Freud kata mind is just like an iceberg...only 10% of an iceberg is visible (conscious) whereas the other 90% is beneath the water (preconscious and unconscious)... betul ke ??? entah check it out....
Thursday, June 26, 2008
Syukur Alhamdulillah ..
Aku memang dah tak boleh cuti.. kalau aku cuti dan barang-barang kat platform tak sampai silap-silap aku akan cuti for the whole of my life.. kebetulan pulak masa-masa nih laa platform company aku nak buat shutdown... dan aku memang pelik dengan company nih sebab dah tahu nak buat shutdown bulan August baru nak order barang .. aku cakap bodo kang marah .. so aku rasa perkataan yang lebih baik sikit is.. kurang cerdik...
Rrrr.... Shutdown nih maknanya dia org akan berentikan segala production (pengeluaran minyak) dalam satu hari untuk kegiatan maintenance atau mengganti segala macam peralatan yang dah rosak atau nak service segala peralatan supaya minyak yang akan disedut keluar tuh akan semakin banyak productionnya.. hmm susah laaa nak explain... sorry - sorry citer benda-benda yang tak dek kena mengena ...
Dalam pada tak puas hati dan sedikit rasa bersalah kat Nabilah pagi tadi.. aku pun pergi laa melangkahkan kaki aku ke tempat kerja cam biasa. Berat mata aku memandang dia tadi.. mungkin hatinya penuh berharap agar aku turut serta dalam upacara ... upacara mengambil report card (cam tak best jer bunyik). Kereta aku meluncur laju ke KLCC.. walau hati akau masih lagi terkenangkan dia...
Dan bila aku nak parking kat office aku tuh tetiba ada SMS dari hubby. Aku bukak cepat-cepat.. aku risau.. aku takut.. macam-macam benda berlegar-legar dalam fikiran aku.. tetiba..... aku jadi betul-betul teharu ... aku jadi suka dalam sedih.. tawa dalam tangis... aku betul-betul tak sangka .. aku jadi kagum.. aku jadi kaget... Ya Allah... tuhan aja yang tahu perasaan hati aku ...
Aku tatap lagi SMS tuh.. NO 1....yeaaahoooooo...... Nabilah dapat No 1... no 1... no 1... Alhamdullilah ... rasa seperti satu kepuasan bagi aku... terus rasa betapa segala pengorbanan selama ini berbaloi... heheh (cam drama laa plak..)
Sebenarnya bukan apa ... seumur hidup aku masa aku belajar dulu.. tak pernah sekali pun aku dapat no 1... itu jer yang buat aku betul-betul terharu tuh... shhhh .. korang jangn laa pegi cakap kat anak-anak aku plak... hidup sebagai seorang parents mesti jadik yang paling terbaik supaya anak-anak boleh kagum dan teruja sikit...
Anyway.. Congratulation to Nabilah dan semoga kejayaan ini akan beterusan selama-lamanya... dunia dan akhirat... ameen...
Wednesday, June 25, 2008
Kami tak larang pakai gincu - MPKB
Oleh ZAKI SALLEHzaki.salleh@kosmo.com.my
SEORANG gadis menunjukkan pekeliling arahan cara berpakaian bagi Muslimah yang dikeluarkan MPKB-BRI di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - Bandar Raya Islam (BRI) menjelaskan ia tidak pernah melarang golongan Muslimah di bandar itu memakai gincu.
Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat.
Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI.
"Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu.
Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang.
Menurut Azman, arahan tersebut turut membabitkan pemakaian tudung dan pakaian yang sopan.
Katanya, sejak dua tahun lalu, MPKB-BRI memperjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai khususnya golongan wanita muda beragama Islam melalui kempen Cakna Anak Muda dan hasilnya amat positif.
"Mesejnya jelas iaitu untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini seperti rogol dan jenayah seksual yang kerap menjadi ancaman wanita," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya lagi, Muslimah yang bekerja mengendalikan peremis makanan dan bukan makanan juga tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
Arahan tersebut termaktub sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.
23/06/2008 3:32pm
KOTA BHARU 23 Jun – Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
``Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
Monday, June 23, 2008
Berbasikal ... tak kira sapa...
Assalamua'laikum to all.,
Alhamdulillah kami memulakan hari ni dengan basikal ke Parlimen. Saya, Tian Chua (Batu), Gobala (Pdg Serai) & See Hoy Chen (PJ Selatan) mengayuh dari Bank Negara ke Parlimen. Dari situ ke Parlimen mendaki bukit. Boleh tahan jugak nak mengayuh ke Parlimen. Berpeluh ketiak.
Saya cabar PM & MP Be End yg beriya-iya sangat mempertahankan dasar memiskinkan & menyusahkan rakyat untuk bersama kami menaiki basikal. Rasalah bagaimana rmenderitanya rakyat yang difakirkan dengan dasar yang menyusahkan ini. Kalau Be End nak rakyat hidup susah maka pemimpin Be End kenalah rasa hidup susah dahulu. Cakap mesti serupa bikin.
Semasa sahabat mengadu kelaparan kepada Rasulullah dengan mengikat perut masing-masijg dengan seketul batu..Rasulullah menjawab yang Baginda juga kelaparan dengan menunjukkan perut Baginda yang diikat dengan dua ketul batu..ini namanya kepimpinan melalui tauladan. Saya tengok pemimpin Be End hidup mewah..membazir. Tengok saje perlantikan 3 Penasihat Lapuk Be End yang dibayar gaji berjumlah RM1.15j setahun tanpa buat kerja.
Hari ni akhbar melapurkan gaji CEO/MD's GLCs yang gaji mereke menjangkau jutaan setahun. Kita didedahkan dengan kroni-kroni Ameno yg penerima anugerah APs yang hidup terlalu mewah..ada yg memiliki beberapa helikopter/ jet peribadi. Kita dimaklumkan betapa jutaan ringgit dibazirkan dengan perayaan & pesta yang tak diperlukan rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara memperincikan betapa pembaziran yang dilakukan oleh Be End.
Adakah pemimpin Be End tidak berasa malu dengan sikap kepura-puraan mereka.. Atau apakah pemimpin Be End tiada perasaan kemaluan lagi..adios
Zulkifli Noordin
Ayam goreng ...
Sunday, June 22, 2008
Mee hailam
Mee kuning
Carrot, Bunga kobis, Putik jagung, Batang Saderi, tomato
bawang putih
halia
udang, sotong, ayam, daging, fish ball
air rebusan (kalau ada kalau tak ada belasah guna paip jer heheh)
Thursday, June 19, 2008
Happy Father's Day Ayah ...
Happy Father's Day ... to my Ayah ...
Terima kasih atas segala apa yang telah di curahkan ... Itu aja yang mampu aku ucap kan... Terima kasih atas segala pengorbanan... susah payah .. dan segala macam dugaan membesarkan kami untuk kesenangan kami dunia dan akhirat ..
Terima kasih ayah .. kami semua sayang ayah ...
Wednesday, June 18, 2008
Malaysian should read this... it's a MUST....
Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy
18 06 2008
Last night, Hassan Marican appeared on National Television willingly to bare all about Petronas. Unfortunately, the only answer he should have gave last night to those stupid panels (and moderator) was “Bloddy hell, what a stupid question! Go and **PAKLAH** yourself la!” but he remained calm though.
Most probably the instruction was to grill him as though the increase of fuel prices is all Petronas faults.
Meanwhile, Last week, before leaving for Dubai, Dato’ Husam Musa called for a Press Conference to reveal all the facts and to justify his claim that it is not necessary for the government to increase fuel prices. It is also to give his insights on how actually it is possible to reduce the fuel prices.
Unfortunately, none of it ever came out in the mainstream papers although we have about 30 journalist and broadcaster packing the small office. The TVPAS reporter came ten minutes later and arrogantly left the room because the session already started. As a result, the session goes unrecorded. It was a total blackout on what was said and PAS official organ too play a role in it.
I have written in this blog all the facts and have published the figures to justify the claim where many are more interested to use rhetoric and to show the slimy strength by demonstrating and cause misery to the already much affected taxi drivers and shoppers in KL.
To some politicians, it is easier to get your photos and story published in newspaper by behaving like hooligans in public places yet when you got the chance to speak up, only buckets of nonsense do come
Today I will continue with my essay and we will discuss how it is possible to reduce the price of fuel prices and to put a stop in the already escalating cost of living.
Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar
Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.
Hakikatnya adalah,
• Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.• Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.• Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.• Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.
Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.
Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007.
Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,
Berita Selanjutnya ... perlu baca untuk pengetahuan
Kikdefella ... Gua salute sama lu laa bib... really outrageous info... congratulation and thanks again ..
100 Hari Kerajaan baru Selangor...
Dijangkakan 100 ribu orang akan memenuhi Stadium Shah Alam sempena 100 hari usia Kerajaan Baru Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim pada 20 Jun 2008 di Stadium Shah Alam.
Pegawai Khas MB Selangor mengesahkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan berucap, MB Kedah Dato’ Azizan Razak akan berucap, CM Lim Guan Eng akan berucap. Salain itu 3 pemimpin Parti Pakatan Rakyat, Tuan Guru Haji Hadi, MP Lim Kit Siang dan MP Datin Wan Azizah dijangka akan membuat satu deklarasi bersama pada malam itu.
Mari beramai-ramai datang sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan prihatin, bersih, dan berkebajikan Selangor.
Tan Sri Khalid akan memberi ucaptama yang dijangka akan melegakan rakyat Selangor.
Program akan bermula pada 7.30 malam dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat di perkarangan Stadium dan akan diteruskan didalam stadium dengan ucaptama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, di ikuti ucapan oleh lain-lain pemimpin utama Pakatan Rakyat.
Monday, June 16, 2008
The Largest Petting Zoo In Malaysia
Operating Time
Open DailyWeekdays - 11am - 6pm(Close on Tuesday)
Public Holidays, School Holiday & Weekends - 10am - 6pm
Entry Fee
Adult - RM22
Children (3 - 12 years old) - RM16
(Free entrance for children below 3 years old)
School Package Entry Fee
Adult- RM23
Children (3 - 12 years old) - RM18(Free entrance for children below 3 years old)
You can visit all our animals, pet them and get to feed them as well! Ask our friendly caretakers for assistance.
Gmbar-gambar di atas kebanyakannya di ambil sendiri oleh anak aku Nabilah sempena nursery trip dia ke Petting Zoo Sunway Lagoon.. My hubby bagi dia bawak digi cam dan suruh dia amik sendiri gambor-gamboe kat sana ... any way digi cam tuh pun dah jadik milik dia sekarang since we are planning to have another one latter ...
hmm.. not bad jugak gambar-gambar yang dia amik ...heheh .. meluntur buluh biar dari rebung ...
Nayli's First kindergarten Trip ..
Nayli punya first trip ke Petting Zoo - Sunway Lagoon... and as usual aku plak yang gelabah.. dari malam lagi aku dah prepared all the necessary items yang dia perlu bawak. Ada list yang teacher bagi ..barang-barang yang perlu ada dalam small bagpack dia ialah .. air minum, baju spare, cap, small towel ..dan any medicine kalau dia ada sakit...
Risau jugak.. mana idaknya.. Nayli baru jer 3 tahun 9 bulan dah ada trip ngan kengkawan, Kakak pulak duk bas lain.. she will be in a different group. Tak duduk sekali dan tak jalan sekali ...
Manalah tahu dia nak buang air ker.. dia penat ker atau dia sakit kaki ker.. atau terlalu panas ker.. dia nak tidor ker .. macam-macam laa yang aku duk fikir.. kesian nya.. kecik-kecik dah kena buat semua sendiri-sendiri ..heheh ..padahal budak tuh tak ada apa-apa pun.. rilex jer ...
Anyway.. aku rasa it's really a good experience for her (and for me yang duk risau tak tentu pasal kat umah).
Congratulation to the school teacher - Montessori of Putra Perdana Instegrasi Development Centre, Putra Perdana, Puchong Selangor.
Saturday, June 14, 2008
Lagi gambor demo ..
Malaysians recite prayers during a protest in the city of Kuala Lumpur, June 13, 2008.
Gambar perhimpunan semalam ..
The seemingly small number of police and fru officers and the absence of any heavy artillery was glaring.
Lagi banyak gambor kat sini ..
Perhimpunan di KLCC dibatalkan???
"Tak dek apa pun.. mana nih .. aku memang tak boleh sabar dah nih.."
Aku sempat turun sekejap ke bawah nak menjengah kekalau perarakan Kampung Baru sudah sampai di KLCC.. aku hampa.. ish tak boleh jadik nih ....
Aku tanya lagi.. latest info aku baru tahu jam 4 petang...Mereka kata mereka di sekat di SOGO.. jalan dah kena block.. tak boleh nak lepas. So.. dia orang just tunggu dan buat demo kat situ jer ... tukar plan.. Kata mereka lagi, ramai.. memang ramai yang turut serta ... penuh jalan-jalan kat SOGO nih ....
Adush.. frust menonggeng-nonggeng betul leerrr ... tak dramatik sungguh hari aku hari nih.. aku ingat boleh join demo ...
Nah ini serba sedikit yang aku dapat dari Harakah pagi tadi ..
Himpunan aman amaran awal rakyat pada PM
Saidah Hairan| Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Jun 14, 08 | 7:06:43 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar. Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut. Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut. Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan. Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?" Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut. Sila Click sini untuk berita selanjutnya ... |
Esok Fathers day laaa...
Fathers Day across the globe is celebrated at different times of the year in different countries.
Fathers Day is celebrated on more than nineteen different days of the year.
While the Father Day celebrations take place in Germany on Ascension Day, it is celebrated on the last Sunday of September in Australia and New Zealand.
Austria, Ecuador, Belgium usually celebrates Fathers Day on the second Sunday of June.
The second Sunday of August brings Fathers Day for Brazil and the second Sunday of July is Fathers Day in Uruguay.
The day most widely chosen by a number of people, remains to be the third Sunday of June.
Among the countries celebrating this day are USA, Switzerland, France, UK, Greece, India, Argentina, Cuba, Malaysia, and more.
As in all other years, Fathers Day 2008 will also be held at different times of the year across the other parts of the globe. In Australia and New Zealand, Father Day 2008 will be celebrated on the first Sunday of the month of September and going by the exact dates, it will be on 7th September.
There is no day, hour or date to honor, respect and shower love for the person who means the most to us and who all his life has selflessly cared for our happiness. There need not be any specific date or time to say how important he is, but at the same time, a specific date certainly highlights the point of concern and gives us a special opportunity to make him feel special as he makes ‘us' feel every single moment.
Although the days that are celebrated as Fathers Day across the globe are far too many in number, interestingly and understandably enough, the Father's Day celebrations are celebrated largely on Sundays since the daddies compulsorily have employers or employees to take care of and therefore the best day to shower him with gift is the day on which he doesn't work. If you still have not decided upon the celebrations, you must remember that it is just round the corner.
Thinking of what to give? No matter which part of the world you are residing in, you can always present him with a bag of goodies or other material possessions, but a tight hug and a sweet kiss to tell him "you are there for him", will surely make his day and make you feel more proud of having "The Best" father in the world. So be a part of the Fathers Day celebrations across the globe this year and take your dad on cloud 9.
Alamak aku lupa nak link kat mana aku cut and past article nih ... sorry ek ...
Friday, June 13, 2008
Hari ini perhimpunan besar besaran ...
Sekarang nih jam gua dah tunjuk pukul 2.00 pm .. semua tempat kat KLCC nih dah kena kepung .. dia orang takut kekalau ada apa-apa yang berlaku kat KLCC ...Ramai polis-polis Melayu kita yang dah berjaga-jaga dari pukul 12 tengah hari tadi...
Aik.. tak sembahyang Jumaat ker abang polis...???
Monday, June 9, 2008
Sagu makan dengan susu cair dan air gula...
Resepi Kepak Ayam BBQ ..
Resepi ayam nih aku amik dari blog Resepi Diana ...
KEPAK AYAM BBQ
24 keping drumstick ayam
Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire (carik kat kedai - ada macam-macam brand cam Lea and Parin, Maggie dll)
9 sudu besar madu
250 gram gula perang (aku tak letak pun sebab madu tuh dah manis)
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya
Cara-caranya
Atur kepak ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.
Kepak dan drumstick kali nih memang best ...
Untuk udang dan lamb chop macam hari tuh aku masak gek ...
Udang - Butter + bawang putig perap
Lamb chop - Cam biasa rempah Black Pepper Maggie
Ikan..
Serai
Bawang putih & bawang merah
Halia
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
sikit sos
sos Worchestershire
Garam
Blend semua perap dan balut dengan aluminium foil.
BBQ lagi...
Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku buat BBQ.. atas alasan apa.. hmm let me see.. apa alasan aku kali nih ek.. birthday lambat lagi... aniversary .. belum lagi abis tuh aku buat makan-makan sempena apa ek...??? Ok ok aku dah tahu.. aku buat celebration sebab minyak petrol naik.. dari berbelanja lebih untuk petrol lebih aku belanja korang makan ... boleh...???
Friday, June 6, 2008
Naik
FAKTA PETRONAS: Mahathir & Hassan Marican Memberi Kenyataan Yg Mengelirukan!
FAKTA PETRONAS: Mahathir & Hassan Marican Memberi Kenyataan Yg Mengelirukan!Dilulus terbit pada Friday, June 06 @ 10:27:32 MYT oleh reformis Oleh 729noisa"
Tun Mahathir berkata sejak tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100 Beliau turut menegaskan hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih. Dengan itu kerajaan dilimpahi dengan duit RM 70 bilion!
Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus! Kedua-dua tokoh penting ini berkatakan sesuatu yang sudah berlalu tiga tahun lalu tetapi memberikan fakta nombor yang seakan-akan berlawanan! Menarik bukan jika memikirkan fakta-fakta tersebut adalah melibatkan wang berbilion ringgit milik khazanah Malaysia!Di mana reaksi pemimpin UMNO yang relevan? Hanya Mukhriz yang berani mengatakan tindakan Pak Lah tersebut adalah tidak bijak. Demikianlah yang berlaku apabila BN hanya seolah-olah diperintah oleh seorang yang berkuasa penuh. Manakan tidak, jika Datuk Shahrir Samad mengatakan harga petrol mungkin akan dinaikkan pada Ogos, tetapi tidak semena-mena Pak Lah esoknya mengumumkan kenaikkan serta-merta dengan menyatakan kabinet bersetuju. Memang benar tindakan kerajaan ada hikmahnya, tetapi bagaimana dengan tuntutan rakyat dan pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan mampu memberi subsidi lagi?Bagaimana rakyat yang serba kekurangan mengenai aktiviti dan akaun semasa Petronas dapat memastikan kejujuran seseorang yang penting dalam Petronas? Petronas sangat sensitif sehingga tidak mahu diletakkan di bawah Parlimen, padahal rakyat berhak tahu mengenai Petronas dan bukan beberapa individu yang mempunyai kepentingan dalam Petronas!
Minyak oo minyak...
TIME TUN DR MAHATHIR
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
TIME DOLLAH BEDAWI
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .
Bravo... Taniah ke atas pentadbiran Kerajaan Malaysia boleh ...
Boleh naik lagi
Thursday, June 5, 2008
Kenduri Kesyukuran ..
Dan acara sampingan pulak ialah upacara merisik adik ipar aku.. Nih hantaran jelly untuk orang sebelah.. actually bidan terjun.. aku been ordered by my in laws to prepare apa-apa hantaran untuk orang sebelah.. katanya dia orang tak bawak banyak pun.. so aku decide nak buat benda yang senang jelly buah campur jer ...
Sila tengok resepi kat sini.. just click kat sisni .. cuma kalau nak buat hantaran atau nak buat special sikit laa kan ..
Cara-caranya :
Memula aturkan nenas (atau apa-apa buah-buahan yang digemari) kat dalam mangkuk atau acuan.. Lepas puding koktel tuh dah masak tuangkan sedikit demi sedikit kedalam bekas tadi.. bekas yang disusunkan nenas tadi... . biarkan sejuk dan keras.. kemudian terbalikkan dengan berhati-hati.. dah siap... boleh hidang atau buat hantaran.. untuk lebih dramatik boleh buh kuah sos custard jugak...
Minyak lagi.
Aku letih laa dengan segala tipu muslihat.. dan tektik kotor memperdayakan rakyat .. haa cuba tengok nih.. macam mana pintarnya negara lain mentadbir duit negara dengan sebaik mungkin... dan bagaimana mereka cuba membandingkan kenaikan minyak dengan cara yang tak berasas.. cuba lihat bagaimana negara-negara pengeluar minyak mendapat keuntungan dan bagaimana mereka bijak mempergunakan suber-sumber yang Allah kuniakan untuk kepentingan rakyat jelata.. bukan untuk tekak mereka sahaja...
Tapi mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk semua rakyat Malaysia menilai kembali .. dan mungkin ini satu petanda baik kepada rakyat Malaysia.. mungkin dengan kenaikan minyak ini kebencian rakyat bukan sahaja dari parti pembangkang tapi dari segenap pelusuk negara Malaysia... kebencian rakyat akan semakin meluap-luap..
Semua rakyat akan celik dan mula berfikir tentang betapa "bagusnya" corak pemerintahan negara yang bernama Malaysia ini... dan kali nih aku harap kepada penyokong-penyokong UMNO agar dapat melihat kebenaran.. lihatlah fakta dan jangan sekadar mendengar berita-berita TV yang sungguh tidak berasas... bukalaa minda.. cari laa info yang betul-betul telus.. pergilah jauh sikit jangan asyik duduk dibawah kepompong yang sama ...
Dan kepada pemimpin tolonglaaa lihat kesengsaraan rakyat yang semakin ketara ini...