Assalamua'laikum to all.,
Alhamdulillah kami memulakan hari ni dengan basikal ke Parlimen. Saya, Tian Chua (Batu), Gobala (Pdg Serai) & See Hoy Chen (PJ Selatan) mengayuh dari Bank Negara ke Parlimen. Dari situ ke Parlimen mendaki bukit. Boleh tahan jugak nak mengayuh ke Parlimen. Berpeluh ketiak.
Saya cabar PM & MP Be End yg beriya-iya sangat mempertahankan dasar memiskinkan & menyusahkan rakyat untuk bersama kami menaiki basikal. Rasalah bagaimana rmenderitanya rakyat yang difakirkan dengan dasar yang menyusahkan ini. Kalau Be End nak rakyat hidup susah maka pemimpin Be End kenalah rasa hidup susah dahulu. Cakap mesti serupa bikin.
Semasa sahabat mengadu kelaparan kepada Rasulullah dengan mengikat perut masing-masijg dengan seketul batu..Rasulullah menjawab yang Baginda juga kelaparan dengan menunjukkan perut Baginda yang diikat dengan dua ketul batu..ini namanya kepimpinan melalui tauladan. Saya tengok pemimpin Be End hidup mewah..membazir. Tengok saje perlantikan 3 Penasihat Lapuk Be End yang dibayar gaji berjumlah RM1.15j setahun tanpa buat kerja.
Hari ni akhbar melapurkan gaji CEO/MD's GLCs yang gaji mereke menjangkau jutaan setahun. Kita didedahkan dengan kroni-kroni Ameno yg penerima anugerah APs yang hidup terlalu mewah..ada yg memiliki beberapa helikopter/ jet peribadi. Kita dimaklumkan betapa jutaan ringgit dibazirkan dengan perayaan & pesta yang tak diperlukan rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara memperincikan betapa pembaziran yang dilakukan oleh Be End.
Adakah pemimpin Be End tidak berasa malu dengan sikap kepura-puraan mereka.. Atau apakah pemimpin Be End tiada perasaan kemaluan lagi..adios
Zulkifli Noordin
Caya laa.. nih baru orang boleh percaya.. jangan cakap jer bedegar-degar .. habuk pun tak jadik....
No comments:
Post a Comment