Aku selalu jer dok cari resepi roti putih macam gardenia buat.. dah 2 kali buat roti nih tapi masih lagi tak puas hati... semalam mak ngan ayah datang Puchong tido kat umah 2 malam ... siangnya macam biasa buat roti kismis.. dan esoknya mak nak rasa roti putih niii .. dan macam biada aku masih lagi serasi dengan resepi kak Ros Jintan Manis... untuk cubaan yang ketiga kalinya aku cuba resepi kak ros... rrrmmm lembut memang lembut tapi ada sedikit perbezaan dengan roti gardenia .. texture dia ada beza.. tapi kelembutan dan kesedapan roti based on resepi kak ros nih amat amat membanggakan .. cuma kalau ada resepi lain yg lebih impressive boleh laa forwardkan kat aku ....
opppsss.. gambar sorry .. tak sempat amik ... pagi tuh dah pegi kerja .. balik balik tengok ada baki dalam 2 slice ajerrr... rrrrrmmm next time kena buat lagi laaa..
Bahan-bahanye
250 gram tepung roti
15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
( klu nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh-tp ros tak letak) aku kena laa letak pasal tak confident .... aku buh jugak water roux dalam 2 sudu besar ...
Caranya
1.
Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON
je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari
acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .
2.
Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga
menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan
doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.
3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh ,
keluarkan angin dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan
letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan
bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan
atau menu minum petang, Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment