Sunday, December 23, 2007

Bourne Ultimatum


Aku baru sudah tengok Bourne Ultimatum. Memang aku tahu aku dah ketinggalan lama. Tapi baru semalam aku berkesempatan tengok citer nih ... what ever laaa... tapi yang penting aku memang tak pernah miss lagi dengan citer Bourne nih.. cuma kali nih tak sempat nak tengok kat wayang.. frust jugak..
Citer nih memang aku bagi full 5 bintang.. memang best. Aku kagum dengan citer nih...cepat gila.. aku tak berkelip tengok citer nih.. apa yang aku suka citer nih dia penuh dengan adengan-adengan cemas .. sampai aku pun terasa betul-betul masuk dalam citer nih ..korang may really feels like need a rest bila citer nih habih... fuuhhh letih siut ... citer nih memang buat korang punya adreanalin running and your heart keeps pumping... dup dap dup dap non stop ....
As usual citer nih akan dimulakan dengan Bourne yang melarikan diri dari semua orang... tapi apa yang best kali nih Bourne datang lagi untuk mencari identity sebenar diri dia. Kalau tak salah aku episod sebelum nih ada citer pasal Bourne dah tahu yang nama dia sebenarnya David.. so kali nih dia dapat banyak flashback yang boleh jadi clue atas pencarian diri dia selama ini... Bourne kali nih memang nak tahu kenapa selama ini dia jadi seorang pembunuh upahan atau lebih kepada killing machine to that orginasation... sebab setahu dia, dia dah banayk bunuh orang dan dia sendiri tak tahu kenapa dia bunuh orang-orang tuh...
Aku paling suka part masa dia leads reporter Simon Ross kat Waterloo station. Simon Ross nih tahu citer pasal ujikaji yang telah Bourne dan semua report tuh sebanarnya hanya Ross yang tahu. So... Bourne cuba untuk mencari siapakah tang memberi source sebenar kepada Ross tuh. Masa kat sini kita boleh tengok betapa hebatnya Bourne berkomunikasi dengan Simon Ross dan at the same time cuba melarikan diri dari di lihat oleh pihak musuh dengan penuh aksi-aksi yang mendebarkan. Dalam citer nih Bourne betul-betul menunjukkan bahawa dia always has to think fast and selalu think lebih advanced dari musuh dia.
Adengan kejar-mengejar dia dengan pembunuh upahan tuh pun memang best... lompat dari satu roof ke roof yang lain buat aku betul-betul letih.. rasa cam aku pulak yang jadi Bourne ... dan aksi cool tapi ganas masa dia lawan dengan penjahat. Citer nih memang penuh dengan adengan cemas, brutal hand to hand fight, pembunuhan, adengan kejar-mengejar... dan memang its really non stop action movie.
Mat Demon berjaya melahirkan watak Borne yang cool tapi bijak dan pantas bertindak. Kat sini kita boleh rasa betul-betul kagum dengan Bourne yang memang super brilliant dengan semua tidakan-tindakan dia tuh...
Pergh .. aku macam tak boleh nak berenti ulas pasal Bourne Ultimatum nih.. anyway kalau ada sesapa yang belum berkesempatan tengok cite nih (macam aku) gi aa beli DVD haram yang RM 10 hengget tuh dan tengok puas-puas...Jangan lupa beli sekali Bourne Indentity dan Bourne Supremacy pada sesapa yang tak pernah tengok citer Bourne nih... korang akan kagum ...
Aku plak .. tak sabar tunggu the 4th Bourne ... tajuk apa pulak lepas nih errmmm... Bourne ... rrrr... maybe boleh guna tajuk The Unconscious Bourne ....

3 comments:

abuhanaan said...

Dialog faveret:

VOSEN: Noah Vosen.

BOURNE: This is Jason Bourne.

VOSEN: How did you get this number?

BOURNE: You didn't actually think I was coming to Tudor City, did you?

VOSEN: No, I guess not. But if it's me you want to talk to maybe we can
arrange a meet.

BOURNE: Where are you right now?

VOSEN: In my office

BOURNE: I doubt that. If you were in your office -- We'd be having this conversation face-to-face.

Kak Ungku said...

Whoaa... aku rasa ko laa penulis scrip sebenar citer nih ... siap boleh hafal tuh .. caya laa bib ...

abuhanaan said...

sebenornya watak jason bourne tu diorang offer kat aku tapi bayaran murah beno

lagi baik jadi cikgu