Saturday, June 14, 2008

Perhimpunan di KLCC dibatalkan???

Cis.. aku memang tak senang duduk ... kejap-kejap aku tanya .. dah sampai ker belum?? Aku jengok tingkap-tingkap Mat Salleh yang dapat lihat perkarangan KLCC di bawah..

"Tak dek apa pun.. mana nih .. aku memang tak boleh sabar dah nih.."

Aku sempat turun sekejap ke bawah nak menjengah kekalau perarakan Kampung Baru sudah sampai di KLCC.. aku hampa.. ish tak boleh jadik nih ....

Aku tanya lagi.. latest info aku baru tahu jam 4 petang...Mereka kata mereka di sekat di SOGO.. jalan dah kena block.. tak boleh nak lepas. So.. dia orang just tunggu dan buat demo kat situ jer ... tukar plan.. Kata mereka lagi, ramai.. memang ramai yang turut serta ... penuh jalan-jalan kat SOGO nih ....

Adush.. frust menonggeng-nonggeng betul leerrr ... tak dramatik sungguh hari aku hari nih.. aku ingat boleh join demo ...

Nah ini serba sedikit yang aku dapat dari Harakah pagi tadi ..

Himpunan aman amaran awal rakyat pada PM
Saidah Hairan| Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Jun 14, 08 | 7:06:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar.

ImagePerhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.

Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.

Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. ImageDi tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.

Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"

Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.


Sila Click sini untuk berita selanjutnya ...

No comments: