Monday, July 2, 2012

Bun Manis Buttescotch atau Vanila

Cam biasa .. sekali lagi aku amik resepi kak Ros Jintan Manis ... pergh memang menjadik .. tak dan nak bagi jenjiran .. tak sempat nak bawak gi opis .. sekali hadap je dah habisss .. huishhh ... sedap sungguh ker roti aku niii .. (heheh nampak tak ayat bangga diri yang melampau lampau)


Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch ( cari kat kedai essen butter milk namanya)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (aku pakai buttercup laa kan apa lagi)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver (aku buh semua sekali water roux dan bread softner & improver)
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)



* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.







5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

* Nampak tak kegebuan roti butter scoth aku tuuu ... anak aku kata kurang manis.. mungkin boleh letak lebih sikit kismis dan taburan gula tuu .. tapi masa bakar tuu pergh .. memang betul laa macam satu terapi minda jer bila cium bau roti nih masak .. dan masa makan panas panas tuh .. jugak satu terapi perut dan lemak ...

2 comments:

Anonymous said...

Perghhh ini roti kesukaan aku.. ko buleh bukak bakery babe!! Cayalah.. EE

Kak Ungku said...

huhuh ... nih semua penangan bread maker .. memang best ... terbaiiikkk ...