Monday, December 17, 2007

Hak pengguna

Semalam merupakan pengalaman aku yang pertama melakukan operasi perbelanjaan secara besar-besaran untuk persiapan sekolah Nabilah - Puteri sulong aku nak pergi sekolah dah. rasa cam baru semalam aku sakit melahirkan dia ... heee.. kejap betul masa. Berdebar jugak dibuatnya. Tak tahu nak beli apa,tak tahu nak beli berapa banyak, cukup ker tak budget... dan macam-macam benda lain yang terus mendebar-debarkan hati aku dan suami aku.

Benda pertama yang aku buat hari Sabtu hari tuh ialah shoping kat kedai buku sekolah. Ok jugak laa... buku tulis tak sampai 50 hengget... ok lagi detik hati aku.

Hari Ahad, start beli baju... sampai kat salah satu pasaraya nih aku start tengok macam mana. OK kebanyakan ibu-bapa terus menyerbu tempat baju sekolah budak-budak.. sampai aku tak der ruang lagi nak berebut sama.. aku pun tak faham kenapa perlu berebut-rebut.. cuba sabar dan tunggu giliran.. semua macam naik hantu berbeli... aku betul-betul fed up dengan perangai orang-orang Malaysia nih.. aku batalkan niat untuk berbelanja di situ walaupun ramai yang advised kat situ barang semua murah-murah...

Aku ajak husband aku pergi tempat lain sebab dah tak tahan menuggu dan melihat kerenah ibu bapa, tanbahan pulak tak der yang sesuai dengan Nabilah...

Tak sesuai .. memang tak sesuai ... cuba ko fikir secara logic macam mana pasaraya tuh hanya ada size besar jer untuk kain .. tak der satu pun yangsesuai untuk anak aku. Aku start curious .. aku tanya laa juru jual yang dah malas nak jawab pertanyaa aku tuh...

"Dik.. betulker nih size kecik sekali ... panjang sangat nih .. baju nih dah
ok tapi kenapa kain semua panjang-panjang?"

Dia jawab.. "Memang kak, tuh size paling kecik ... " menunjukkan kain
sekolah biru yang aku pegang tuh.


"Paling kecik ...??? nih size budak darjah 5 dah nih .. akak pun boleh
pakai cam nih ... panjang sangat nih?"
menokok tambah



"Haah kak ... akak lipat laa kat pinggang... boleh pakai lama sikit...



Lipat .... What the ..... nak lipat pulak panjang gila nih.... kata hati kecik aku yang dah start mengeluarkan ayat-ayat yang kurang baik didengar.
"Kalau tak pun akak hantar tailor suruh potong .... " kata budak tuh dah
meluat nak layan aku yang banyak sogeh nih.

AAAAAA yea rite ... Hell .... aku dah lah datang sini sebab tak nak tempah baju anak aku nih ... nak yang beli siap jer ... lepas tuh nak potong pulak satu kerja lagi ... duit lagi... apa nih... cam mana marketing korang nih ...


Aku betul-betul tak faham.. kalau dia boleh jahit size besar kenapa dia tak jahit size kecik.. sedangkan baju kurung putih ada pulak size kecik... malah ada 3 size lagi yang lebih kecik dari size Nabilah.


Aku masih mampu menahan kesabaran ...
Lepas tu bila aku tanya baju sekolah agama yang kain hijau tuh ... dia kata tak boleh beli asing kena beli satu set .. haik .. baju nih ada pulak kain size kecik .... tapi kena beli sepasang .. tak boleh beli kain sahaja...apa nih ... aku betul-betul tak faham..

Dan aku heran tak der pulak orang lain yang complain cam aku .. dia orang willing to buy those kain yang panjang tadi dan plan to potong sendiri .. kan dah dua tiga kali kerja namanya tuh ...

Aku rasa tercabar gila ... aku mula mencari-cari akta Hak-hak pengguna yang boleh aku applykan dalam situasi sebegini ... aku rasa pengguna perlu bijak dalam hal ini… gunakan kuasa dan hak yang ada dalam membuat pilihan. Cuba bersusah sikit untuk cari alternative lain... maybe boleh cari kedai lain .... jangan sentiasa support mereka walaupun produk yang mereka pamerkan itu tak bagus...


Sorry laa... mungkin aku yang banyak songeh tapi.. ini namanya strategy of business.. business cam nih seolah-olah memaksa pembeli menerima apa sahaja yang dia orang jual .. walaupun sebenarnya apa yang dia orang jual tuh tidak bagus, tidak menepati cita rasa kita. Kita terpaksa mengeluarkan kos sampingan lain pulak supaya mendapat barangan yang bagus dan kena dengan diri kita. Itu sebabnya di Malaysia nih hak pengguna tidak didengari oleh para penjual... penjual naik kepala ... dia orang tahu bila dia orang buat cam mana pun pengguna masih beli lagi dan dia orang tak perlu menvariasikan produk dia orang tuh ... dia orang akan fikir cara paling mudah jer ...

Kita sebagai pengguna sepatutnya berhak menentukan apa yang kita mahu itu betul-betul sepadan dengan apa yang kita nak bukan ala kadar atau bukan hanya menerima walau pun tak suka....

Aku hampa dan terus ke tempat lain yang lebih confortable dan lebih cuba memahami citarasa para penggunanya ... alhamdulliah semua ada kat situ... dan semuanya beres ..

Aku teringat kata-kata cikgu Perdagangan & Prinsip Account aku yang garang dulu (aku banyak kali kena bawak kerusi dan meja belajar kat luar kelas dulu - kalau ada masa aku citer zaman sekolah aku)

"PEMBELI ADALAH RAJA... KITA YANG AKAN MENENTUKAN PENJUALAN MEREKA..."

No comments: