Sunday, July 8, 2007

Ujian dari Allah

Dah lama aku terfikir nak citer macam mana aku boleh simpan Titanium rod dalam kaki aku.... bukan senang tau nak hidup dengan batang titanium nih ... dunia nih aku rasa macam dah kecil.. aku yang dulu aktif dalam sukan dan martial arts tiba-tiba terpaksa tinggalkan semua itu hanya kerana sebatang besi dalam kaki aku nih...

Lampu di padamkan... suasana dalam keadaan yang blur blur di samping side effect asap-asap yang mengaburi pemandangan... (macam cerita dalam TV bila adengan flash back...)

tetiba... ada suara... bergaung sikit...

"Nin...... "aku dengar suara Chipah rakan seperjuangan aku masa di UIA dulu menjerit.

Pemandangan aku kabur ketika itu... apa yang aku nampak ialah sinaran lampu yang amat terang meyuluh dan datang amat cepat kearah aku.. aku cuba lari melangkah divider yang sememangnya kaki kananku sudah aku jejakkan. Tiba-tiba aku rasa diri aku berpusing... mengalahkaan belerina sedang asyik buat aksi belletnya di pentas...
Dalam kekaburan itu sempat jugak aku melihat sebuah motor RXZ terbang dan penungangnya jugak berpusing-pusing di hadapan mata aku... Allah... apa dah jadi nih... detik hati aku
Aku tertiarap.. aku cuba pusing.. aku pandang belakang.. aku lihat kedua-dua orang rakan aku tengah terkedik-kedik datang ke arah aku...

Ada sebuah kereta proton saga berhenti dan dua orang berlari kearah aku.. kakak itu terus memangku aku.. dia seperti sudah biasa dengan keadaan kecemasan seperti ini... dia tanpa jijiknya cuba mengeluarkan benda asing dalam mulut aku...

"Wei ada eccident laarr wehh..
"Wei.. pompuan laarr weh... " a
ku ingat lagi suara-suara mat-mat motor yang lalu di jalan itu Deruan motor aku dengar berpatah balik untuk melihat kejadian dan mungkin sekali untuk membantu... (cilaka betul... nasib baik aku pompuan kalau aku lelaki belum tahu lagi dia orang tolong ker tidak)

"Apasal kak..." tanya salah sorang dari mereka
"Nih dia kena langgar motor..." jawab akak yang memangku aku tadi
"Kenapa ni... " ada sorang Cina datang dan tanya dengan pelat cina nya
"Accident laar uncle"
"Takpe takpe... angkat angkat bawak masuk itu keleta... nanti saya bawak Hospital." arah cina itu lagi. Bebudak motor tadi pun terus tolong angkat aku.

"Arghhhhhhh.." aku menjerit sekuat-kuat hati aku... masa tuh aku rasa macam tuhan saja yang tahu betapa sakitnya anggota tubuh aku.. aku masih tak tahu apa yang telah terjadi kepada salah satu anggota badan aku nih...
"Baik-baik.. kaki dia patah nih... pelan-pelan... bawak masuk pelan-pelan... "aku dengar salah sorang budak motor itu memberitahu rakannya
Dua-dua rakanaku pun masuk jugak... Ingat lagi cam mana EE kawan aku menahan nangis tengok aku dalam kesakitan...
Aku tahu sakit tapi apa yang lebih buat aku sedih dan menagis tersedu-desu ialah bila aku tengok kaki aku dah terkulai-kulai ... lembik kekiri kekanan keatas kebawah terlambung lambung mengikut hentakan kerata itu...
Dalam hati aku terus mebuat kesimpulan yang kaki aku dah patah, owh... tidak-tidak bukan patah dah terkulai maknnya dah terputus... Ya Allah... macam mana nih..
Setiba di Hospital Tawakal.. aku terus di tempatkan di bahagian kecemasan...

"Seluar nih nak potong jer ker nak bukak pelan-pelan"
"Potong jer laaa..." jawab aku sambil mengerang kesaktan (geram lagi mahu tanya...)
Seluar Hitam brand Soda baru aku beli bulan lepas terpaksa dipotong untuk memudahkan kerja-kerja para doctor tuh.. pada masa yang sama salah seorang dari mereka telah mencucuk ubat pelali ke punggung aku... (hampas bagi laarrr warning dulu kat aku).
Mereka bersihkan luka dimulut dan hidung... kaki aku mereka letakkan kayu ampuh supaya aku tidak boleh bergerak agar tulang yang patah itu tidak jauh larinya...

Aku lali dengan ubat yang dia orang beri...

Aku dengar salah serong menelefon family aku..
Oleh kerana aku tak ada wang pendahuluan sebanyak 200.00 ringgit tunai... aku terpaksa dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur yang terletak hanya seberang jalan.

Kali pertama aku naik ambulans dan pemandu ambulans tuh cuba berseloroh dengan aku
"Pernah naik ambulan?"
"Tak " jawab aku ringkas sambil tersenyum
"Kalau camtuh kita buat emergency sikit... " dia pasang sirens ambulance. Aku hanya mampu tersenyum jer.

Setiba di HKL aku dirawat.. cuma lambat sikit sebab keadaan aku tak berapa kritikal dibandingkan dengan yang lain... aku terpaksa faham .. hospital gomen....
Tapi apa yang buat aku terharu ialah mat-mat motor yang menolong aku tadi datang bertanya khabar...
"Akak.. dah call family...???" tanya salah seorang dari mereka
"Dah
terima kasih..."
"Ada apa-apa yang boleh kit orang tolong??"
"Tak Apa. Kawan saya ada kat luar... Budak tuh cam mana ? " yanya aku pulak
"Ooo... dia pun patah jugak kat sini... " menunjuk kearah bahunya . "Motor dia hancur kak... dia ada kat UH... puas kita orang cari akak tadi. Kita orang ingatkan akak kat UH tadi ..tak der pulak..."
"Hmmm.. " aku senyum kecil... "Tadi cina tuh bawak kat Tawakal... sebab tak der duit .., family suruh tukar kat sini... dia org nak cash.. mana ada ... " jawab aku malu-malu
"Ok kak kalau tak der apa kita org blah dulu aa...Kalau senang kita orang datang lagi esok..."
"Ok .. terima kasih banyak-banyak..." (rugi tak amik no tel.. mana tahu boleh jadi kawan sampai sekarang)

Lepas di periksa, aku di bawak ke OT, cuak... lampu OT tu dia pasang malap mula-mula ... ada dua oarang lelaki kat dalam. Dia bukak balutan kaki aku... dan tanpa belas kasihan dia cuba urut tulang aku sekuat hati mereka.
Aku tahan agar tidak menjerit.. sebab bagi aku kalau aku jerit pun bukan dia orang boleh lepaskan aku.. tawakkal saja lahh...hanya air mata aku jer yang mengalir keluar...
"Tahan sikit ya ...kena luruskan tulang nih baru boleh simen kalau tak nanti tak boleh jalan betul. Orang pompuan kalau jalan tak betul nanti tak cantik"
Dua tiga kali dia cuba tarik dan cantumkan semula tulang aku.. kemudian baru dia simen
"Fuh kuat jugak engko nih eh... sikit pun tak jerit ..."
Tahan sakit budak nih .. " kata salah seorang tuh kepada kawan yang sama mengerjakan aku tadi.

Family aku baru sampai dari Melaka...
Sentimental .. lampu sedikit terang tapi still kabur-kabur. Lagu piano dimainkan... gambaran secara slow motion...

Emak dan ayah berlari kearah aku... sedih, pilu, dan terharu... rasa bersalah pun ada.
Aku di bawa pulang ke Melaka... my hometown
Aku dirawat di Melaka... selepas 3 hari aku diberitahu tulang aku tak mahu bercantum semula dan aku di nasihati untuk menjalani operation untuk memasuk kan besi ke dalam tulang.. cuak... tapi semua family aku advised suruh buat... aku angguk lesu...
"Saya ikut jer larr doctor..."
Di OT aku betul-betul takut. Terketar-ketar aku...
"Tahan sikit yer... kita buat epidural..."
Dalam hati aku kata... suka hati korang laarr..
Lampu di OT sungguh menggerunkan... macam-macam binyi aku dengar ye larrr aku hidup lagi tapi cuma bahagian bawah aku aja yang tak rasa apa-apa.
"Tidur larr" abang aku suruh aku tidur supaya aku tak risau sangat dengan bunyi bising yang dia oarang buat kat kaki aku...
Operation aku berjaya dengan sejaya-jayanya.. menurut doctor semua para doctor bebangga dengan keputusan operation aku tuh.. ramai doctor-doctor lain beri ucapan taniah pada doctor yang buat opration aku tuh... Entah aku tak faham kenapa.. anyway aku ok... tapi sakit...

Lebih kurang 6 bulan aku hidup dengan dua kayu yang membantu aku jalan... siksa, sengsara dan ini membuatkan aku lebih matang.. Syukur tak der apa-apa yang teruk terjadi. Alhamdulillah ..
Allah hanya beri ujian itu kepada yang Dia pilih mampu mengahadapinaya aja.. Allah tak kan beri pada mereka yang tak mampu mengahadapi ujian nya..Ujian ujian nih laarr yang membuat kita lebih dekat dengan Allah...

No comments: