1 jam gak le hingga pecah minyak)


BAHAN UNTUK SAMBAL KELAPA

1. Kelapa putih yang diparut halus (digoreng atas api yang kecik sehingga keemasan dan garing (jangan sampai hangus lak)
2. Bawang merah kecik 5 biji (lebih pun ok)
3. Bawang putih seulas kecik
4. Lada hitam (10 biji atau lebih)
5. Serai 2 batang (dibiris halus sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam)
6. Ikan kembong/selar besar seekor yang dibakar tawar (kalau nak lebihkan ikan pun boleh)
isi ikan yg dah dibakar tadi ditumbuk dengan bahan2 di atas tadi
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Gaul bahan2 yg ditumbuk tadi dengan kelapa yang telah digoreng kuning
9. Masa nak hidang sambal kelapa nie, tabur cili padi dan bawang besar yang dihiris halus

BAHAN UNTUK ULAM-ULAM
Daun kesum, kacang panjang, timun batang, kubis putih, daun serai kayu (yang pucuk -kalau ada - kat sini org panggil daun salam kot aku pun x berapa tahu.. yg ini tak payah pun tak apa), bunga kantan, pucuk gajus, serai.... dan apa apa ulam yg korang suka laahhh ...hiris semua halus halus ..

Jangan lupa budu (asam limau/lada burung)

UNTUK NASI
Boleh buat nasi putih aja. Kalau nak buat nasi purple tuh.. amik bunga purple (kalau tak salah Bunga Morning Glory) blend dan tapis air. Masukkan kat dalam nasik macam nak masak nasik biasa, cuma air dia dah jadik purple.. kalau aku .. aku suka buh daun pandan sikit... Kalau tak ada bunga tuh gi kedai beli pewarna purple pun boleh.. ye laa kalau nak kan lebih impact makan nasik kerabu...

 Lauk dia boleh jer buat lauk apa apa.. telur masin / daging goreng buku besar / ikan celup tepung / ayam bakar

Untuk daging goreng.. potong daging besar besar kiub. Marinate sekejap dengan bawang putih bawang merah halia garam gula.. (tak payah pun tak apa... goreng besar besar pas tuh hiris nipis nipis) Makan

Untuk ayam panggang .. marinate dengan bawang merah bawang putih halia jintan manis jintan putih garam gula pas tu bakar dengan kuali ajaib ...

ikan celup tepung .. memula rebus ikan dengan asam keping dan lengkuas .. pas tuh tos ... buat tepung macam nak buat tepung goreng pisang (sikit tepung beras, tepung gandum, buh sikit kapur masakan, buh sikit minyak masak garam dan kunyit.... .) Ikan tadi celup dengan tepung pas tu goreng ..  sedap di makan panas panas

Telur masin rebuih jer laa kan ..

1 comment:

CiK Nik @ keNek :) said...

bunga morning glory???mmg salah lah kak dia nyer... bunga talang kots nama dia... :D