Semalam sedang aku duduk berehat-rehat menghabiskan waktu berpantang aku.. tiba-tiba terdengar suara jeritan dan bunyi yang kuat seakan-akan ada benda jatuh.. aku bingkas bangun. Dalam perjalan aku ke muka pintu, aku hanya terbayangkan pekerja-pekerja contract Indonesia sebelah rumah aku yang mungkin menerima kecelakaan. Ya neighbou aku yang sedang renovate rumah itu mungkin detik hati aku... aku benar-benar pasti apabila jeritan itu tidak berhenti lagi...
Hati aku betul-betul bedebar.. aku takut ada apa-apa kecederaan teruk menimpa mereka. Aku lajukan langkah kaki aku walaupun sedikit sukar kerana bengkung yang aku pakai melitupi bahagian punggung dan peha mengakibatkan langkah aku perlahan...
Sangkaan aku meleset sungguh ... tiba-tiba badan aku menjadi sejuk... aku terpaku.... aku benar-benar terkejut dan beristigfar panjang apabila melihat dua kanak-kanak kecil terperusuk dibawah jip. Astaghafirullahilazim .... inalillahiwainnalilahilazim ... badan aku terus menggigil ...
Dua kanak-kanak kecil.. anak kepada neighbour aku telah dilanggar sendiri oleh ayahnya.... ya Allah jerit aku.. aku terpaku lagi.... aku tak tahu macam mana nak menolong.. aku tidak mampu... aku hanya mampu melihat.....
Aku melihat mereka menarik kedua-duanya keluar dari bawah kereta.... Aku mula menghela nafas lega apabila kedua kanak-kanak tersebut bangun dan berdiri. Mungkin yang seorang tuh parah sedikit.. dia dipeluk erat oleh orang gajinya... ada sedikit kesan darah di bahagian kaki dan mungkin tangan... tapi aku pasti tiada apa yang luar biasa.. mungkin luka-luka kecil...
Aku lihat muka si ayah yang penuh kesal... Allah.. jeritnya kuat... di angkatnya basikal anak-anaknya itu dan dibuangnya jauh... di suatu sudut dirumahnya dia merenung jauh .. wajahnya penuh sesal dan sedih.... atau mungkin bersyukur kerana tidak ada apa-apa kejadian yang tidak di ingini... sesekali aku lihat dia menggeleng-gelengkan kepala.. dan sesekali di beristigfar... dia tunduk .. dan kali ini ada titis-titis air mata.... tangisan seorang ayah mungkin....
Entah lah.. aku sendiri tidak melihat secara penuh kejadian tersebut.. tapi yang aku tahu.. ayahnya sedang mengundurkan kereta tanpa menyedari anak-anak mereka sedang bermain basikal atau mungkin sedang mengayuh untuk pulang kerumah kerana pada masa dan ketika itu hujan secara tiba-tiba turun dengan lebat. Si Ayah pula hendak cepat dan mengundurkan keretanya dengan agak laju sedikit daripada biasa...
Alahamdullillah tiada apa yang mencemaskan.. mujurlah orang gajinya sempat menjerit mengarahkan si ayah memberhentikan kereta... kalau tidak entah laa...
Ini lah dikatakan ketentuan Ilahi .. kalau tidak sampai waktunya lagi, tidak mungkin Dia mengambilnya sewenang-wenangnya . sepetang itu aku muhasabah diri...apa sahaja yang dilakukan oleh Nya adalah yang terbaik... mungkin tidak bagi kita tapi itulah yang terbaik sebenarnya... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...
1 comment:
Ish Ish... seram sejuk aku baca cerita ko ni!! Nasib baik takder apa2 yg berlaku kat bebudak tu! EEii hati2 lah kalau undur kereta tuh! Pengajaran kat kita jugak tu
EE
Post a Comment