Memandangkan sekolah dah nak bukak nih aku ada nak bagi resepi ringkas untuk anak-anak kita bawak gi sekolah... Semalam Nabilah sibuk nak buat.. tapi aku malas.. so aku suruh dia gelekkan roti dan isi kan sardine tuh semua dalam roti dan gulungkan dan gam kan sekali .. aku tolong buat inti sardine tuh jer ... hmmm... boleh tahan jugak dia buat walaupun ada yang senget senget dan tak berapa ketat dan kemas gulungannya tapi memang ok sangat...
Sardine roll nih memang senang... betul laa bak kata Ratatouille "Everybody can Cook"
Bahan bahan
Roti
Sardine
Bawang putih
bawang besar (tumbuk sikit untuk tumisan dan separuh di dadu )
Cili merah didadu
Memula tumis bawang putih dan bawang merah (sikit jer) yang dah di tumbuk. Masukkan sardine dan air sikit. Masukkan garam. Tumis semua bahan sampai kering sikit sambil hancur-hancurkan ikan sardine tuh. Masukkan Bawang besar yang didadu dan cili merah yng di dadu tadi. Owh ...tak perlu masukkan bawang dadu dan chili kalau anak-anak korang tak suka.. macam tuh pun dah sedap. Masukkan limau nipis... buh garam dan rasa kalau sedap angkat.
Roti di gelek-gelek atau tekan .. rrr gelek dengan penggelek dia aku pun tak sure apa panggil... gelek sampai roti tuh nipis. potong dua kalau nak kecik kecik... letakkan srdine dan bungkuskan. Gunakan tepung sebagai gam dia dan tutup kat bahagian kiri dan kanan. Dah siap.. goreng dan dah boleh makan...
Resepi nih resepi masa kat college dulu.. petang-petang kalau boring dan ada yang rajin mesti buat. Kita orang gelek dengan botol atau cawan asalkan roti tuh boleh leper... lepastu goreng dalam rice cooker.. maklum laa kat college mana boleh bawak dapur... teringat plak kisah kat UIA dulu ...
No comments:
Post a Comment