Tadi aku curik masa masuk FaceBook.. kalau biasa aku tersangkut kat kengkawan sekolah lama tapi kali nih aku gi pulak ker kengkawan college.. bukak dia orang punya profile satu persatu... dan apa yang menarik .. aku jumpa web LATEPACKERS.... perghhh.. teringat laa aku kisah-kisah lampau kelab nih.. aku salah sorang ahli kelab yang tidak aktif.. cuma memula masuk dulu aku memang aktif.. banyak jugak aktiviy yang aku turut serta dan jadi committee kecik ... kelab nih memang kena dengan jiwa aku ... dan setiap kali aku join trip yang dianjurkan.. setiap kali tuh laarr mak aku akan risau hati dan kalau boleh tak benarkan.. dan pada kebiasaannya kalau mak aku tidak seratus peratus benarkan aku rather tak pergi.. walaupun kekadang aku rasa cam nak nagih sangat kalau tak dapat ikut .. bukan apa takut mana lah tahu ajal aku kat situ ... tak dapat restu dari emak ayah...
Aku ingat lagi ada seklai tuh mak aku memang tak berapa nak bagi aku nak naik gunung Kinabalu... yup gunung kinabalu yang betul-betul jadik impian dan cita-cita aku.. dan aku pulak masa tuh merupakan salah seorang committee ... persedian semua di buat awal agar tak ada apa-apa halangan ... siap pergi training ... mintak sponser orang tuh.. sponser dari syarikat-syarikat terkemuka.. dan dah siap dengan daily program dan macam-macam lagi.. tapi last minute.. tup-tup... tak dapat sponser flight kapal terbang.. gila punya frust kita org.. dan aku rasa nih ada kena mengena dengan restu dari mak ayah aku kot .. tuh yang aku lepas tuh kalau mak aku bagi baru aku akan join ..heheh
Latepackers nih sebenarnya adalah kelab Kembara dan Rekreasi UIA. Kira macam Adventure Club. So banyak aktiviti-aktiviti adventure macam naik gunung, pergi keluar masuk hutan, dan contoh program yang dibuat setiap tahun seperti Nuang Chalenge, Ironman, Wall Climbing Chalenge dan macam-macam laa lagi.. memang seronok dan dalam masa yang sama kita boleh sama-sama melihat keindahan ciptaan tuhan dari perspektif yang lagi satu.. kalau selalunya kita sekadar lihat kehidupan di kota-kota.. tapi bila berada jauh dari kesibukan kota macam ditengah hutan atau digunung-gunung.. kita akan rasa lebih dekat dengan tuhan...
Cuma apa yang betul buat aku sedih is bila aku masuk first year main camp... half of the second semester aku terbabit dalam kemalangan ... kena langgar motor.. kaki aku patah.. (click sini nak baca balik citer aku patah kaki).
Aku tak berapa kisah sangat pasal kaki aku patah .. sebab doktor kata boleh baik balik.. dan Insya Allah akan kembali seperti biasa.. normal balik.. tapi apa yang buat aku nangis dan sedih sampai sekarang nih ialah bila doktor tak bagi aku buat aktiviti lasak... kena berhati-hati untuk dalam 3 - 5 tahun nih ...arghhh.. macam satu burden kuat datang dalam benak aku ... hmmmm... ini bermkna ada dua benda yang paling aku sayang aku terpaksa tinggalkan.. satu aktiviti adventure nih (especially Latepackers) dan satu lagi seni mempertahankan diri aku.. Taekwondo... dan sejak itu aku terus tinggalkan dua benda kesayangan aku nih.. dan sedaya upaya aku cuba jauhkan diri dari dua benda nih supaya aku dapat hindarkan perasaan sedih aku bila aku tahu dua-dua kelab nih ada buat competition ker atau pergi camping kat mana-mana tempat best ... cuma kekadang tuh bila dia orang offer aku jadik committe kalau dia orang organize any Challenge .. aku join laa jugak walaupun dalam hati aku gilerr sedih ..
Tapi sekarang nih aku betul-betul berharap yang satu hari nanti aku akan tawan Gunung Kinabalu tuh ... aku dah cakap ngan hubby yang bila anak-anak aku dah besar sikit aku pasti akan sampai jugak ke puncak Gunung Kinabalu tuh.... tak kira laa berapa pun umur aku.. atau betapa gendutnya aku nanti...
2 comments:
Aku nak komen sikit kisah patah kaki ko tu Nin... Yg aku tak leh lupa aku kena gi tabur garam kat kawasan kejadian ngan Cipah atau ngan engko kot... Hahahaha!!! Semua orang macam pelik.. Apalah budak2 ni buat!!!
Aku pun kagum dengan latepackers. Banyak pengalaman pahit manis ketika aku aktif mendaki gunung dulu. Banyak juga puncak2 gunung di semenanjung Malaysia ni telah aku jejaki bersama-sama latepackers. Thanks to Dr Zaid yang banyak memberi tunjuk ajar tengak ilmu masuk hutan panjat gunung.
Post a Comment