Kali nih mak cik try buat roti sausage .. nampak cam sedap jer ... pas tu cam giler senang ...
Macam biasa .. buat laa dough roti .. resepi pun cam biasa amik dari resepi Kak Ros Jintan Manis
Roti Sosej Mini
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin (macam biasa aku guna butter cup)
150ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar water roux
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng (ada sesetengah aku tabur cheese - mozarella and parmesan.. perh lagi laa terangkat)
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, gelek dough tu panjang panjang.. pas tuh lilitkan kat batang sosej tu tadi, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng atau cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Walla .. cun.. gebu dan sangat sedap ...
No comments:
Post a Comment