Monday, July 2, 2012

Roti Boy ...

Ok ok .. roti kali nih lagi best ... Roti Boy .. ya Allah sungguh laa aku tak sangka aku boleh buat sendiri roti boy nih kat rumah ...bahkan lebih sedap lagi dari roti boy kat KLCC tuuu  (hahah ...sekali lagi ayat poyo lagi eksyen) .. owhh kali nih aku amik resepi nih kat mana pun aku tak ingat ... bukan kat blog Jintan Manis.. pasal Jintan Manis belum pernah try lagi kot buat roti boy niii .. tapi roi boy nih sedikit tak berapa menarik bila dia sejuk .. mungkin based roti nih aku kena guna resepi bun biasa dari blog jintan manis jugak kot .. tak apa .. boleh ulang tayang ...

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

 Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.(sekali lagi aku buh dua dua - nescafe instant campur perisa kopi/essen kopi)
200 gm tepung gandum 

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) (aku buh satu sudu each campur pulak dengan water roux yang kak ros Jintan Manis ajar tuu)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega



Cara-cara 

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan. 

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan. 

Buat doh roti,
Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.

Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.

Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.  
Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).

Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Ok nih tips dari amoi (nyonya kot) yg jual bahan bahan roti yg selalu aku beli tuu .. dia kata kalau nak buat roti boy nih dia cerewet sikit.. first dia suruh bekukan filling dia tuh so that senang nak masukkan dalm dough tadi... make sure kita tutup rapat .. jangan terlalu banyak nanti dia cair melelh keluar pulak... so dia cadangkan aku buat 2 lapis (which aku tak buatpun).. aku sudukan filling yg separuh keras tuh dlam dough dan tutup betul betul rapat.. tapi kalau letak sikit sangat memang tak sedap .. buh banyak tapi jangan sampai melimpah... kemudian rehatkan sekejap sampai dia naik balik .. lepas tuh buh topping dia tuh bulat bulat ...
Lepas tuh bakar dengan api panas ... lebih kurang 200 darjah ceclcius dan tak apa kalau dia hitam sikit (jgn laa hitam legam) pas tuh cepat cepat keluarkan dan makan ... huhuh .. sedap gilerrrrr... yg tak best ialah .. bila panaskan dengan microwave topping dia tak rapuh laa macam memula kuar oven ... hmmmm .. cam mana ek nak buat .. tapi rasa dia maaakkkk aiii... marvelous betullll... gambar bawah nih nak bagi jiran .. kena lambung dadu jiran yang mana satu yg dapat .... pasal nih jer yang tinggal ..

No comments: