Sunday, August 17, 2008

Sumpah Saiful cara Kristian

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.... selanjutnya di harakah.

* Gua dulu masa kecik-kecik selalu jugak sumpah guna nama Allah .. tapi gua eja.. Alif Lam Lam Hah .. ish .. gua memang takut sumpah sumpah nih .. nanti kena makan sumpah ...
tapi.. gua lagi takut kalau jadi "sesumpah" .. boleh tukar-tukar.. kejap cakap cam nih .. kejap cakap nih.. bertukar-tukar mengikut keadaan semasa...

No comments: