Semalam aku terpaksa balik naik LRT setelah 2 hari kereta aku masuk hospital.. sakit teruk gamaknya.. pomen tuh kata gearbox rosak dan kos pembedahan dan penggantian alat-alat dalaman tuh kemungkinan besar mengajngakau beribu ringgit... hmm.. nak buat cam mana.. orang lama.. kadang-kadang dia nak juagak rehat ..
Ok.. sambung cerita di LRT semalam.. masa transit kat Mesjid Jamek aku cam biasa beli ticket.. beratur punya beratur tetiba aku dengar ada suara orang menjerit ... ishhh.. asal ek.. dalam fikiran aku menerawang benda-benda ngeri yang tak sepatutnya berlaku.. aku rasa mungkin ada peragut macam hari tuh.. dia ragut handbag pastuh terjatuh kat landasan..... atau ada orang terjatuh kat landasan dan kemudian keretapi tak sempat break.. innalillah... atau ada orang gila.. atau ada yang hijack LRT train .. atau ... atau.. atau ...adush.. otak aku dah tak boleh berimaginasi lagi.. aku perlu pantas beli ticket dan naik ke atas untuk melihat dan kalau boleh membantu... barisan depan aku nih panjang pulak.. suara tuh masih aku dengar menjerit-jerit.. aku jadi tidak keruan.. naluri ingin tahu aku semakin membuak-buak...
Sampai turn aku.. aku cuba tanya si penjual ticket tuh.. tapi aku pasti dia memang tak dapat menjawab... sebab dia sejak dari tadi di situ menjalakan tugas dia tuh..
Aku cuba mengintai dari bawah.. ada sesuatu aku nampak di tangga escalator tuh.. cuma aku kurang pasti apa sebenarnya terjadi.. aku memang kurang puas hati kalau aku tak dapat tau berita penuh lagi benar...
Aku panjat tangga LRT tuh.. aku cuba lihat dari celah-celah ketiak mereka yang sudah sedia ada di situ... aku dah nampak... seorang budak laki-laki dalm usia 10 hingga 12 tahun.. berbaju sekolah putih dan berseluar biru dah tersepit kakinya di tangga escalator tuh.. separuh dari bahagian tapak kakinya telah termasuk kedalam escalator tuh.. dan ada beberapa orang lain cuba berbuat sesuatu untuk melepaskan kakinya... aku cuba bertanya orang sebelah aku.. dah call ambulance .. aku takut kakinya hancur.. dan aku rasa memang jari-jarinya dah patah kot.. uncle hemsem sebelah aku terus jawab.. "Dah.. saya dah call bomba .. " aku rasa separuh tanggung jawab aku selesai.. at least aku sudah tanya dan ada niat untuk membantu.. ok ... dalam masa menunggu bomba tuh beberapa orang awam dan pihak kaki tangan LRT cuba melepaskan budak yang tersepit tuh... tapi kesemua cubaan tuh gagal...
Dan ada seorang lagi mamat yang dah tolong call kan parents budak tuh.. aku dengar dari jauh yang mamat tuh sedang memberi penjelasan kepada ibu / bapa budak tuh.. nampaknya ramai jugak rakyat Malaysia yang begitu perihatin dan sanggup membantu.. bukan sekadar melihat...
Aku cuba check beg doraemon aku untuk memebri bantuan pain killer pil yang pada kebiasaan nya akan aku angkut kehulu ke hilir.. aku rasa itu mungkin boleh membantu budak yang sedang kesakitan tuh... aku carik lagi.. gagal... aku betul-betul frust sebab sepatutnya aku ada bawak pada hari hari lainnya... beberapa minute selepas tuh ada seorang kakak yang announcekan sapa-sapa yang ada pain killer... dan ada seorang perempuan india yang kebetulan ada membawanya... alhamdullilah ada orang lain yang dapat membantu ..
Lebih kurang dalam lebih kurang 20 minute selapas kejadian, terdengar siren bomba dan ambulance .. hmm.. dah datang untuk memberi bantuan.. syukur laa cepat jugak.. mereka berlari keatas untuk melihat keadaan.. selepas mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan mereka turun semula untuk mengambil segala macam alat bantuan.. ada pengumpil, ada juga aku tengok pum hidraulik.. ada cutter besar dan macam-macam.. mereka mulakan dengan pengumpil.. mungkin dengan cara itu mereka harap boleh membantu ... dengan hanya satu cubaan sahaja mereka dah boleh melepaskan kaki budak tuh.. Alhamdullilah kata hati ku..
Kasut sekolahnya dibuka.. tapi tak ada darah.. cuma aku dapat lihat hujung jarinya dah leper.. mungkin dah patah.. cuma harap-harap jangan hancur.. mereka duduk ditangga tuh sementara menanti ambulan datang ... taniah kepada pihak bomba membantu dengan cekap dan jugak terima kasih kepada semua orang awam yang membantu ...
Sini ada aku amik gambor dari handphone .. maaf mungkin gambar tidak berapa clear..
No comments:
Post a Comment