Logistic :
Kita orang decide pergi Langkawi dengan menggunakan logistic yang murah tapi confortable untuk warga-warga emas macam mak dan ayah aku ... memang asal planning kita orang nak bawak dia orang naik Air Asia (Now everyone can fly) tapi bila my hubby surf tengok memang dah tak de ticket yang murah-murah tuh kita orang jadi hampa... lepas tuh bila teringat mak aku memang nak naik keretapi (sebab katanya dia tak pernah naik keretapi dengan destinasi yang amat jauh) jadi kita orang jadikan itu sebagai alasan paling kuat untuk menjadikan KERETAPI TANAH MELAYU sebagai logistic utama kita orang.
Tambang keretapi :
Ayah - RM57.00 - katil atas (setelah di discount untuk warga emas / senior citizens) - Premier Night Standard (CMB)
Mak - RM65.00 - katil bawah (pun discount atas alasan warga emas). Aku kasi mak ngan ayah privacy sikit... satu bilik 1st class - VIP room laa konon.
Aku - RM51.00 - Superior Night Class (TVL) - katil bawah
Hubby - RM 46.00 Superior Night Class (TVL) - tapi katil atas. (Dua-dua nih kira cam rumah sitinggan yang tutup dengan langsir jer .. (ok laa.. budget laa katakan).
Nabilah - 1/2 price (RM17.00) sebab KTM charge untuk perjalanan sahaja tak yah beli ticket. Sebab lagi pun dia tidur ngan kita orang jer .. adik Nayli free sebab bawah umur...
So keretapi sahaja dah RM236.00 pergi dan kalau pergi balik dah kena kali dua jadik RM472.00
Ok selamat sampai kat Arau selama 12 jam dalam keretapi yang aku rasa ramai yang serik naik dengan family kita orang sebab anak aku yang second Adik tak berapa reti nak diam.. bercakap jer dari start naik keretapi sampai dia tidur malam tuh ..
Sampai kat Arau ada sorang Pak Cik tunggu.. katanya dia boleh hantar gi Kuala Perlis dengan bayaran RM25.00 hengget... nego punya nego dia kurang sampai 23 hengget.. aku tak nak aku kata kasi genap.. RM20.00 last-last ok ... so kita org naik Van ke Kuala Perlis.Sampai kat Kuala Perlis.. pengangkutan yang paling logic no choice - Ferry.. so kita org naik Ferry ke Langkawi .... RM15.00 sorang kali 4 campu budak 1/2 harga 7 hengget
RM67.00
Sampai kat Langkawi kita org carik kereta sewa - actually kereta sewa nih dah booked masa kat jeti Kuala Perlis. Ada agent approach, so after a few nego.. dapat kereta sewa. Bila kat Langkawi tuh my hubby telah mencuba skill dia mengurangkan lagi harga kereta sewa tuh dari RM60.00 sehari ke RM40.00 sehari (kali 2 hari 80 hengget) .. best tak ... so kita orang amik Kereta Iswara manual... (actually kita orang tukar yang lagi baru malam tuh sebab air cond dia tidak berfungsi.. so dapat pulak kereta Iswara versi baru sikit plus ada power steering ... jimat lagi kat situ ...)
RM80.00
Accomodation....
Memula kita orang nak booking Appartment as kita ada 2 family.. after a few discussion ngan my hubby kita abort coz all the Appartment cuma ada kat tengah bandar -apa kelas .. sekali-sekala bercuti nak jugak dengar deruan ombak di pantai ... so .. kita orang target hotel Langkasuka .... tapi bila kat jety tuh bila agent Hotel approach dia kata kalau nak budget sikit dia suruh duduk kat this Hotel. Hotel nih baru di refurbish ... aku tengok not bad coz.. dekat ngan pantai .. kat Pulau Cenang after nego (lagi) dapat satu malam untuk Family room (2 King Size Bed) and satu room biasa 1 bed. Both cost us RM120.00 each and kalau kali 2 malam . RM480.00
Makan .... rrrr ... untuk makan macam ada terlebih sikit sebab cita-cita Nabilah nak bawa opah ngan atuk dia makan malam kat Hotel dan cita-cita aku dan hubby nak duduk bermalam kat Awana Porto Malai .. so kita orang singgah makan jer kat Awana Porto Malai ... itu kredit card ... cukup bulan bayar secara ansuran.. (heheh makan pun boleh hutang kaa....)
Kalau makan tengah hari kita orang makan kat gerai-gerai biasa.. lebih kurang semua sekali dalam RM100.00 ada kot... (itu pun boss besar bayar - Mak ngan Ayah belanja)
Ok semua settle. Semua perbelanjaan kita orang secara basicnya berjumlah
RM1,119.00
Shooping tak masuk dalam budget. Kalau ada lebih baru boleh jolly, so aku cuma beli souvenir untuk orang lain dan alhamdulillah aku masih lagi dapat mengawal nafsu aku yang sedang meronta-ronta .. aku hanya mampu pandang sambil sekali-sekala amik tissu lap air liur yang dah meleleh-leleh keluar .... arghhhh ....
So.. kepada ahli jawatan kuasa project - aku dan hubby (sound effect - bunyi orang tepuk tangan) .. diucapkan taniah sekali lagi kerana berjaya bercuti dengan seminima yang mungkin (kira boleh tahan la kali nih - sebab ada jugak percutian kita orang yang tak makan kat luar bawak dapur masak sendiri...) dan tidak lupa juga kepada ad hoc-ad hoc macam Pak Supir kita orang.. (kawan hubby aku yang sudi menghantar dan mengambil kita orang dari rumah ke Central) dan semua ahli keluarga yang sudi menghulurkan sedikit bantuan kepada kami ... dengan ini aku menumumkan satu jawatan kuasa khas akan diwujudkan untuk project kami yang akan datang ... dijangka ramai yang akan turut serta menjayakan project kami ini akan datang ...
Akhir kata sebagai penaja rancangan... pengurusi majlis .... Setiausaha project .. bendahari dan merangkap semua sekali jawatan (gila kuasa) ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan Selamat Berjaya untuk rancangan-rancangan untuk masa-masa akan datang ....
No comments:
Post a Comment