Thursday, August 20, 2009

Matlamat hukuman untuk memberi teladan kepada orang ramai - Kembalikanlah semula Hukum HUDUD

KUALA KANGSAR - "Saya lega kerana semakin hampir untuk dijatuhi hukuman sebat yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa berdosa saya."

Demikian pengakuan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya di Kampung Jawang, Karai di sini semalam.

Namun kata wanita itu, dia dan keluarga keliru kenapa hukuman sebat itu perlu dilakukan di Penjara Kajang.

"Selepas ditahan adakah saya akan ditempatkan di Penjara Kajang bersama tahanan lain kerana saya bukan banduan," kata Kartika.

Bagi Kartika, dia juga berpendirian seperti bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib untuk menjalani hukuman secara terbuka.

"Saya tidak akan berasa aib dan bersedia untuk disebat di khalayak ramai agar matlamat hukuman tersebut untuk memberi teladan kepada orang ramai tercapai," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Kartika tiba dari Singapura bersama suaminya, Mohamad Affendi pada pukul 2 pagi semalam setelah dimaklumkan bapanya tentang pengeluaran waran penahanan kelmarin bagi menjalani hukuman sebat.

"Saya sudah bersedia untuk dibawa oleh jabatan agama bagi menjalani hukuman sebat," katanya.

Wednesday, August 19, 2009

Al-Amin Kids - Pakaian kanak kanak muslim

Aku lupa plak nak war war kan.. hari tuh aku nak beli baju budak budak nih sampai naik fed up pasal kebanyakan baju yang cantik cantik semua baju lengan pendek.. kalau yg lengan panjang mesti kena beli kat boy punya section. So aku pun search laa.. pakaian kanak kanak muslim... dan aku suka laa sangat sangat yang rupa rupanya ada satu butik khas untuk kanak kanak muslim terutama kanak kanak perempuan. Semua pakaian kat sini pakaian pakaian yang sopan sopan.. tapi up to date dan memang cantik... dan hari Sabtu last 1st August hari tuh aku pun ajak hubby pegi .. memangpuas hati dan berbaloi...

Anak anak aku pun memang suka especially kakak yang dah start tutup aurat secara sepenuhnya ..even kalau dia nak pegi kedai kat rumah pun aku advised dia pakai tudung .. ye laa.. melentur buluh biar laa dari rebung kan...

dari segi harga pulak.. masa aku pegi hari tuh kebetulan ada sale so.. bagi aku harga dia boleh tahan laa.. dan quality kain memang excellent ... bagi aku setaraf dengan butik kanak kanak yang terkemuka lain. So korang pegi laa kat sini untuk tengok contoh contoh baju yang ada jual kat sini ..

Butik Al-Amin Kids (click sini untuk tengok web site dia)
SACC Mall, Lot 1F-03, Tingkat 1, Shah Alam

Sunday, August 16, 2009

Happy Birthday dear...

Hari nih actually Birthday Hubby.. jadi kebetulan puasa aku buat sekali majlis berbuka puasa untuk ipar ipar aku kat rumah... banyak betul makanan ... tuh pun dah pesan jangan bawak banyak-banyak makanan takut tak habis ... hari tuh aku masak sikit jer .. pasal aku tahu yang akan datang memang legi banyak.. aku just masak.. tom yam campur.., ikan bawal 3 rasa , cendawan goreng rempah, air mata kucing dengan roti John.. yang lain lain tuh semua organg lain bawak.. ada ayam percik, ikan kerapu masam manis, pelbagai macam agar-agar, mee goreng, air tauhu, daging black papper, pajeri terung, asam pedas ikan, cocktail kastard, karipap, epok epok sayur, ada ulam, budu yang tak boleh tinggal dan entah apa lagi aku pun dah tak hengat ...

Malam tuh just potong kek untuk Nayli dan Hubby ..


To my Hubby ... happy Birthday.. semoga panjang umur dan murah rezeki (boleh tumpang lebih sikit). Semoga di rahmati Allah dan berbahagia sentiasa di samping keluarga ... mmmhhhuaaahhhh

Love Youuu


Friday, August 14, 2009

Makanan percuma

Azamin Amin Foto: Dzulfikar Mashoor
Tue | Aug 18, 09 | 12:45:25 pm MYT

Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat.

Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.

Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'.

Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.

Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.

Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.

Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu. Image

Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.

Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.

Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.

"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.

Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.

Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.

"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.

Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.

"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.

Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.

Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan tertentu, yang mengagihkan makanan percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana golongan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.

Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, erhampiran bangunan PAS ini. Image

Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.

Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.

Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.

"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.

Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.

Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini. Image

Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.

"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.

Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...

Berita di petik dari Harakah (click sini)

Thursday, August 13, 2009

Rabbani - Pergi Tak Kembali

Al-Fatihah untuk Ustaz Asri

Al-Fatihah ...

Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia
Salmah Husain
Thu | Aug 13, 09 | 11:37:50 am MYT

Dikemaskini 1.20pm|KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.


Click sini untuk berita selanjutnya

Another chance to catch Perseid meteor shower

GEORGE TOWN: Malaysians who missed catching the peak of the Perseid meteor shower in the early hours this morning can catch the shower again after midnight tomorrow.

Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said the meteor shower would be at its best between 1.30am and 4am in the northern sky with more than 100 Perseids streaking across the sky per hour.

He also said that according to the Inter­national Meteor Organisation (IMO), the shower could have started from July 24 and is expected to be observed until around Aug 17.

Dr Chong also said the Perseids are a prolific meteor shower associated with the comet Swift-Tuttle, are usually fast, bright and occasionally leave persistent trains.

“They are called thus because the point they come from lies in the constellation Perseus,” he said.

The shower is visible from mid-July each year, with the greatest activity between Aug 8 and 14, peaking around Aug 12.

Dr Chong said the meteor shower can be observed with the naked ey

Wednesday, July 22, 2009

Balik kampung.. oooo.. balik kampung...



Baru nih balik kampung memang best... memang betul betul balik kampung.. kali nih baru aku dapat merasa macam mana pergi kebendang, menoreh dan cam mana cara orang tangkap ikan... memang sejak aku kawin dengan hubby itu lah permintaan pertama aku.. aku nak rasa cam mana nak tuai padi.. at leats cam mana berjalan dalam selut... after 9 tahun kawin baru kali nih berpeluang merasa cam mana bermain lumpur ...

dan jauh di sudut hati aku .. aku rasa insaf ... terasa bagaimana susahnya hidup sebagai seorang petani dan penoreh... bagaimana mereka betul betul menggunakan tulang empat kerat mereka untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga.. untuk membesarkan anak anak .... dan hasil dari titik peluj itulah yang paling berkat ...

Qunuuuttt



Untuk yang jarang jarang solat tu.. amik laa pengajaran ...

Tuesday, July 21, 2009

Trip - Choc Factory



Trip lagi... kali nih Nayli sorang jer yang pergi pasal kakak tak nak missed her Taekwondo class... puas dah aku pujuk suh pergi tapi kakak tak nak jugak.. so.. kita orang pun respect laa decision dia tu..

Kali nih adik Nayli pergi lawatan sambil belajar ke Beryl's Chocolate Factory dengan FRIM - untuk tengok Rubber Tapping ... excited sungguh laa cik Minah tuuu.. dan yang paling excited aku tengok para ibu bapa yang sibuk amik gambar .. macam nak masuk university laa pulak aku tengok...

Teaguk II



Teaguk II - Lepas nih dapat tali pinggang hijau laa pulak .. congrate kakak

TGIF



Makan makan kat TGIF sempena meraikan kejayaan kakak dan hubby ....

Friday, July 17, 2009

Teo Sepatutnya berkahwin esok

Pergh.. Malaysian Politics nowadays becoming soooo interesting laaa... Teo mati di bangunan SPRM pulak tuh... aku tak nak komen banyak.. korang cuba baca opinion dan soklan soklan yang dia org questioned untuk mendapat kepastian atas apa yang telah terjadi pada Teoh..ada yang mepersoalkan kenapa baju Teo terkoyak kalau betul dia bunuh diri .. ada pula yang mempersoalkan kenapa Teo masih lagi berkeliaran di pejabat SPRM pada pukul 6 pagi sedangkan sisatan habis pukul 3.45 pagi... dan ada jugak dia orang yg tanya ... kenapa pejabat SPRM tuh tak der orang ker yang pantau sampai ada yang boleh tidur baring kat situ sampai pagi... macam hotel laa pulak ... ada pulk yang tanya kenapa dia perlu si soal siasat pagi pagi buta tuu.. sedangkan dia seorang witness jer...

Dan aku pulak dok questioned berdasarkan pada gambar nih ... kenapa.. mamat Teo nih jatuh dari bangunan tanpa ada setitik darah pun.. biasanya kalau jatuh dari tempat tinggi.. darah mesti mengalir keluar dari seluruh rongga .. pasal impact yag kuat dari dalam dan juga biasanya mangsa akan menggelepar kesakitan dulu sebelum mati.. tapi kalau tak der darah yang kuar maknanya mangsa sudah mati lebih awal ... pasal seluruh pembuluh darah dia dah stop... berhenti serta meta apabila seseorang tuh mati.. hmmm... haa... takkan sorang ahli pathology pun tak terpikir...

apa apa pun kita serahkan pada pihak berkuasa ..

Sila pergi sini untuk baca berita yang selanjutnya ... dan nanti lu orang boleh buatquestion mark banyak banyak pasal kes nih...

Jil Fityan

Malaysia Today
Penarik Beca
The Malaysian Insider
Bernama
Tukar Tiub




Teo sepatutnya berkahwin esok
Jul 16, 09 9:00pm

Teo Beng Hock yang dijumpa mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam tengahari tadi, sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Teo adalah setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Lim yang seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas Teo berkata: "Tidak ada orang yang berfikiran wajar, akan membunuh diri sehari sebelum dia akan kahwin".

Menurut Lim, seluruh negara terperanjat dengan "kes pertama kematian dalam tahanan SPRM" itu.

"Reputasi SPRM adalah di tahap terendahnya. Ia harus meyakinkan keluarga Teo dan rakyat bahawa tidak wujud sebarang perbuatan jenayah (berhubung kematian Teo)," katanya ketika mengulas kematian Teo itu.

Teo disoal siasat SPRM sejak semalam berhubung siasatan terhadap dakwaan berlaku salahguna peruntukan bagi kawasan pilihanraya tujuh ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Ean Yong juga tidak percaya Teo telah membunuh diri.

"Dia akan berkahwin, jadi mengapa dia nak bunuh diri," katanya yang jelas sedih dengan pemergian Teo.

Menurutnya, Teo kelihatan seperti biasa sebelum pergi ke pejabat SPRM semalam.

"Dia nampak tenang. Sebelum ke pejabat SPRM, (peguam M) Manoharan dan saya bercakap dengannya bagaimana hendak menjawab soalan.

"Jika ada sebarang masalah, saya yang sepatutnya (berdepan dengan tindakan). Saya tidak nampak mengapa dia hendak bunuh diri," katanya.

Beberapa orang lagi pemimpin Pakatan turut mengulaskan kejadian kematian Teo.

-malaysiakini.com

Sudden Death ... Terjatuh .... Bunuh diri atau....

Teoh's distraught fiancee is comforted by his brother as a DAP worker shields them from photographers.


Teoh's body being removed finally, after some eight hours, at 9.20pm




SHAH ALAM, July 16 – Selangor CPO Datuk Khalid Abu Bakar said tonight the authorities had classified the death of Teoh Beng Hock as sudden death and do not see any evidence of foul play so far.

“So far the police do not see any suspicious circumstances in this case and will wait for the report. We will carry out the investigation properly and thoroughly,” he said.

Teoh, the political secretary of Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah, was taken in for questioning by the MACC yesterday at its 14th floor office in Plaza Masalam in Shah Alam.

MACC officials claimed he was freed but his body was later found sprawled on the roof of a five-storey building next door.

It is unclear if Teoh, a former journalist with Chinese daily Sin Chew Jit Poh, fell or jumped from the MACC office.

Khalid told reporters that forensic teams from Universiti Putra Malaysia, Hospital Kuala Lumpur and Hospital Klang have examined Teoh’s body and the police had offered the victim’s family to bring their own team but it did not show up.

The police also allowed the victim’s brother to see the body at the scene.

“This is a very sensitive case. That was why there were many pathology experts from different places,” he said.

Khalid confirmed that a janitor found th body at 1.30pm and the police have begun questioning a few officers from the MACC.

He also said that the gathering outside the MACC office tonight was not legal but he was allowing it tonight “because of the circumstances”.



A crowd of 500 people had gathered at the scene for a candlelight vigil in his memory, which soon grew into a protest with angry chants of “Najib pembunuh, BN zalim, BN jahanam” (murderer Najib, cruel BN, go to hell, BN)and “Reformasi!”

The post-mortem examination will be conducted at 9.30am at the Klang hospital.

Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai ....

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)



Untuk berita penuh dan bergambar sila click kat sini - Muslimeen United dan Kidafella

Tuesday, July 14, 2009

Kasut Crocs






Sesapa yang teringin nak beli kasut Crocs .. ada banyak lagi design design yang cantik cantik dan terkini .... nih ada member aku jual .. aku tolong promotekan jer website member aku nih.. dan aku pun plan jugak nak beli satu untuk bersantai.... memang murah .... kasut nih memang sedap di pakai.. nak nak untuk ibu ibu mengandung .. harga katanya boleh di runding lagi... harga penghantaran mengikut tempat .. tapi kebanyakan kasut kasut nih harga penghantaran dah included.. (bagi yang tinggal di sekitar KL laaa) korang cuba click kat sini ...

Kasut Crocs - Crocsuptown..

Woman loses sight after drinking too much water




(Nov 22) SHE drank 7 litres of water a day to 'detoxify and reduce her blood pressure'.

Thinking that the more water she drank, the better it would be, she continued her habit and this went on for three months.

But last month, this 26-year-old Taiwanese woman suddenly fainted at home. When she regained consciousness a few days later, she was blind, reported Apple Daily Taiwan.

Doctors had said that the woman's condition is known as 'chronic water intoxication'.

The amount of water she drank daily is more than three times the recommended daily consumption for sedentary adults.

Dr Jiang Shou Shan, who treated her, told Apple Daily Taiwan that his patient had no psychological illness nor any other health problems, except that her blood pressure was 'on the high side'.

She was not named in the report.

Dr Jiang said: 'She mistakenly believes that the more water she drinks, the more she can decrease her blood pressure.

'Hence, for three months, she made herself drink 7 litres of water a day.'

Dr Jiang added that initially, the woman would keep running to the toilet. But after some time, it led to water intoxication.

Too much water consumed causes hyponatremia, a condition where there is insufficient sodium in the blood.

SWELLING IN BRAIN CELLS

As a result, the excess water had to be absorbed by her body cells. Her brain cells swelled after taking in the water, which led to increased pressure in her brain.

Dr Jiang explained that the pressure caused bleeding in her occipital lobe. It is the visual processing centre of the brain which contains most of the visual cortex.

Said Dr Jiang: 'The sodium in our blood maintains our cell metabolism rate. But once you drink too much water, the sodium ions will decrease, causing the brain cells to swell.

'This will cause pressure and lead to bleeding.'

Shin Min Daily News quoted a doctor as saying that drinking too much water can be fatal.

The doctor, from Raffles Hospital, said that our body is constantly losing water through sweat, urination, defecation or exhaled breath, among others.

'Replacing this 'lost water' is essential, but rehydration can be overdone, leading to fatal water overdose,' said the doctor.

According to doctors, the symptoms of water intoxication include headache, fatigue, nausea, vomiting, frequent urination and mental disorientation.


Monday, July 13, 2009

PPSMI di mansuhkan

Aik... gua memang pelik dengan government sekarang nih.. dulu bila PPSMI tengah hot di perkatakan... semua orang orang kuat kerajaan menyokong kuat dasar PPSMI nih... malah tak seorang pun antara mereka yang menyangkal atau berani membuat komen.. tetiba bila PPSMI nih di mansuhkan banyak laa pulak kita dengar komen dari peringkat peringkat atasan... majority kata PPSMI ni tak bagus.. tak sesuai.. tak relevant dan macam macam komen lagi kita dengar... sampai tetiba kerajaan tunjuk peratus kemerosotan pelajar pelajar di luar bandar apabila dasar nih di ketengahkan dulu .... apa nih .. chiiittt !!! sudah tukar ka ane...

Kekadang aku meluat betul dengan sikap pura pura dia orang nih dengan segala tipu muslihat dia orang nih untuk mengaburi mata pihak pihak dhaif, jahil lebih lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh di pendalaman.. mereka buat seolah olah rakyat tidak tahu membaca dan berfikir.. cuba lu baca article dari berita harian nih..

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi pergerakan berkenaan, Syahrin Md Jamaluddin, berkata daripada maklum balas awal, masih ada pihak kurang memahami keputusan kerajaan itu, terutama masyarakat bandar.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Pelajaran berkata, Pemuda Umno akan turun padang bagi menjelaskan kekeliruan terhadap keputusan itu dan ia diharap membantu masyarakat, terutama ibu bapa memahami keperluan dasar itu dihapuskan.

"Sebenarnya, kalau kita memahami hakikat dasar PPSMI sejak mula diperkenalkan, ia tidak membantu pencapaian murid... memang ada peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk dua subjek berkenaan tetapi ia sebenarnya hasil inisiatif ibu bapa serta kemampuan murid di bandar yang mengikuti tuisyen.

"Hal ini langsung tidak terjadi di kawasan luar bandar dan penghapusan dasar itu tidak ada kaitan politik, sebaliknya tanggungjawab kerajaan yang mahu memastikan dasar tidak menjadi penyebab kemerosotan murid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Syahrin berkata, Kementerian Pelajaran akan merangka satu kaedah dalam memastikan setiap terminologi dalam Bahasa Inggeris terus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik serta Sains apabila PPSMI dihapuskan.

Muhyiddin juga ada menerangkan kenapa PPSMI nih tetiba jer di mansuhkan ... hmmm baru sekarang laaa pulak dia nak bentangkan kelemahan kelemahan PPSMI... cuba korang baca aku petik dari bernama...

Tan Sri Muhyiddin berkata terdapat peningkatan pelajar di negara ini sebelum PPSMI dilaksanakan apabila mereka berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya.

Trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan, katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

“Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus,” katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan “Trends in Mathematics and Science Study 2007″ turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007,” katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

Adush ... dulu lu orang kata keputusan Maths and Scinece dalam UPSR meningkap dan tak perlu di mansuhkan belakang bila itu PPSMI di mansuhkan lain pulak citernya.. tetiba ada pulak peratusan terbaru yang di jumpai.. mana peratusan yang korang hebohkan baru baru nih...

Mentang mentang dah di mansuhkan korang bantai cukup cukup... tapi aku amat amat rasa tabik dan berterima kasih sekali lagi kat semua mereka meraka yang betul betul telah memperjuangkan untuk memansuhkan PPSMI nih sehingga sanggup bermati matian di jalanan hanya untuk anak anak bangsa kita akan datang....

apa apa pun terima kasihlah pada pihak pihak tertentu kerana akhirnya korang dapat memahami apa yang di perlukan oleh rakyat sebenarnya ....dan yang paling penting cukup laa.. tolong jangan tipu rakyat lagi ... cuba laa telus dalam menyampaikan maklumat agar semua rakyat tahu keadaan sebenarnya...

Monday, July 6, 2009

Mee hoon Siam

Mee Hoon Siam nih memang aku suka giler.. dari sejak kecik kecik lagi sampai sekarang.. so .. last Sunday kebetulan mak aku ada kat umah aku hint hint kat mak aku suh dia masak.. sebab aku rasa kalau aku masak sendiri tak sema sedap cam mak masak.. so.. aku siap beli barang dan tolong dia potong potong jer.. yg masak mak aku.. jom tengok resepi..

Untuk Mee Hoon dia...
Satu plakstik mee hoon di rendam dengan air biasa supaya lembut (nanti tapis dan buang air)
Bawang merah
Bawang putih
udang kering sikit jer
cili kering (jangan banyak sangat nanti pedas)
taugeh

masak macam nak masak mee hoon goreng. Tumiskan semua bahan (Bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering yang dah di blend lumat). Kemudian masukkan mee hoon... kacau rata rata supaya semua bahan tumisan tadi kena kat mee hoon tadi... tak yah buh garam banyak.. pastikan ianya betul betul tawar (buh sikit jer garam untuk rasa). Lat masukkan taugeh. Angkat dan buh dalam bekas

Untuk kuah dia...
Bawang merah
bawang putih
udang kering
cili kering
(blend bahan bahan di atas)
taucu dalam 2 - 3 sudu besar - tengok tahan kemasinan dia ada setengah taucu memang masin
lengkuas sebesar ibu jari kaki - di titik
serai dalam 3 batang di titik
santan dalam 2 peket
air

tumis bahan bahan yg di blend tadi. kemudian masukkan lengkuas dan halia. masukkan taucu dan santan.. kalau rasa pekat sangat tambah sikit air. Tunggu sampai menggelegak.. buh sikit ajinomoto kalau nak.. kemudian boleh angkat

Bahan hiasan
Daun sup daun bawang (hiris nipis
limau
cili hijau / merah
bawang goreng
tauhu (ada tauhu memang lagi sedap)
timun di potong halus jugak (kalau suka boleh letak jugak)

Dah siap.. buh dalam pinggan pas tuh buh kuah dia.. buh perhiasan dia.. pergh boleh makan.. memang sedap

Wednesday, July 1, 2009

Nombor satu lagi...

Balik jer kerja petang semalam... aku seperti biasa terus ke nursery untuk mengambil anak anak aku. Hari sudah agak gelap juga.. sudah 7:30. Sampai jer aku di muka pagar nursery tu kakak berlari mendapatkan aku... dia peluk aku erat... dia cium aku banyak kali... aku dapat rasakan pasti ada sesuatu gembira yang dia ingin sangat kongsi dengan aku...

"Mak ... cuba teka....." katanya sambil sengih sengih gembira dan masih memeluk erat pinggang aku

"Teka... nak teka apa ek, rrrr... kakak nak mak geletek kakak kot... " aku saja berlawak

Dia gelak jer "Apa laa mak nih....."

"Tak laah... tadi kat sekolah cikgu kakak kata .. Alahamdulillah ... kakak dapat nombor satu..." katanya penuh gembira

"Alhamdulillah .. syukur ..." sahut aku sambil mengucup dahinya. Aku salam dia dan ucapkan taniah atas kejayaannya itu.

Kami sama sama manaiki kereta dan meluncur laju untuk pulang ke rumah.. yang pastinya kakak sudah tidak sabar untuk memberitahu suami aku atas kejayaannya itu.

Sampai aja di rumah.. dia terus memluk abahnya... "abah.. cuba abah teka kakak dapat nombor berapa dalam kelas..??"

"Ala.. abah tahu mesti kakak tak boleh dapat no bor satu lagi ..." dia mengelip mata kat aku dan adik tanda yang dia saja saja nak mem'provoke' kakak. Aku tahu dia sudah dapat merasakan kejayaan itu .. kerana bukan kali ini sahaja malah setiap kali pepriksaan kakak pasti akan berjaya merangkul tempat pertama atau pun tempat kedua.. baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.

"ehh.. apa pulak .. kakak dapat nombor satu laaa abah.. apa laa..." jawabnya seperti rasa tercabar atas ayat suami aku tadi.

Hubby aku terus mendukung kakak... "Fuhhh yoooo... powernya kakak... taniah kakak" ucapnya dan mencium pipinya.

"Terima kasih, terima kasih.. "jawabnya sambil senyum senyum gembira...

Alhamdulillah.. sekali lagi kakak dapat mengekalkan prestasinya untuk merangkul tempat pertama dalam peperiksaan penggal pertama tahun 2 Sekolah Kebangsaan kali ini. Syukur banyak banyak dengan limpah kurniaNya atas apa yang telah Dia anugerahkan untuk kami sekeluarga.

Taniah sekali lagi buat kakak atas segala usaha dia selama ini ... mak, abah dan seluruh keluarga tetap akan sentiasa mendoakan kejayaan kakak Nabilah untuk dunia dan akhirat... semoga menjadi anak yang solehah dan berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara...

Tuesday, June 30, 2009

Surah Al-Waqiah

Dapat dari kelas tafsir A- Quran Dr. Fatma Zahra. Sorry benda nih dah lama dah simpan... baru sekarang terasa ada masa sikit dan kebetulan terjumpa nota nih so.. jom kita syer sama sama. Baik untuk di jadikan amalan.

1) Untuk awet muda :
Baca ayat Al-Waqiah (35, 36, 37, 38). Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiupkan dalam air dan minum - Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman.

Click sini untuk baca ayat nih sepenuhnya

Makna ayat :
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

2) Untuk ketenangan jiwa
Baca ayat Waqiah setiap hari sebelum tidur. Mungkin boleh di amalkan kepada sesiapa yang rasa jiwanya kacau dan tak tenteram.

Surah Al-Waqiah (click sini untuk baca sepenuhnya)

3) Untuk mengelakkan dari sakit kepala
Perbanyakkan baca ayat no 19.

Makna ayat:
[19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Saham Akhirat ..

Dah lama dah aku nak advertise kan benda amal nih kat korang ..

so sesapa yang rasa nak bina saham untuk akhirat mungkin boleh menderma untuk pembinaan Masjid ni...

Sila click sini untuk melihat berita penuh pasal bina masjid ni.

Derma Masjid As Sahabah - Bosnia

Sesiapa yang berminat untuk menderma boleh transfer kan duit korang kat sini

Maybank 5140 6605 4194
Wan Shohor bani Leman

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

Harakahdaily
Sun | Jun 28, 09 | 8:06:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

residen PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. - mks._

Thursday, June 25, 2009

Happy Father's Day

Selamat hari bapa untuk ayah tersayang .. terima kasih atas segala pengorbanan yang telah ayah lakukan untuk membesarkan kami adik beradik... itu sahaja yang kami mampu ucapkan walaupun kami tahu ianya tidak akan cukup dan setanding dengan segala pengorbanan ayah selama ini ....







dan Happy Father's day too to all fathers.

Pelajar Terbaik Bahasa Arab - 2009




Alhamdulillah... sekali lagi tahun ni kakak memenangi anugerah Pelajar Perempuan terbaik Bahasa Arab untuk 2 tahun berturut turut. Taniah untuk Nabilah. Semoga apa yang dia kecapi akan kekal sampai bila bila.

Pertandingan Amali Solat Subuh peringkat Zone Selangor



Dah lama tak upload upload gambar ni... nih masa 18 April 2009. Pertandingan Amali Solat Subuh peringkat Zone.

Monday, June 22, 2009

Sira Labu

Ni satu lagi resepi orang Kelantan yang mudah dan ringkas. Kalau rasa rasa tak tahu nak masak apa untuk minum petang.. maybe korang boleh try masak Labu ni...

Bahan bahan
Labu
Gula melaka / gula kerek / gula kabung (pilih la mana mana yang korang suka)
Daun pandan
Sedikit garam
Air
Kapur makanan

Labu tu basuh bersih (nak buang kulit pun boleh tak yah pun boleh - lagi sedap kalau x yah buang kulit .. kulit dia nanti jadi rangup). Buang bujik dia. Potomg ikut jalur jalur dia... tapi ikut suka hati korang laa nak potong cam mana pun.... Kemudian rendam dengan air kapur, kalau nak lagi sedap rendam semalaman biar kulit luar dia betul betul keras dan rangup bila masak nanti. Masakkan air gula dengan daun pandan. Buh air sampai boleh menutupi semua bahagian labu tadi. Bersihkan labu yang dah di rendam dengan kapur tadi. Masukkan kedalam air gula dengan daun pandan tadi dan biar jer sampai air gula dia tinggal sikit. Tutup periuk supaya cepat sikit masak. Kalau suka boleh masukkan bunga cengkih sebatang (akau memang tak minat so biasanya aku tak letak). Dah siap. Masukkan dalam peti ais dan boleh terus makan. Heheh senang kan...

Tuesday, June 16, 2009

Sambungan Khasiat Makan-makanan Sunnah menurut Islam

Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.

Delima

Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

Za’faran
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

Buah Tiin
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

Habbatus Sauda’
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Madu
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata; “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)”.Ada hadis yang menyebut; “Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib(kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”.

Makanan Dan Hikmahnya dalam Islam

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak Kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama Dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. Pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu Dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk Dan disapu disekeliling Mata bagi menguatkan pandangan Mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang Dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan Dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. Pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas Dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma Dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam Dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid Dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid Dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga Dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. Pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser Dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "IA" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus Dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' Dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. Membetulkan imbangan badan, baik untuk otak

Dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi Dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid

(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. Pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa Dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan Dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan Dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas Dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air Dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. Pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. Sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh Kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila Kita melecur atau kulit terbakar Dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik Dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba Dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak Ada satu Hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. Pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang Ada pada hulbah, mereka pasti membeli Dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid Dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan Dan rasanya enak. Nabi s.a.w. Pernah bersabda, "Jika anda kata Ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir Dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan Lumpur Dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam Dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Friday, June 5, 2009

Serawa Betik


Resepi nih memang senang ... aku kalau sekadar makan betik nih memang sejak dari dulu lagi aku memang tak suka... kebetulan plak mak ayah aku ada tanam pokok betik.. buah dia memang banyak dan boleh tahn manis jugak laa.. tapi masalahnya anak anak dia nih memang laa susah nak makan betik.. jadik mak selalunya akan buat serawa betik... hmm... boleh tahan jugak laa.. yang penting aku boleh makan laaa ...

Susu pekat manis / Susu cair / santan (kalau pakai santan atau susu cair boleh buh sikit gula bagi manis)
Betik
Ais

Potong betik jadi dadu kecik. Buh dalam bekas.. buh susu pekat main atau pun susu cair atau pun santan (kalau guna santan buh garam sikit bagi lemak) Buh ais. Kalau suka manis boleh buh gula. Siap... kalau nak variety lagi boleh jugak serve dengan ice cream vanila.. perghhhhh...

* Resepi betik nih boleh di tukar dengan mangga atau pun tembikai.. memang sedap kalau makan sejuk sejuk....