Tuesday, April 8, 2008

Apa nasib anak pintar ini ...


Beberapa hari ini negara dikejutkan lagi dengan berita pelajar pintar Mathematics yang telah menceburkan diri secara professional daam bidang pelacuran. Hancur luluh semua umat Islam melihat apa yang telah terjadi kepada Sufiah Yusof.

Suatu ketika dahulu negara seolah-olah berbangga dengan kehadiran insan istimewa yang begitu genius dalam bidang matematics. Seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Melayu Islam - berusia 13 tahun, telah diterima memasuki university terulung di dunia - Oxford University United Kingdom. Masyarakat Malaysia tumpang gembira dengan pencapaian itu.

Sufiah Yusof dari seorang yang bergelar Mathematics Genius kini telah bertukar menjadi pelacur yang boleh dianggap berjaya. Dalam Laporan online News of the World (30 March 2008) Sufiah menjalani kehidupannya sebagai pelacur berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan. Difahamkan Sufiah menawarkan perkhidmatan seks melalui internet dengan kadar £130 (RM828.99).

Cuba lihat kisah penuh Sufiah Farook dan pengakuannya...

Aku sedih.. sedih mendengar berita-berita mengejutkan sebegini. Tapi apa yang kita ,mampu lakukan. Tak perlu menyalahkan sesiapa. Tak perlu menundingkan jari kepada sesiapa. Bagi aku bukan masa untuk mempersalahkan sesiapa. Apa yang perlu kita lakukan adalah cuba membawa balik Sufah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Berdoalah agar Sufiah bertemu dengan petunjuk Ilahi dan bertaubat.

Aku faham, bukan mudah untuk menjadi Sufiah.. kanak-kanak perempuan yang terlalu dikongkong agar cita-cita dan harapan keluarga menjadi kenyataan. Siapa yang tidak mahu anak-anak mereka menjadi seorang cerdik pandai dan berjaya. Tapi mungkin cara mereka tersilap di suatu sudut. Mereka mungkin.. ya aku ulang mungkin kerana aku sendiri tidak tahu cerita sebenar keluarga itu. Mungkin kedua ibu bapa Sufiah hanya memandang pada sudut dunaiwi sehingga lupa kepada aspek kerohanian dan keagamaan.

Itulah yang kita takutkan.. takut hanya berpandang pada suatu aspek sehingga lupa bahawa kita bukan selamanya hidup didunia. Hidup ini bukan hendak menongkah langit. Hidup kita biarlah sederhana dan menjadi umat yang berada ditengah-tengah (ummahtan wasatan). Biarlah kita cemerlang di dunia dan di akhirat. Itu baru sempurna. Hidup kita lebih lama di sana.. di alam akhirat sana.

Dari pandangan psychology aku rasa mungkin juga ritihan hati dan emosi Sufiah menyebabkan dia jadi begitu. Pada ketika itu Sufiah merupakan pelajar termuda yang berjaya memasuki University Oxford. Mungkin betul kepintarannya begitu menonjol tetapi emosi dan tingkah lakunya masih lagi keanak-anakan. Dia masih mahu bermain dengan patung-patung Barbienya dan bersama berlari-lari dipadang permainan. Tika dia sedang mentelaah pelajaran di Oxford kanak-kanak lain sedang asyik bermain. Mungkin baginya tidak adil. Hati dan perasaan anak kecil itu mungkin telah lama memberontak dan apabila gangguan emosi ini berlaku anak-anak ini akan mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif. Mungkin juga dengan hatinya yang kosong itu dia telah terikut-ikut dengan budaya-budaya kafir di luar sana. Walluhualam.. itu cuma tekaan minda aku sahaja.

Pengakuan ikhlasnya juga tersiar apabila dia buat pertama kalinya hilang dari University. Kedua ibubapanya menyatakan ada yang tertarik dengan kepintaran Sufiah dan cuba menculiknya. Dan bukti tekanan emosinya telah di catatkan dalam nota ringkasnya dengan menyatakan kehidupan bersama bapanya adalah seperti "neraka".

Terbukti emosinya tertekan. Inilah penyakit zaman sekarang yang terlalu atau terlebih-lebih mendidik anak-anak. Mereka mahu anak-anak mereka menjadi golongan genius tanpa memikirkan capability anak itu sendiri. Ini lah yang terjadi kepada ramai kanak-kanak yang membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaannya mereka yang tidak sampai ketahap yang sepatutnya. Contohnya apa yang terjadi pada salah seorang kanak-kanak India yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam UPSRnya baru-baru ini.

Memang benar semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka cuma jangan sampai keterlaluan. Jadikanlah kisah Sufiah ini sebagai pengajaran paling terbaik pada diri kita. Berilah anak-anak kita peluang untuk menikmati kehidupan sebagai manusia sebenar. Menempuh semua fasa-fasa kehidupan dengan tenang dan gembira.

Dan kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang pintar atau genius, contoh yang paling nampak adik Adi Putra, selitkanlah aspek-aspek keagamaan kepada mereka. Anak-anak genius ini juga adalah pemberian Allah yang paling berharga. Memang benar mereka ini tidak dapat disamakan dengan mereka yang mempunyai IQ pada tahap biasa. Mereka perlukan perhatian dan pembelajaran yang khusus untuk mereka kerana itulah keistimewaan yang ada pada mereka. Jangan dipersia-siakan pemberian Allah itu. Mereka ini boleh menjadi asset kepada ummat Islam jika dirancang secara rapi. Mereka perlu didik dengan teratur disamping penghayatan Islam yang sebenar. Bantulah mereka dengan didikan yang paling sempurna dan sejajar dengan perkembangan IQ mereka.. Mereka umpama permata yang bergema lapan.. tempatkan lah mereka ditempat yang sepatutnya. Gilaplah ia sebaik mungkin agar cahayanya terus bersinar menerangi bumi ciptaan Allah ini.. dan mampu menjadi khalifah yang sempurna membantu makhluk Allah yang lain. Insya Allah mereka akan berjaya di dunia dan di khirat.
Anak itu umpama kain putih. Ibu Bapalah yang bertanggungjawab mencorakkanya. Samada dengan corak yahudi, majusi, nasrani, ataupun corak islam.

No comments: