Ramadhan datang lagi.. syukur aku kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya aku masih dapat menyambut Ramadhan kali ini dengan sihat dan berharap agar Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang penuh berkat.. di rehdai dan yang terbaik..
Terlalu banyak ceramah-ceramah agama yang membincangkan tentang bulan ibadah yang penuh dengan keajaiban.. penuh keredhoan .. penuh dengan keberkatan ini .. kata mereka sekiranya kita tahu ini Ramadhan terakhir .. maka tidak ada seorang pun dari kita yang akan meninggalkan hamparan sejadah yang kalau sebelum ini hanya kita perlukan untuk melakukan ibadah 5 waktu itu.. jika kita tahu ini ramadhan terakhir.. maka sudah pasti kita akan sentiasa mendekatkan diri pada Allah .. sekiranya kita tahu ini Ramadhan yang terakhir maka tidak mungkin lagi bibir ini mengucapkan kata-kata lain selain menyanyikan lagu-lagu merdu memuji Ilahi... hanya Allah sahaja yang tahu.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui...
Aku masih ingat lagi segala apa yang aku dengar melalui salah satu ceramah agama berkenaan dengan bulan Ramadhan pada Ramadhan yang lalu.. mungkin aku akan mengingatinya sampai bila-bila... sehinggalah suatu hari nanti aku mungkin tidak akan dapat meraikan Ramadhan yang mulia ini ...Aku ingat lagi yang kata ustaz tuh bahawa bulan nih adalah merupakan Phasa Keampunan kepada seluruh umat islam.. dan ada baiknya kita sentiasa beringat dan sentiasa maaf dan memaafi sesama kita ... tidak salah kita mengenang mati seberapa kerap .. agar bunga-unga keinsafan sentiasa terjalin kuat dalam dada kita...
Begitu juga tahun ini.. seperti tahun-tahun sudah ... aku mulakan kedatangan Ramadhan ini dengan meminta ampun dan maaf kepada semua .. aku perlu kenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak... ampun kepada kedua ibu bapa .. ampun kepada suami dan anak-anak tersayang... ampun juga kepada adik beradik.. kakak dan kempat-empat abang-abang aku... aku minta ampun juga kepada semua kawan-kawan.. sahabat handai.. maaf kepada saudara mara.. kedua ibu bapa mertua .. adik beradik ipar ... rakan seperjuangan dahulu.. semasa di sekolah rendah.. menengah .. dan rakan secollege yang sama tido sebantal makan sepinggan.. vendor-vendor.. manager-manager.. supervisor.. rakan-rakan tempat kerja dahulu dan kini... rakan blogger ... dan semua sekali yang mungkin tidak dapat aku nyatakan satu persatu... aku minta maaf.. aku minta ampun...untuk semua .. dan pada Allah aku mohon keampunan dari Mu ...
Aku tertarik dengan apa yang pernah baca katanya ..Bulan Ramadhan ini lahh merupakan bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah .. jangan di persia-siakan Ramadhon kali ini ... mana tahu inilah ramadhan terakhir kita .. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ...
No comments:
Post a Comment