Tuesday, November 27, 2007

Sambungan berblog ... kelebihan-kelebihannya pulak

Kalau sebelum ini aku sibuk cerita tips untuk berblog sekarang aku nak bagitahu korang apa kelebihan berblog.... memang banyak... sampai aku tak dapat nak listkan kesemua nya.. any way korang baca jer laaa...



Kelebihan berblog...


1) Anda akan menjadi glamor .. terkenal ... diminati .... sebenarnya anda jer yang rasa cam tuh walau pun anda hanya ada 2 orang pembaca tetap ... anda sendiri dan tuan-tuan besar yang memantau blog-blog sensitif ... at least ada jugak orang bacakan ...


2) Anda akan rasa diri anda diappreciate oleh anda sendiri sebab anda sekarang mempunyai masa untuk diri anda sendiri dan membenarkan idea-idea dari hati dan sanubari anda bercakap dan meluahkan apa yang terpendam ...


3) Anda akan mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih walaupun anda sememangnya telah terlalu genius (macam aku) .. ini adalah kerana anda akan pergi ke blog-blog lain yang memberikan informasi yang lebih atau pun anda akan dengan sendirinya cuba mencari informasi-informasi terkini dan terhebat untuk blog anda sendiri ...


4) Kepada yang suka membebel atau terlebih idea tak berenti-renti nak bercakap tuh dan anda dah tahu ramai yang memang dah tak larat nak dengar inilah tempat yang paling sesuai .. anda boleh membebel sepanjang hari tanpa ada sapa yang akan marah dan bosan dengan bebelan anda tuh ...


5) Ini cara paling mudah mereleasedkan tension anda ... luahkan apa yang terpendam ... perasaan sedih .. geram ... marah dll ... belasah jer apa yang korang nak citer orang lain bukan boleh marah pun ... aku suka this one quote form one of the bloger yang aku pernah baca ... we are the God of our own blog... maknanya kalau korang boleh buat apa sahaja ke atas blog korang dan orang lain tak akan boleh marah..

6) Kepada sesapa yang selalu ditinggal suami ... rrrrr ... maksud aku husband yang gemor out station atau suami-suami yang tak lekat kat rumah pergi minum kat mamak sambil berborak ngan kengkawan atau suami yang suka pergi main golf yang tak hengat nak balik-balik atau apa-apa aja laaa .. korang tidak lagi akan merasa sunyi sebab walaupun anda bosan duk kat rumah dan sebab nak pergi jengjalan tak boleh tak der member sebab bila dah kawin biasanya akan terputus hubungan sebab komitmen keluarga, nak gi shoping tak cukup duit dan nak sembang kat phone takut laki marah.. sekarang korang sudah mempunyai blog untuk korang bersembang dan melayani perasaan sunyi itu ... korang boleh buat ruangan chat jugak supaya korang boleh berborak sampai hengat ..


7) Dan ia juga boleh digunakan sebagai alat latihan - sekiranya selama ini anda takut untuk bersemuka dengan orang yang berkenaan korang boleh mencatit apa-apa yang anda hendak katakan sebelum bertemu dengan mereka yang dimaksudkan contohnya anda boleh luahkan segala apa yang terlintas dan kemudian hafal dan seterusnya jika bertemu mereka yang berkenaan anda tidak akan kekeringan idea .... dan kalau nak senan anda boleh dia layari web anda ...



8)Hmmm ini aku rasa macam best ... kepada mereka yang dah rasa peti ais kat rumah anda tuh sama besar dengan anda.. anda perlu menceburi bidang blog nih ... memandangkan anda akan mencuri masa makan anda untuk berblog di office atau dirumah anda akan mendapati berat badan anda semakin menurun sebab anda tidak akan dapat makan nasi apabila berada didepan komputer ... ini amat-amat berguna kepada mereka yang menghadapi masalah berat badan ....



9) Anda akan menjadi lebih cekap membuat sesuatu dengan pantas dan anda juga akan lebih alert - (merupakan satu latihan ketenteraan zaman sekarang... ) maksud aku ... ada jugak masa korang mengular sambil tulis blog .. jadi dalam masa-masa bahaya begini anda akan menjadi lebih alert dan berjaga-jaga sekiranya boss anda lalu ikut belakang anda dan anda akan terkantoi ... jadi ini merupakan latihan kepada anda dimana anda akan menulis blog dengan cepat dan ringkas tapi padat dan dalam masa yang sama anda melatih motor skill dan otak anda bergerak pantas untuk meminimizekan screen anda (yang ada blog nih...) untuk berbalik kepada screen kerja-kerja anda yang tertangguh ...



10) Yaaa ... akhir sekali (tapi banyak lagi kot) perlu diingatkan Rasullulah sendiri pun ada bersabda ... Sampaiknlah walaupun sepotong ayat ... jadikan blog nih sebagai salah satu alat penyampai maklumat.. sekirannya anda mempunyai sesatu yang bagus dan berguna adalah lebih baik anda sumbangkan untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain ... jadi marilah kita pesan memesan dan saling ingat mengingatkan untuk kebaikan kita besama jugak ...



Tu jerr laa yang aku dapat dan terlintas dik kepala otak aku yang genius nih ....

2 comments:

Arin said...

Hehhe...betul..betull..setuju ngn ayat kak raja!

Kak Ungku said...

Biasalaa.. bercakap melalui pengalaman ...