Monday, July 2, 2012

Roti Putih Biasa

Oleh kerana aku baru jer beli bread maker .. jadinya aku kena laaa eksyen kat korang yg aku dah terer buat roti ... Resepi roti nih aku amik dari blog roti paling femes .. aku rasa setiap kali buat roti roti aku menjadik dan lembut .. so aku consider blog nih sebagai tenaga pengajar atas masakan roti aku ...


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start.. pas tuh esok pagi dah siap .. jeng jeng jeng .. sedap ... 

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.


Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


Cuba ko tengok roti aku nih .. ni first try .. roti yang menjadi perasmi bread maker aku .. immediately after aku beli this bread maker ... huhuh .. seronok giler macam magic jer .. masuk masuk bahan mentah tetiba jer dah siap ...

No comments: