Friday, December 14, 2007

Zulhijjah dan kelebihannya ..

Aku pun terlupa yang masa tarikh hari lahir aku hari tuh ... rupanya dah masuk bulan Zulhijjah. Jadi banyak keistimewaan yang terkandung pada 10 malam terawal nih. Banyak-banyakkan berpuasa dan beramal kepada Allah. Kalau tak dapat berpuasa pada 9 hari terawal iaitu dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah sebab 10 Zuhijjah kita dah raya dan tak boleh puasa pada 10, 11 dan 12 Zulhijjah yang merupakan Hari-hari tasyrik kita boleh amik 3 hari sebelum 10 Zulhijjah.

Terus terang aku cakap aku memang langsung tak tahu apa kelebihan-kelebihan yang terkandung pada bulan ini. Kalai masa dulu mak cuma advised kita orang puasa jer pada awal-awal Zulhijjah nih sebab dapat banyak pahala... itu kata mak aku kalau nak suruh kita orang puasa sunat dan selalunya mak ngan ayah jer yang puasa ... heheh ... lebih-lebih lagi bila dah duduk jauh dari mak ngan ayah....

Ini aku ada linkkan faedah dan Keistimewaan Bulan Zulhijjah , tekan dan tengok jer link nih. Semua nih untuk diri aku sendiri dan untuk makluman semua jugak...

3 comments:

abuhanaan said...

Kak Ungku raya kat mana?

Kak Ungku said...

Tahun nih turn raya Melaka. Kampung my half Kelantan banjir teruk jugak. U raya kat mana ?

abuhanaan said...

Raya kat Bdr Tun Razak, KL. Hari Jumaat nak pergi Port Dickson mandi laut sikit.