Friday, June 6, 2008

FAKTA PETRONAS: Mahathir & Hassan Marican Memberi Kenyataan Yg Mengelirukan!

Di petik terus dari Tranungkite online

FAKTA PETRONAS: Mahathir & Hassan Marican Memberi Kenyataan Yg Mengelirukan!Dilulus terbit pada Friday, June 06 @ 10:27:32 MYT oleh reformis Oleh 729noisa"

Tun Mahathir berkata sejak tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100 Beliau turut menegaskan hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih. Dengan itu kerajaan dilimpahi dengan duit RM 70 bilion!

Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus! Kedua-dua tokoh penting ini berkatakan sesuatu yang sudah berlalu tiga tahun lalu tetapi memberikan fakta nombor yang seakan-akan berlawanan! Menarik bukan jika memikirkan fakta-fakta tersebut adalah melibatkan wang berbilion ringgit milik khazanah Malaysia!Di mana reaksi pemimpin UMNO yang relevan? Hanya Mukhriz yang berani mengatakan tindakan Pak Lah tersebut adalah tidak bijak. Demikianlah yang berlaku apabila BN hanya seolah-olah diperintah oleh seorang yang berkuasa penuh. Manakan tidak, jika Datuk Shahrir Samad mengatakan harga petrol mungkin akan dinaikkan pada Ogos, tetapi tidak semena-mena Pak Lah esoknya mengumumkan kenaikkan serta-merta dengan menyatakan kabinet bersetuju. Memang benar tindakan kerajaan ada hikmahnya, tetapi bagaimana dengan tuntutan rakyat dan pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan mampu memberi subsidi lagi?Bagaimana rakyat yang serba kekurangan mengenai aktiviti dan akaun semasa Petronas dapat memastikan kejujuran seseorang yang penting dalam Petronas? Petronas sangat sensitif sehingga tidak mahu diletakkan di bawah Parlimen, padahal rakyat berhak tahu mengenai Petronas dan bukan beberapa individu yang mempunyai kepentingan dalam Petronas!

No comments: