Tuesday, April 8, 2008

Sambal Telur Rebus

Lagi laa resepi .. gambar sambal telur rebus nih dah lama aku amik.. cuma tak dek masa nak type resepi dia.. nih dah ada kat rumah nih boleh jugak laa aku bagi resepi Sambal Telur Rebus nih.




Yang mesti ada

Telur Rebus (biasanya masakan nih aku masakn masa tengah orang kawin banyak sampai telur rebus orang kawin nih dan tak temakan lagi dah)
Bawang putih dalam 3 bijik
Bawang merah dalam 3 biji jugak (agak-agak laa ek - aku selalu masak main masuk jer)
Bawang besar 1 bijik
Cili kering yang dah diblender
Asam jawa

Tumis bawang putih dan bawang merah yang dag di tumbuk / blender. Bila dah garing sikit masukkan cili. Goreng sampai pecah minyak... atau sampai dah nampak garing. Masukkan garam dan gula. Masukkan pulak air asam jawa. Kacau sampai rasa-rasa dah masak masukkan telur rebus tadi. Owhhh.. telu rebus nih korang boleh jugak goreng dulu macam dalam gambar atau oleh jugak masukkan tanpa goreng dulu.. mana-mana pun sedap jugak. Last sekali masukkan bawang besar.. bila bawang besar dah layu angkat dan boleh laa makan.

No comments: