Tuesday, April 22, 2008

Aku sibuk lagi dengan ...

Lately nih aku memang sibuk.. busy ... memang betul kerja-kerja aku yang sudah semakin tertunggak itu perlu dilaksanakan segera ... tapi bukan itu sebab utama aku meninggalkan activity harian aku ... bukan disebabkan itu semata-mata.. enah kenapa aku sanggup untuk mempersetankan kerja-kerja dipejabat yang semakin menyerabutkan kepala ....

Memang banyak activity-activity rutin aku, aku tinggalkan begitu sahaja... aku tidak lagi singgah ke blog-blog politic yang membakar semangat juang aku. Aku tidak lagi mencari info-info menarik untuk aku sumbatkan ke dalam blog kesayangan aku ini.. aku tidak lagi mencari lagu-lagu sedap untuk dijadikan halwa telinga .. atau tidak lagi membaca nukilan-nukilan kelakar menghibur hati... aku juga telah lama menganak-tirikan Friendster yang kononnya dapat mengumpulkan kenalan dan mencari rakan-rakan lama...

Entah .. aku sendiri pun tak tahu kenapa... kenapa aku boleh tingalkan kesemua activity harian itu.. biasanya .. ruang yang sedikit itu aku gunakan dengan sebaik mungkin untuk activity harian aku ... kenapa ya ... aku pun jadi semakin pelik.. aku semakin hilang punca... aku sudah jadi seperti bukan aku.. kalau dahulu aku memang tidak mahu langsung melibatkan diri dalam dunia yang aku ceburi sekarang ini.. tapi aku sudah semakin ketagih... ketagih mencari rakan-rakan seperjuangan sewaktu sekolah rendah.. sewaktu sekolah menengah... rakan-rakan di college ... dan rakan-rakan mencari rezeki....

Aku sekarang sibuk.. aku memang sibuk.. aku semakin adicted.. ketagih... aku semakin attached jiwa aku seolah-olah semakin sebati... sebati dengan FACEBOOK... huhu .. fulamak kelakar laaa... lu jangan gelak lak.. kalau dulu gua kutuk tapi sekarang ... gua sudah ada facebook..??? hahah ... gila laaa...

No comments: