Friday, August 15, 2008

Nisfu Syaaban ..

Inshallah bagi kita semua kaum Muslimin dan Muslimat di Negara ini akan menyambut Malam Nisfu Syaaban pada hari Sabtu Malam Ahad 16.hb August 2008 bersamaan 14hb. Syaaban 1429.

Aku amik article nih dalam blog nih (cuba click sini)

Nisfu dlm bahasa Arab ber-erti setengah. Nisfu Syaaban ber-erti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan
kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara keaadah/cara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



*** Cuma ada sesetengah pendapat yang langsung tidak dapat menerima amalan menyambut Nisfu Syaaban nih. Mereka menyatakan amaln-amalan ini adalah Bidaah semata-mata. Tapi bagi pendapat aku yang hanya berdasarkan dlil-dalil aqli nih dan yang tiak begitu pandai serta jahil dalam bab-bab amalan nih .. aku rasa semua amalan-amalan kepada Allah adalah sunah nabi.. ianya adalah merupakan perkara-perkara yang baik dan terpuji.. dan bagi pendapat aku yang jahil ni .. aku rasa tidak salah sekiranya kita memperbanyakkan amalan kita dan menjadikan alasan Nisfu Syaban sebagai salah satu hari yang terpilih untuk kita berkumpul dan beribadah.. wallah hu alam.. Alah lebih mengetahui dari segala-galanya ...

bagi sesiapa yang ingin mengetahui kenapa amalan ini di katakn bid'ah boleh laa berkunjung ke blog ini ...

No comments: