Coretan Umrah backdated
Aku menghitung hari untuk pergi menjadi tetamu Allah .. tak sabar rasanya untuk aku menziarahi makam RasulAllah...Aku masih lagi teringat bagaimana proposal untuk ke Mekah secara spontan aku lafazkan niat untuk ke Mekah menunaikan Umrah ... semenjak itu aku berusaha mencari agent yang mana satu yang sesuai.
Selepas raya china aku bentangkan kertas kerja aku depan en suami .. beberapa agent telah dipilih .. antaranya Rayhar, Andalusia, Utusan Travel dan Al- Zuhdi. Ke empat empat agent ini antara agent yang telah mendapat komen yang baik dari rakan rakan ..
Satu malam kami berbincang .. dan akhirnya kami mendapat satu persetujuan .. kami akan mengikut agent Al-Zuhdi memandangkan mutawif dan pengasas agent ini merupa gurubesar atau pengasas sekolah agama anak ank aku .. yang kami kenal .. dan berurusan dengan mereka adalah lebih mudah ..
Setelah mendapat semua informasi .. aku dan suami pergi berjumpa sendiri dengan ustaz ini ... setelah berbincang .. perbincangan dengan ustaz Yusof ni memang mudah .. jelas .. dan seronok .... bila kami sudah mendapat budget dan itinerary aku sudah confirm yang kami pasti akan sampai ke sana ...
Tiba tiba en suami bertanya akan package untuk kanak kanak .. ha ??? biar betul ... aku tidak mengiyakan .. kerana duit untuk tambang memang tidak aku peruntukan untuk budak budak .. tambahan lagi aku sudah pun mempunyai plan untuk meminta tolong mak dan ayah tinggal selama 2 minggu di rumah aku untuk menguruskan anak anak aku ... Ustaz mula mengira.. aku masih terblil kebil kurang percaya ... banyak jugak discount yang di berikan .. Alhamdulillah .. aku rasa Allah permudahkan untuk aku ...
Petang itu En Suami memberi cadangan agar kami pergi berempat termasuk anak anak.. aku sedikit terkejut .. Ada duit ke ??? duit belanja lagi .. nak bawak budak budak lagi .. aku cuak ... biar betul niii.. dia cuma senyum .." InsyaAllah .. cukup ..." katanya confident
Petang itu kami celebrate kegembiraan kami dan kami putuskan jugak yang kami akan ke sana dengan puteri puteri kami .. Alhamdulillah .. Allah bukan sekadar menjemput kami berdua .. malah sekeluarga.. betapa besarnya rahmat Allah ..
Kami rahsia kan berita ini dari pengetahuan anak anak .. kata aku kalau nak ikut mak .. kena kumpul duit .. sejak dari mula mereka berdua memang nak ikut .. nak tengok kaabah kata mereka ...
Sejak dari malam itu adik dan kakak berlumba lumba mengumpul duit .. pantang nampak duit pasti masuk tabung ... seronok melihat usaha mereka.. setiap hari pasti ada aja baki dari duit belanja.. kakak paling bersungguh .. sampai tak makan .. adik pulak duk buat kira kira ... sehari seringgit 10 hari dah 10 ringgit .. haisshhh .. cam mana nak cukup 4 ribu nih mak .. katanya ...InsyaAllah kalau bersungguh sungguh dapat laa pergi nanti .. mak janji .. kalau tak bersungguh sungguh cam mana nak pergi .. tabung pun tak penuh ...
Aku kira ini adalah rahmatNya yang tak terhingga.. malam itu aku sujud tanda terima kasih atas segala rezeki yang Dia berikan ...
No comments:
Post a Comment