"Akan dikabulkan doa seseorang selama dia tidak terburu-buru sehingga dia mengatakan, aku sudah berdoa tetapi tidak dikabulkan."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majab)
"Jangan kamu ragu akan janji Allah jika belum beroleh apa yang dijanjikan, meskipun zamannya telah tertentu. Janganlah keraguaan itu menimbulkan kerosakan dalam mata hati kamu dan memadamkan cahaya (nur) rahsia hitam
(Kata hikmah Ahli sufi, Ibnu Athaillah)
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana yang ditimpakan dibumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya ...
(Al-Hadid : 22)
Ayat-ayat kat atas nih menunjukkan bahawa setiap apa yang kita hajati itu pasti Allah akan makbulkan ...
Memang betul kengkadang kita naik boring berdoa pada Allah tentang apa yang kita harap dan impikan itu tak jugak dapat-dapat. Hajat kita tuh tak jugak termakbul oleh tuhan. Jadi perlulah kita ingat kesemua itu hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Mungkin jugak apa yang kita hajati itu masih belum lagi sampai waktu untuk Allah berikan ... mungkin Allah masih mencari waktu yang sesuai ..
Mungkin jugak hajat itu tidak sesuai untuk kita dan walaupun kita rasa benda itu sesuai untuk kita tapi hakikatnya ada yang lebih terbaik untuk kita dari itu... maka dengan itu perlu kita bersabar sekiranya apa yang kita hajati itu masih belum diperolehi atau mungkin sekali kita tidak dapat apa yang kita hajati kerana Allah tahu apa yang kita benci itu mungkin sebenarnya adalah amat baik untuk kamu...
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu ..."
Dari itu janganlah sekali-kali berhenti berdoa kepada Allah kerana masih ada yang selalu akn mengabulkan permintaan kamu (Dr 'Aidh Bin Abdullah Al Qarni - La Tahzan m/s 23)
"... berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu ..."

(Al-Baqarah : 216)

(Al-Mu'minun : 60)
No comments:
Post a Comment