Monday, April 7, 2008

Welcome to the blogsphere ....

Nampak gayanya selepas tsunami politik 2008 kali nih ramai yang menyedari kepentingan ber'blog'. Sekarang nih lebh ramai lagi ahli-ahli UMNO yang turut menyuarakan pendapat mereka di laman-laman blog mereka. Mungkin mereka baru tahu betapa pentingnya suara-suara rakyat yang berpendidikan ini menyampaikan maklumat dan berbincabg secara ilmiah melalui media-media canggih selain dari TV dan surat khabar yang dikira kolot dan berat sebelah.

Kalau dulu suara blogger diperlecehkan, dipemain-mainkan malah diperatawakan oleh ramai pihak.. kini tidak lagi. Oleh kerana media canggih elektronik ini lah maka berakhirlah zaman kemegahan UMNO dan kebongkakkan mereka memerintah dunia Malaysia ini.

Dan dengan kecanggihan laman-laman web inilah ramai anak-anak muda yang bangkit dan berfikir secara rasional apa yang betul, apa yang salah dan apa yang mereka sepatutnya lakukan sebagai anak Malaysia.

Dan sekarang ramai pulak dikalangan orang-orang UMNO yang sudah turut serta menggunakan laman web sebagai alat pengantaraan antara mereka dan rakyat.. ini satu tindakan yang amat perlu dipuji. Kalau dulu bloggers di templak, disekat dan ramai juga ditangkap kerana berfikiran terbuka dan menghamparkan pendapat. Tetapi sekarang ramai dari mereka yang telah semakin meng'halal'kan bloggers ini. Syukurlah.. mungkin mereka sudah semakin mengerti.

Cuma apa yang diharapkan agar mereka dapat menggunakan alat media ini dengan sebaik mungkin. Jadikan laman web ini sebagai satu alat untuk perkembangan mental, rohani dan jasmani. Anggaplah segala macam kritikan dan cadangan itu sebagai sesuatu yang positif dan membina.

Nih antara muka-muka yang baru berkecimpung dalam dunia blog....

Khir Toyo (http://www.drkhir.blogspot.com/)
Ali Rustam (http://mohdalirustam.blogspot.com/)
Raja Ahmad Zainuddin (http://www.rajaahmadzainuddin.blogspot.com/)

Pergilah lawat laman web mereka jika ada masa dan kalau rasa ada kemusykilan boleh tanya secara terus.. sebab pada kebiasannya memang susah nak hubungi Dato' dato' nih bertanya soalan...

Let them feel the power of the Blogsphere ... heheh ...

No comments: