Wednesday, July 11, 2012

Roti sausage pizza "BSN"

Ok ok ... kali nih roti sausage piza...huissshhhh .. bak kata adik Nayli .. "roti nih roti terbaik yang pernah adik makan ... " ko tak rasa ker macam nak terbang bila anak sendiri puji cam tuh ... dan of course laa kakak dan en suami pun cakap sedap .. sampai terbayang bayang kenikmatan memakan roti sausage nih .. (tu aku exagerate sikit ..) tapi memang betul betul punya sedap ... so far tak pernah lagi aku makan roti sausage sesedap ini (nampak tak kepoyoan aku dan hikmat bangga diri yang tidak terbatas). Ok ni resepi... cuba buat sendiri baru tahu cam mana nikmat makan roti sausage buatan sendiri yang lembut lagi sedap ...




Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula



(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)
* untuk gliss*
guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil,

* macam biasa doh roti mesti amik dari kak Ros Jintan Manis.



Kemudian boleh laa ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian. Sila tengok cam mana nak buat bentuk BSN tuu ...dari blog Mat Gebu ni...

Untuk topping 10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
Cheese (aku tambah)





Aku amik cara cara dari blog Mat Gebu untuk buat sosej BSN nih. Pas tuh gliss kan .. kemudian boleh tabur mix vegi yang telah digaul sebati dengan dengan mayonese.  Kalau nak lagi sedap boleh taburkan cheese atas dia.. last sekali buh Chili sos....









No comments: