Saturday, July 14, 2012

Perjalanan bertukar (Umrah back dated)

Seminggu lagi hendak berangkat semua kelengkapan telah di sediakan .. baju, kasut, beg, semua yang ada dalam check list ... pagi itu ustaz telefon .. katanya jadual penerbangan terpaksa di awalkan beberapa hari ..

Sebelum ini ramai yang kurang senang bila mendengar package ekonomi yang kami ambil ... kena transit selama 5 jam kata mereka bayar laa lebih sikit untuk keselesaan .. tak perlu transit  nanti penat ... aku diam aja .. dan bila aku kata aku menaiki kapal terbang Sri Langka kata mereka package murah memang laa tak berapa selesa sudah pasti penuh dengan banggla dan berbau itu ..aku senyum aja  kata aku .. aku tak kisah aku cuma hendak sampai ke Mekah menunaikan ibadah .. bagaimana caranya sekali pun tak apa lah .. itu aja yang kami mampu .. nak pergi ni pun cukup cukup aja ... jika Allah sudah panggil walaubagaimana pun aku pasti akan datang .. caranya Allah sahaja yang tahu ..

Perkabaran ini merupakan perkabaran paling gembira
satu kerana uztaz menerangkan yang kami akan menaiki kapal terbang Air Asia terus dari LCCT ke Jeddahkemudian terus ke Mekah kemudian baru ke Madinah
kedua kami tidak perlu transit .. selama 5 jam di Colombo ...
ketiga kami tak perlu menaiki Sri Lankan Airlines ....
keempat jadual telah di percepatkan beberapa hari dan kemungkinan besar period aku tidak akan mengganggu ibadah aku ... kerana kami akan ke Mekah dahulu kemudian baru ke Madinah .. jadual asal adalah LCCT - Colombo - Jeddah - Madinah (3 hari) - Mekah menunaikan umrah (9 hari) - Kula Lumpur .. jadi period aku mungkin dtatang beberapa hari sebelum pulang dari ke Kuala Lumpur

Alhamdullillah ..petang itu aku sujud syukur .. mungkin Allah permudahkan dan mahu berikan yang paling terbaik untuk kami Alhamdulillah... aku kira ini adalah bonus untuk kami ..

No comments: