NEGARA
Kami tak larang pakai gincu - MPKB
Oleh ZAKI SALLEHzaki.salleh@kosmo.com.my
Oleh ZAKI SALLEHzaki.salleh@kosmo.com.my
SEORANG gadis menunjukkan pekeliling arahan cara berpakaian bagi Muslimah yang dikeluarkan MPKB-BRI di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - Bandar Raya Islam (BRI) menjelaskan ia tidak pernah melarang golongan Muslimah di bandar itu memakai gincu.
Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat.
Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI.
"Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu.
Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang.
Menurut Azman, arahan tersebut turut membabitkan pemakaian tudung dan pakaian yang sopan.
Katanya, sejak dua tahun lalu, MPKB-BRI memperjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai khususnya golongan wanita muda beragama Islam melalui kempen Cakna Anak Muda dan hasilnya amat positif.
"Mesejnya jelas iaitu untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini seperti rogol dan jenayah seksual yang kerap menjadi ancaman wanita," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya lagi, Muslimah yang bekerja mengendalikan peremis makanan dan bukan makanan juga tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
Arahan tersebut termaktub sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.
Dengan berita ini.. dan berita ini (dalam Malaysia Kini) serba sedikit membidas cerita-cerita dalam utusan meloya yang aku dapat semalam ...
23/06/2008 3:32pm
KOTA BHARU 23 Jun – Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
``Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
No comments:
Post a Comment