Kali ini aku banyak membaca hal tentang Qada dan Qadar dan sebagaimana post aku terdahulu mengenai ketentuan Ilahi yang mungkin pada kita pedih tetapi bagi Allah ia merupakan yang terbaik untuk kita...
Atau ia mungkin juga ujian yang paling setimpal dengan kesanggupan kita sebagai manusia. Aku ingat lagi kata-kata salah seorang ustaz aku dan juga ahli keluarga aku sendiri... katanya Allah tidak akan menguji sesiapa yang tidak sanggup menerima ujiannya.. Sesiapa yang telah diuji itu adalah mereka yang telah terpilih menerima ujian itu.. mereka antara yang paling tabah dan pasti yang akan berjaya menerima ujian Allah itu.... memang sesungguhnya Allah itu maha mengetahui...
hmmm... entah kalau diingat-ingatkan memang betul .. tapi sebagai manusia biasa, untuk tabah menghadapinya mungkin agak sukar pada peringkat permulaannya...
Aku tertarik dengan ulasan Dr. Aidh dalam tajuknya Jangan Bersedih, setiap yang berlaku adalah Qada' dan Qadar ...
Allah s.w.t, berfirman, ertinya:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah : 216)
Dr Aidh menjelaskan bahawa sesuatu itu pasti akan berlaku sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Ilahi dan dengan izin dari Allah. Jika sesuatu itu tidak diizinkan Nya pasti ia tidak akan terjadi walau apa pun usaha yang dilakukan.
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"
(Surah Al-Hadid : 22)
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah: 155)
Dalam satu hadis juga ada menyebut...
"Alangkah peliknya keadaan orang mukmin itu. Semua perkara adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur maka itu menjadi satu kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar maka itu juga menjadi sesuatu kebaikan baginya. Dan ini hanya akan berlaku pada orang mukmin"
Maka ingat lah setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kamu semua. Pasti setiap apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Lihat lah segala apa cubaan, dugaan dan ujian itu sebagai sesuatu yang baik. Berfikiran terbuka dan senantisa berfikiran positif, nescaya akan Allah kurniakan sesuatu yang terbaik selepas itu.
Sabda Rasul Allah dalam salah satu hadith sahihnya :

"Allah tidak menentukan satu qadha bagi hambanya kecuali qadha itu baik baginya"
No comments:
Post a Comment