nasihat utk manfaat kita semua...
Sumber rujukan : La' Tahzan - Jangan Bersedih
Penulis : Dr. Aidh Abdullah Al -Qarni
Menurut Al Qarni beliau tidak pernah menuntut haknya dan membalas secara lisan terhadap tekanan dan kritikan.Sangkaan bahawa membersihkan diri drp tekanan dan kritikan dapat mengembalikan hak dan anggapan ,sebenarnya silap kerana ia akan menimbulkan
kerenggangan dan api permusuhan. Nasihat Al-Qarni ialah memaafkan, menganggapnya tidak pernah berlaku ,sabar, tabah dan menutup telinga dan mata terhadap semua yg berlaku. Yakinlah ajaran dari wahyu Allah:
'Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah( jangan di hiraukan) org2 yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)'
Surah Al-'araf:199
Tolaklah (kejahatan yg di tunjukkan kepadamu) dgn cara lebih baik,apabila engkau lakukan demikian maka orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib'
Surah Fushshilat:34
Justeru sekiranya kita mendengar kritikan kerana dengki jangan terburu-buru membalas, anggaplah mereka bercakap dgn benda mati. Pujian pula bersikaplah seolah-olah kita tidak mendengar.Ingatlah , Orang yg melakukan kebaikan , tidak akan menyesal sekalipun sangat banyak kebaikan yg telah di buatnya sebaliknya ia akan menyesal apabila berbuat salah, sekalipun hanya satu kesalahan kecil.
Kalangan salaf pula menasihati kita supaya memiliki ketabahan hati kerana ia akan menguburkan segala aib.
Wallahu alam
Aku dapat tazkirah nih dari e-mail untuk renungan besama ....
No comments:
Post a Comment