Friday, August 29, 2008

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.. andai ini Ramadhan terakhir buat aku...

Ramadhan datang lagi.. syukur aku kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya aku masih dapat menyambut Ramadhan kali ini dengan sihat dan berharap agar Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang penuh berkat.. di rehdai dan yang terbaik..

Terlalu banyak ceramah-ceramah agama yang membincangkan tentang bulan ibadah yang penuh dengan keajaiban.. penuh keredhoan .. penuh dengan keberkatan ini .. kata mereka sekiranya kita tahu ini Ramadhan terakhir .. maka tidak ada seorang pun dari kita yang akan meninggalkan hamparan sejadah yang kalau sebelum ini hanya kita perlukan untuk melakukan ibadah 5 waktu itu.. jika kita tahu ini ramadhan terakhir.. maka sudah pasti kita akan sentiasa mendekatkan diri pada Allah .. sekiranya kita tahu ini Ramadhan yang terakhir maka tidak mungkin lagi bibir ini mengucapkan kata-kata lain selain menyanyikan lagu-lagu merdu memuji Ilahi... hanya Allah sahaja yang tahu.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui...

Aku masih ingat lagi segala apa yang aku dengar melalui salah satu ceramah agama berkenaan dengan bulan Ramadhan pada Ramadhan yang lalu.. mungkin aku akan mengingatinya sampai bila-bila... sehinggalah suatu hari nanti aku mungkin tidak akan dapat meraikan Ramadhan yang mulia ini ...Aku ingat lagi yang kata ustaz tuh bahawa bulan nih adalah merupakan Phasa Keampunan kepada seluruh umat islam.. dan ada baiknya kita sentiasa beringat dan sentiasa maaf dan memaafi sesama kita ... tidak salah kita mengenang mati seberapa kerap .. agar bunga-unga keinsafan sentiasa terjalin kuat dalam dada kita...

Begitu juga tahun ini.. seperti tahun-tahun sudah ... aku mulakan kedatangan Ramadhan ini dengan meminta ampun dan maaf kepada semua .. aku perlu kenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak... ampun kepada kedua ibu bapa .. ampun kepada suami dan anak-anak tersayang... ampun juga kepada adik beradik.. kakak dan kempat-empat abang-abang aku... aku minta ampun juga kepada semua kawan-kawan.. sahabat handai.. maaf kepada saudara mara.. kedua ibu bapa mertua .. adik beradik ipar ... rakan seperjuangan dahulu.. semasa di sekolah rendah.. menengah .. dan rakan secollege yang sama tido sebantal makan sepinggan.. vendor-vendor.. manager-manager.. supervisor.. rakan-rakan tempat kerja dahulu dan kini... rakan blogger ... dan semua sekali yang mungkin tidak dapat aku nyatakan satu persatu... aku minta maaf.. aku minta ampun...untuk semua .. dan pada Allah aku mohon keampunan dari Mu ...

Aku tertarik dengan apa yang pernah baca katanya ..Bulan Ramadhan ini lahh merupakan bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah .. jangan di persia-siakan Ramadhon kali ini ... mana tahu inilah ramadhan terakhir kita .. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ...

Wednesday, August 27, 2008

Jangan main-main kat escalator.. kan dah...

Semalam aku terpaksa balik naik LRT setelah 2 hari kereta aku masuk hospital.. sakit teruk gamaknya.. pomen tuh kata gearbox rosak dan kos pembedahan dan penggantian alat-alat dalaman tuh kemungkinan besar mengajngakau beribu ringgit... hmm.. nak buat cam mana.. orang lama.. kadang-kadang dia nak juagak rehat ..

Ok.. sambung cerita di LRT semalam.. masa transit kat Mesjid Jamek aku cam biasa beli ticket.. beratur punya beratur tetiba aku dengar ada suara orang menjerit ... ishhh.. asal ek.. dalam fikiran aku menerawang benda-benda ngeri yang tak sepatutnya berlaku.. aku rasa mungkin ada peragut macam hari tuh.. dia ragut handbag pastuh terjatuh kat landasan..... atau ada orang terjatuh kat landasan dan kemudian keretapi tak sempat break.. innalillah... atau ada orang gila.. atau ada yang hijack LRT train .. atau ... atau.. atau ...adush.. otak aku dah tak boleh berimaginasi lagi.. aku perlu pantas beli ticket dan naik ke atas untuk melihat dan kalau boleh membantu... barisan depan aku nih panjang pulak.. suara tuh masih aku dengar menjerit-jerit.. aku jadi tidak keruan.. naluri ingin tahu aku semakin membuak-buak...

Sampai turn aku.. aku cuba tanya si penjual ticket tuh.. tapi aku pasti dia memang tak dapat menjawab... sebab dia sejak dari tadi di situ menjalakan tugas dia tuh..

Aku cuba mengintai dari bawah.. ada sesuatu aku nampak di tangga escalator tuh.. cuma aku kurang pasti apa sebenarnya terjadi.. aku memang kurang puas hati kalau aku tak dapat tau berita penuh lagi benar...

Aku panjat tangga LRT tuh.. aku cuba lihat dari celah-celah ketiak mereka yang sudah sedia ada di situ... aku dah nampak... seorang budak laki-laki dalm usia 10 hingga 12 tahun.. berbaju sekolah putih dan berseluar biru dah tersepit kakinya di tangga escalator tuh.. separuh dari bahagian tapak kakinya telah termasuk kedalam escalator tuh.. dan ada beberapa orang lain cuba berbuat sesuatu untuk melepaskan kakinya... aku cuba bertanya orang sebelah aku.. dah call ambulance .. aku takut kakinya hancur.. dan aku rasa memang jari-jarinya dah patah kot.. uncle hemsem sebelah aku terus jawab.. "Dah.. saya dah call bomba .. " aku rasa separuh tanggung jawab aku selesai.. at least aku sudah tanya dan ada niat untuk membantu.. ok ... dalam masa menunggu bomba tuh beberapa orang awam dan pihak kaki tangan LRT cuba melepaskan budak yang tersepit tuh... tapi kesemua cubaan tuh gagal...

Dan ada seorang lagi mamat yang dah tolong call kan parents budak tuh.. aku dengar dari jauh yang mamat tuh sedang memberi penjelasan kepada ibu / bapa budak tuh.. nampaknya ramai jugak rakyat Malaysia yang begitu perihatin dan sanggup membantu.. bukan sekadar melihat...

Aku cuba check beg doraemon aku untuk memebri bantuan pain killer pil yang pada kebiasaan nya akan aku angkut kehulu ke hilir.. aku rasa itu mungkin boleh membantu budak yang sedang kesakitan tuh... aku carik lagi.. gagal... aku betul-betul frust sebab sepatutnya aku ada bawak pada hari hari lainnya... beberapa minute selepas tuh ada seorang kakak yang announcekan sapa-sapa yang ada pain killer... dan ada seorang perempuan india yang kebetulan ada membawanya... alhamdullilah ada orang lain yang dapat membantu ..

Lebih kurang dalam lebih kurang 20 minute selapas kejadian, terdengar siren bomba dan ambulance .. hmm.. dah datang untuk memberi bantuan.. syukur laa cepat jugak.. mereka berlari keatas untuk melihat keadaan.. selepas mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan mereka turun semula untuk mengambil segala macam alat bantuan.. ada pengumpil, ada juga aku tengok pum hidraulik.. ada cutter besar dan macam-macam.. mereka mulakan dengan pengumpil.. mungkin dengan cara itu mereka harap boleh membantu ... dengan hanya satu cubaan sahaja mereka dah boleh melepaskan kaki budak tuh.. Alhamdullilah kata hati ku..

Kasut sekolahnya dibuka.. tapi tak ada darah.. cuma aku dapat lihat hujung jarinya dah leper.. mungkin dah patah.. cuma harap-harap jangan hancur.. mereka duduk ditangga tuh sementara menanti ambulan datang ... taniah kepada pihak bomba membantu dengan cekap dan jugak terima kasih kepada semua orang awam yang membantu ...

Sini ada aku amik gambor dari handphone .. maaf mungkin gambar tidak berapa clear..



Saturday, August 23, 2008

Belajar secara berjemaah kat luar kelas ...

Ingatan aku kembali semula dalam era awal 90an .. masa tuh aku aku dalam sekolah menengah .. baru form 3.. ialah zaman-zaman tengah lasak.. dan apa yang best sekolah aku semua perempuan. Sekolah pompuan... tahu jer laa perangai sengsorang.. memang tak hengat. Ada jugak orang kata memang susah nak kawal kalau sekolah yang satu jenis nih.. sama ada girls school ataupun boys school.. entah laa.. bagi aku .. apa yang aku tahu pegi sekolah just nak enjoy-enjoy.. tiba masa nak periksa baru terkial-kial baca buku.. masa tuh mana ingat tentang hari-hari depan yang lagi penuh cabaran nih...

Al kisahnya.. seperti biasa hari tuh ada kelas perdagangan.. dan seperti biasa procedure kelas nih ialah mesti ingat apa yang dah kita belajar dari last kelas.. dan as usual home work Ledger yang melambak... ialah kira macam mathematic laaakan lagi banyak latihan ledger kita buat lagi cekaplaa kita ... dan apa yang sungguh penting ialah cikgu kelas perdagangan nih memang garang.. aku memang seram .. sungguh menakutkan dari segala benda kat muka bumi nih .. nak nak bila time dia mengandung.. perghhhh .. kecut kita orang ....

Cikgu nih pulak memang jenis tak pernah berputus asa untuk memberi soalan-soalan .. dan sapa yang tak dapat jawab akan disuruh berdiri kat atas kerusi... uishhhh.. dah besar-besar berdiri atas kerusi.. malu beb ..

Sampai, masa cikgu nih masuk.. dan seperti biasa dia akan mulakan kelas dengan pertanyaan berkenaan perdagangan.. dan dalam masa yang sama dia akan suruh sorang-sorang student tuliskan jawapan Ledger kat papan hitam. Lepas sorang-sorang kena .. aku control lagih... begitu jugak halnya dengan homework ledger tuuu.. lepas sorang-sorang berjaya memberikan jawapan yang memuaskan hatinya... Sabitnya aku jugak telah disoal untuk soalan yang pertama .. dan memang confirm la aku tak dapat jawab.... kantoi.. kena berdiri ,.. ok lagi.. dan angin dia aku rasa belum maxima lagi.. kemudian sampailaa.. pertanyaa-pertanyaa ke arah group-group yang memang tak boleh harap nih.. dan aku rasa mungkin juga dia sudah menjangka dari awal bahawa kita orang nih antara yang memang tak boleh jawab soalan-soalan dia.. angin panas dia sudah semakin meningkat ...

Aku.... aku masih control .. walaupun dah kena sembur untuk pertama kalinya..dia punya berleter ... aku rasa tiga hari tiga malam tak habis lagih... tapi aku maintain beb ... sebab nih bukan kali pertama aku kena jerkah dengan cikgu perdagangan nih.. dah banyak kali ...

Belakang.. dia suruh aku tuliskan jawapan untuk soalan Homework tuh kat papan hitam... pulaaakkkkkk!!!! mak aiiiii... habislaa aku kali nih.. hidup aku aku rasa betul-betul gelap.. rasa macam nak pengsan.. peluh sejuk terus mengalir-ngalir... rrrmmm... aku diam .. terpaku kat situ... " haaa... Raja tunggu apa lagi...?" "saya suruh awak tuliskan jawapan tuh kat papan-hitam..."

Aku diam.. aku tunduk takut.. terasa macam hari nih hari terakhir aku dimuka bumi ini.. aku rasa cuma tinggal beberapa ketika sahaja aku akan dilenyapkan dari muka bumi ini ... terasa macam nak lari .. tapi berat sangat kaki aku nih nak melangkah .... argghhhhh... habiss laa aku kali nih .

Belakang.. cikgu tuh datang dekat dan tengok ledger aku yang separuh siap tuh... dia pun apa lagi... dengan speaker dia yang high volume tuh terus menjerit kat telinga aku...

"Oooo.. tak buat kerja yerrr ... Awak angkat kerusi dengan meja awak tuh.. pergi habiskan home work ledger yang saya suruh buat semalam... sekarang jugak.. ""Sapa lagi yang tak buat.. kalau saya tahu lagi teruk saya kerja kan.. cepat...keluar sekarang jugak..." dan lepas tuh ada lagi 2 orang student yang mengikut jejak langkah aku..tarik meja.. angkut kerusi.. kita orang belajar secara berjemaah kat luar kelas .. . elok jer bersusun kat corridor...

Adushhh.... nak gelak pun ada nak marah pun ada.. nak nangih pun ada.. tak tahu apa yang bercampur aduk dalam fikiran... dan ramai laa.. junior-junior dan senior senior serta kawan-kawan duk gelak-gelakkan kita orag.. @$#$%%^... isshhhhh...

Malu gila, tuhan aja yang tahu.. lepas dari hari tuh setiap kali kelas perdagangan aku akan pastikan aku buat home work dia.. tak kisah aa.. meniru ker atau buat sendirik.. dan itu la antara pengalaman aku yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila... belajar secara berjemaah kat luar kelas ...

Thursday, August 21, 2008

The Latepackers .. gua kagum sama luhhh..

Tadi aku curik masa masuk FaceBook.. kalau biasa aku tersangkut kat kengkawan sekolah lama tapi kali nih aku gi pulak ker kengkawan college.. bukak dia orang punya profile satu persatu... dan apa yang menarik .. aku jumpa web LATEPACKERS.... perghhh.. teringat laa aku kisah-kisah lampau kelab nih.. aku salah sorang ahli kelab yang tidak aktif.. cuma memula masuk dulu aku memang aktif.. banyak jugak aktiviy yang aku turut serta dan jadi committee kecik ... kelab nih memang kena dengan jiwa aku ... dan setiap kali aku join trip yang dianjurkan.. setiap kali tuh laarr mak aku akan risau hati dan kalau boleh tak benarkan.. dan pada kebiasaannya kalau mak aku tidak seratus peratus benarkan aku rather tak pergi.. walaupun kekadang aku rasa cam nak nagih sangat kalau tak dapat ikut .. bukan apa takut mana lah tahu ajal aku kat situ ... tak dapat restu dari emak ayah...

Aku ingat lagi ada seklai tuh mak aku memang tak berapa nak bagi aku nak naik gunung Kinabalu... yup gunung kinabalu yang betul-betul jadik impian dan cita-cita aku.. dan aku pulak masa tuh merupakan salah seorang committee ... persedian semua di buat awal agar tak ada apa-apa halangan ... siap pergi training ... mintak sponser orang tuh.. sponser dari syarikat-syarikat terkemuka.. dan dah siap dengan daily program dan macam-macam lagi.. tapi last minute.. tup-tup... tak dapat sponser flight kapal terbang.. gila punya frust kita org.. dan aku rasa nih ada kena mengena dengan restu dari mak ayah aku kot .. tuh yang aku lepas tuh kalau mak aku bagi baru aku akan join ..heheh

Latepackers nih sebenarnya adalah kelab Kembara dan Rekreasi UIA. Kira macam Adventure Club. So banyak aktiviti-aktiviti adventure macam naik gunung, pergi keluar masuk hutan, dan contoh program yang dibuat setiap tahun seperti Nuang Chalenge, Ironman, Wall Climbing Chalenge dan macam-macam laa lagi.. memang seronok dan dalam masa yang sama kita boleh sama-sama melihat keindahan ciptaan tuhan dari perspektif yang lagi satu.. kalau selalunya kita sekadar lihat kehidupan di kota-kota.. tapi bila berada jauh dari kesibukan kota macam ditengah hutan atau digunung-gunung.. kita akan rasa lebih dekat dengan tuhan...

Cuma apa yang betul buat aku sedih is bila aku masuk first year main camp... half of the second semester aku terbabit dalam kemalangan ... kena langgar motor.. kaki aku patah.. (click sini nak baca balik citer aku patah kaki).

Aku tak berapa kisah sangat pasal kaki aku patah .. sebab doktor kata boleh baik balik.. dan Insya Allah akan kembali seperti biasa.. normal balik.. tapi apa yang buat aku nangis dan sedih sampai sekarang nih ialah bila doktor tak bagi aku buat aktiviti lasak... kena berhati-hati untuk dalam 3 - 5 tahun nih ...arghhh.. macam satu burden kuat datang dalam benak aku ... hmmmm... ini bermkna ada dua benda yang paling aku sayang aku terpaksa tinggalkan.. satu aktiviti adventure nih (especially Latepackers) dan satu lagi seni mempertahankan diri aku.. Taekwondo... dan sejak itu aku terus tinggalkan dua benda kesayangan aku nih.. dan sedaya upaya aku cuba jauhkan diri dari dua benda nih supaya aku dapat hindarkan perasaan sedih aku bila aku tahu dua-dua kelab nih ada buat competition ker atau pergi camping kat mana-mana tempat best ... cuma kekadang tuh bila dia orang offer aku jadik committe kalau dia orang organize any Challenge .. aku join laa jugak walaupun dalam hati aku gilerr sedih ..

Tapi sekarang nih aku betul-betul berharap yang satu hari nanti aku akan tawan Gunung Kinabalu tuh ... aku dah cakap ngan hubby yang bila anak-anak aku dah besar sikit aku pasti akan sampai jugak ke puncak Gunung Kinabalu tuh.... tak kira laa berapa pun umur aku.. atau betapa gendutnya aku nanti...

Wednesday, August 20, 2008

I'm da Superhero ..

Semalam aku rasa macam hero.. (kalau pompuan heroin kot) .. aku betul-betul bangga dengan diri aku sendiri.. kalau boleh aku mahu dunia lihat betapa bagusnya rakyat Malaysia nih.. rakyat Malaysia yang betul-betul perihatin. Kalau ada anugerah superhero.. aku rasa aku laa orang pertama yang akan dapat.. (base untuk citer nih jer laaa)

Ok ok.. cam nih.. semalam after office about 6:30 aku dengan lemahnya berjalan keluar dari Tower 2 tuh untuk pulang ke rumah.. sudah tidak ada apa lagi yang perlu aku fikirkan.. kerja-kerja office yang tak kesudahan tuh aku sudah tinggalkan di pintu office tadi.. sekarang ada tugas lagi penting di pintu satu lagi.. di pintu rumah aku pulak...

Sesudah scan pas aku tuh aku pun bercadang nak amik duit.. kebetulan duit kat dalam beg duit aku tuh dah tinggal 10 hengget. Nak bayor parking nanti .. cuma ada lah balance 2 hengget plak .. so .. aku pun mengambil keputusan untuk keluarkan duit aku yang dah ciput-ciput untuk aku habiskan sementara dapat gaji hujung bulan nanti.. dalam langkah longlai dan mengenangkan nasib aku kat office yang entah bila ada kesudahannya .. dan sambil berangan kekalau laa tetiba aku jadik kaya raya dan tak payah kerja .. duk rumah goyang kaki atau ke spa .. mencantik dan membelai diri aku yang dah separuh expired nih.. tetiba ada satu bunyi kuat datang dari arah tangga berjalan tuh .. excalator .. berdentum kuat.. dan seiring dengan itu aku dengan bunyi baby menangis.. dan pada masa yang sama jugak bunyi suara ada orang menjerit.. aku cuak.. apa nih.. ada berlaku tembak menembak ker.. atau ada bom bom yang meletup ker .. atau ada pencurik penyangak atau.. arghh.. aku tak sempat untuk berfikir lagi ..secepat kilat aku pandang ke arah bunyi tuh.. dan aku lihat ada stroller biru sudah terbalik di bahagian atas tangga excalator tuh dan aku lihat sorang minah pakistan atau aku pasti ibu baby tsudah terkial-kial untuk melawan arus tangga tuh..

Ya Allah.. detik hati aku.. ..aku tanpa berfikir... terus berlari kencang (kalau dalam TV pergerakkan slow motion) .. ke arah kereta baby yang dah terbalik tuh .. aku lari sekuat-kuat hati aku.. aku tarik stoller tuh kuat .. guna kederat perempuan yang aku ada.. tarik... lagi .. aku betulkan semula kedudukan baby tuh ke asal.. dan dalam masa yang sama.. ayah baby tuh sudah sampai sama-sam membantu aku.. baby tuh menangis sekuat-kuat hati.. aku cuba tenangkan dia .. aku pegang dia lembut dan cuba urut-urut baby tuh..

Syukur alhamdiulliah aku rasa baby tuh ok tak ada apa-apa.. cuma mungkin dia terkejut ...aku arahkan mamt tuh untuk dukung baby tuh sebab dia pasti terkejut dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya..

Tapi apa yang buat aku terkilan ialah, hanya aku sorang yang membantu .. tertonggeng-tonggeng aku tarik stroller tuh .. walaupun ada jugak beberapa orang lain di sekitar itu yang hanya mengintai-intai.. sekadar melihat apa yang sedang berlaku tanpa rasa bersalah untuk tolong aku... tak apa laa.. tapi bagi aku.. aku betul-betul bangga.. dan aku terus iktirafkan diri aku sebagai.. superwomen yang pertama di Malaysia... untuk kes tarik stroller yang terjatuh diatas tangga ..

Dan lepas kejadian tuh baru aku faham kenapa Superman pakai seluar dalam kat luar .. aku betul betul dapat memahaminya .. sebab memang dah tak sempat dah ko nak fikir kalau dalam keadaan emergency macam tuh.. jadi aku buat kesimpulan bahawa superman pakai seluar dalam kat luar sebab leceh nak fikir which one come first .. main sarung jer ...

What can I do about my preschooler's public tantrums?

What can I do about my preschooler's public tantrums?

Expert Answers
Judith Hudson, developmental psychologist


Tantrums are often a fact of life when you live with a preschooler. Your best defense is a good offense — whenever possible, try to avoid situations that could provoke a tantrum. Yes, that's easier said than done, but these tips may help:

• A tantrum is more likely when your child is tired or hungry, so try to save your grocery shopping and trips to the post office for when she's fed and rested — and always keep a snack handy.

• Frustration is also a big tantrum-trigger. If you know your preschooler is going to insist on visiting the pet store when you go to the mall, make sure you have time to do it, or think twice about the trip. This isn't really giving in to your child, it's just predicting how she's likely to react and thinking through the consequences and alternatives.

Of course, avoiding a tantrum isn't always possible. Once one starts, it's hard to reason with your child. If you find her public tantrum embarrassing, your best move is to leave. Becoming harsh or punitive won't help end the tantrum and will only get you more upset and angry. Remember: Your job is to remain as calm as possible. Leaving the situation helps everybody, even if it means you'll have to go back to the store later to finish your shopping. If you can't leave altogether, try to exit the immediate scene. Rather than letting her tantrum in the dentist's waiting room, for instance, at least go out into the hall or parking lot.

Once the tantrum subsides, your preschooler may need hugs and reassurance, since being that out of control can be scary for her. Hugs are fine, but don't change the rules after a tantrum. If you told her that it was time to leave the playground and she responded with a tantrum, it's still time to go when the tantrum is over. But once you know how strongly she feels, you can acknowledge those feelings and try to make leaving less painful by offering to read a favorite story when you get home.

Keep in mind that your child's tantrum is nobody's business but yours. Many kids this age still have tantrums, and some of them are bound to happen in public. It doesn't mean you're a bad parent, only that you're the parent of a preschooler. People may be looking at you, but it's very possible that they're feeling sympathetic, not critical. Regardless of any looks you get, remember that your child doesn't understand your embarrassment. Public tantrums aren't meant to humiliate you, so treat your child the same as you would if the tantrum happened at home.

It may also help to know that the frequency of tantrums will start to wane as your child matures a bit. You may simply want to stick close to home — or be prepared to make a quick exit — until that happens.
* Pernah tak korang rasa macam nak belasah jer anak korang kalau anak korang tetiba nak apa-apa dan siap menangis cam tak hengat .. alhamdullilah laa anak-anak aku tak pernah jadi cam tuh.. cuma yang aku kelakarnya .. anak aku yang kecik tuh kalau dia lapor.. habis semua orang dia marah.. sampai waiter / waitress tuh pun dia marah suruh diam.. kita orang akan diam senyap sunyi depan meja makan sementara kedai tuh nak siapkan makanan.. kalau kita orang bercakap atau bersembang.. habis dia akan menjerit marah-marah suruh kita orang diam .. ish... perangai sapa lerr yang dia ikut nih...

Tuesday, August 19, 2008

Makanan yang diharamkan dalam A-Quran...

Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Aku secara tak sengaja terbaca Ayat Al-Quran nih beberapa hari tuh.. aku jadi confuse.. dan aku cuba cari balik nas-nas yang berkenaan halal haram nih.. .. dan article nih aku jumpa .. cuba korang click untuk mendapat penjelasan yang terang tentang makanan yang halal dan haram dalam Islam.. sebab kalau tak salah aku aku pernah belajar ada banyak lagi makanan lain yang tidak boleh di makan.. macam memakan binatang yang mempunyai kuku tajam.. makannan yang memakan mangsanya secara menyambar dan lain-lain lagi..



click sini untuk mendapat article penuh dan hikmah disebaliknya...


Binatang darat yang haram

Tentang binatang darat, al-Quran tidak jelas menentukan yang haram, melainkan babi, darah, bangkai dan yang disembelih bukan karena Allah, sebagaimana telah disebutkan dalam beberapa ayat terdahulu, dengan susunan yang terbatas pada empat macam dan diperinci menjadi 10 macam.

Tetapi di samping itu al-Quran juga mengatakan:

"Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (al-A'raf: 157)

Yang disebut Khabaits (yang kotor-kotor), yaitu semua yang dianggap kotor oleh perasaan manusia secara umum, kendati beberapa prinsip mungkin menganggap tidak kotor. Justru itu Rasulullah dalam hadisnya melarang makan keledai kota pada hari Khaibar.

Hadisnya itu berbunyi sebagai berikut:

"Rasulullah s.a.w. melarang makan daging keledai kota pada hari perang Khaibar."4 (Riwayat Bukhari)

Dan untuk itu diriwayatkan bahwa Rasulullah melarang binatang yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkeram:

"Rasulullah melarang makan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkeram." (Riwayat Bukhari)

Yang dimaksud Binatang Was (siba'), yaitu binatang yang menangkap binatang lainnya dan memakan dengan bengis, seperti singa, serigala dan lain-lain. Dan apa yang dimaksud dengan burung yang berkuku (dzi mikhlabin minath-thairi), yaitu yang kukunya itu dapat melukai, seperti burung elang, rajawali, ruak-ruak bangkai dan burung yang sejenis dengan elang.

Ibnu Abbas berpendapat, bahwa binatang yang haram dimakan itu hanya empat seperti yang tersebut dalam ayat. Seolah-olah beliau menganggap hadis-hadis di atas dan lain-lain sebagai mengatakan makruh, bukan haram. Atau mungkin karena hadis-hadis tersebut tidak sampai kepadanya.

Ibnu Abbas juga pernah berkata: "Bahwa orang-orang jahiliah pernah makan sesuatu dan meninggalkan sesuatu karena dipandang kotor. Kemudian Allah mengutus nabiNya dan menurunkan kitabNya. Di situlah menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram. Oleh karena itu, apa yang dihalalkan, berarti halal, dan apa yang diharamkan, berarti haram, sedang yang didiamkan berarti dimaafkan (halal). Kemudian ia membaca ayat:

"Katakanlah! Saya tidak mendapatkan sesuatu yang diwahyukan kepadaku tentang makanan yang diharamkan bagi orang yang mau makan kecuali ..." (al-An'am: 145)5

Berdasar ayat ini, Ibnu Abbas berpendapat bahwa daging keledai kota itu halal.

Pendapat Ibnu Abbas ini diikuti oleh Imam Malik, dimana beliau tidak menganggap haram terhadap binatang-binatang buas dan sebagainya, tetapi ia hanya menganggap makruh.

Yang sudah pasti, bahwa penyembelihan secara syara' tidak mempengaruhi halalnya binatang-binatang yang haram itu, tetapi mempengaruhi terhadap sucinya kulit sehingga tidak perlu lagi disamak.

Monday, August 18, 2008

Lagu-lagu baru

Heheh .. aku baru tukar lagu tema blog aku - lagu Likin Park aku yang dah basi berkulat tuh.. semalam baru berkesempatan nak update lagu-lagu baru kat sini.. so.. hope korang enjoy da song sambil baca blog nih... layanzzz...

Bebearapa Catitan Ulama' Jawi

No2Umno telah beroperasi semula seperti biasa. Ni aku amik kat blog tuh.. dan Wak tuh amik article nih dari blog anwaribrahim.. anwar plak amik dari blog Husam Musa... so aku just cut and paste. Sekadar untuk pengetahuan dan menambahkan ilmu syariah kita yang tak berapa pandai nih...

... Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.... selanjutnya.

Sunday, August 17, 2008

Sumpah Saiful cara Kristian

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.... selanjutnya di harakah.

* Gua dulu masa kecik-kecik selalu jugak sumpah guna nama Allah .. tapi gua eja.. Alif Lam Lam Hah .. ish .. gua memang takut sumpah sumpah nih .. nanti kena makan sumpah ...
tapi.. gua lagi takut kalau jadi "sesumpah" .. boleh tukar-tukar.. kejap cakap cam nih .. kejap cakap nih.. bertukar-tukar mengikut keadaan semasa...

Friday, August 15, 2008

Nisfu Syaaban ..

Inshallah bagi kita semua kaum Muslimin dan Muslimat di Negara ini akan menyambut Malam Nisfu Syaaban pada hari Sabtu Malam Ahad 16.hb August 2008 bersamaan 14hb. Syaaban 1429.

Aku amik article nih dalam blog nih (cuba click sini)

Nisfu dlm bahasa Arab ber-erti setengah. Nisfu Syaaban ber-erti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan
kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara keaadah/cara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



*** Cuma ada sesetengah pendapat yang langsung tidak dapat menerima amalan menyambut Nisfu Syaaban nih. Mereka menyatakan amaln-amalan ini adalah Bidaah semata-mata. Tapi bagi pendapat aku yang hanya berdasarkan dlil-dalil aqli nih dan yang tiak begitu pandai serta jahil dalam bab-bab amalan nih .. aku rasa semua amalan-amalan kepada Allah adalah sunah nabi.. ianya adalah merupakan perkara-perkara yang baik dan terpuji.. dan bagi pendapat aku yang jahil ni .. aku rasa tidak salah sekiranya kita memperbanyakkan amalan kita dan menjadikan alasan Nisfu Syaban sebagai salah satu hari yang terpilih untuk kita berkumpul dan beribadah.. wallah hu alam.. Alah lebih mengetahui dari segala-galanya ...

bagi sesiapa yang ingin mengetahui kenapa amalan ini di katakn bid'ah boleh laa berkunjung ke blog ini ...

Amalan-amalan pada Bulan Syaaban

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa, Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.

Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).

Thursday, August 14, 2008

Forum Terbuka Majlis Peguam



Sorry lambat betul aku post article pasal benda nih dah nak dekat seminggu baru berpeluang menjengah blog... nih aku amik dari salah satu blog jugak ... aku juga tertarik dengan segala komen yang dia ajukan oleh para pembaca..

Sila click sini

Lebih kurang seribu umat Islam yang prihatin hari ini berjaya menghentikan forum “Memeluk Islam” yang diadakan di Pejabat Majlis Peguam. HImpunan bantahan tersebut dianjurkan oleh Pemuda PAS dan beberapa Pertubuhan Islam bukan kerajaan. Turut serta juga ialah wakil dari GPMS dan badan kebajikan UMNO.

Perhimpunan awal telah bermula di hadapan Bangunan Majlis Peguam pada pukul 8 Pagi lagi. Peserta himpunan semakin ramai apabila kumpulan daripada Pemuda PAS dan GAMIS sampai pada pukul 9 pagi. Bantahan semakin hebat dengan laungan “Allahuakbar”, “batal forum” dan doa wehdah.

Himpunan tersebut juga dikawal kemas oleh lebih kurang 20 orang ahli unit amal Wilayah, Selangor dan Perak.

Beberapa pemimpin seperti YB Salahudin, YB Zulkifli Nordin dan Ust. Badrul Amin hadir dan memberikan kata-kata peransang kepada peserta demonstrasi. Turut hadir beberapa exco Pemuda Pusat iaitu Kamaruzaman, Ust Ridhuan, Ust Norazli dan Ust Kamal Ashaari.

YB Zulkifli, wakil GPMS, YB Salahudin dan beberapa pimpinan yang lain berunding dengan pihak polis agar forum itu segera dihentikan. Perundingan tersebut dibuat di dalam kereta polis untuk mengelakkan gangguan dari orang lain.

Selepas itu YB Zulkifli mengumumkan dan memberi amaran jika pada pukul 9.45 pagi polis gagal menghentikan forum tersebut beberapa pimpinan akan naik. Sekiranya pada pukul 10 pagi forum masih berjalan orang ramai akan merempuh masuk ke dalam bangunan.Pada pukul 9.45 pagi beberapa orang pimpinan naik apabila majlis tidak juga dihentikan. Pada pukul 9.55 keadaan menjadi semakin kecoh apabila orang mula menolak benteng kawalan unit amal. Beberapa orang peserta sudah mula marah dan ingin merempuh. Speaker yang diketuai oleh ustaz Ridhuan cuba menenangkan keadaaan diselang dengan laungan takbir.
Kira-kira pukul 10.10 pagi kelihatan beberapa orang peserta forum mula keluar meninggalkan bangunan. Ramai peserta forum terpaksa ikut jalan belakang kerana takut untuk berhadapan dengan peserta demonstrasi. Beberapa peserta forum yang keluar ikut jalan depan diherdik dan dikutuk oleh orang ramai.

Pada pukul 10.30 peguam Zulkifli Nordin keluar dan mengatakan majlis forum tersebut telah berjaya dibatalkan. Orang ramai meminta wakil penganjur forum meminta maaf tetapi tiada yang berani tampil ke hadapan. Selepas itu orang ramai minta pagar besi bangunan ditutup sebagai simbolik kepada kejayaan menghentikan forum tersebut. Pintu Grill bangunan di turunkan atas arahan polis.

Himpunan hari ini tamat dengan doa yang dibacakan oleh Ust Norazli Musa. Perserta demonstrasi bersurai kira-kira pada pukul 11.30 pagi
Nih aku cut and paste dari dalm blog Jed Yoong ...
KUALA LUMPUR: The Bar Council forum on Saturday should have been allowed to proceed, said the PAS Research Centre.

“A small group of us met to discuss the forum and we were unanimous that it should have been allowed to proceed. There are valid reasons for such a forum,” said Dr Dzulkifli Ahmad, the centre director, in an interview.

“As was emphasised to us by International Islamic University constitutional law expert Dr Abdul Aziz Bari and Hanifah Maidin, the head of PAS legal bureau, Article 121(1A) of the Federal Constitution when passed had not envisaged the circumstances that could arise, for example, the impact on people of other faiths embracing Islam.

“We don’t see the forum as non-Muslims encroaching into theological matters. The underpinning reason was for the legal, technical and procedural lacuna created by Article 121 (1A) to be ironed out in earnestness and intellectual integrity


Berita selanjutnya dalam blog Jed Yoong nih plak... cuba gi sini...

Tuesday, August 5, 2008

Mangkuk tingkat



Hmm.. aku nak suggest kat korang satu web site yang boleh banyak membantu para-para isteri yang sentiasa sibuk dengan kerja... balik malam... dan tak berapa sempat nak memasak pada hari-hari biasa...aku jumpa web nih dari bulan June lagi .. cuma aku belum lagi terasa nak membabitkan diri untuk melanggan .. tapi aku rasa untuk bulan puasa yang akan datang nih aku rasa perlu untuk mencuba laaa... try gi sin

Mangkuktingkat.com


Aku sebenarnya memang tertarik dengan idea yang diketengahkan. Kalai zaman masa aku kat sekolah dulu, aku selalu tengok kedai makan cina buat benda cam nih.. dan pernah terdetik kat hati aku kenapa kita orang Melayu tak pernah terfikir untuk buat pulak... haa... sekarang susah ada.. errrmmm mok cik rasa mok cik pun nak try.. kalau ok mok cik akan terus melanggan.. dan mungkin mok cik jugak boleh tiru idea dia orang nih bukak cawangan dekat-dekat ngan rumah mok cik pulak...





Monday, August 4, 2008

Nasi Kerabu

Weekend hari tuh teringin sangat nak cuba buat nasi kerabu. Aku amik resepi nih dari rom mate aku masa kat college dulu. Mek Kelate nih memang terer buat nasi kerabu. Aku pernah tolong dia jual nasi kerabu nih masa kat college dulu. Dari satu block ker satu block... dan lepas tuh aku dapat makan nasik kerabu free... terima kasih bebanyok laa ke Kak dah atau nama betul dia Puan Rene Harlene sebab bagi resepi yang betul-betul menjadik nih .... memang sedap... terutama tumis nasik kerabu tuh.. nih yang sedap .. nasik kerabu kalau tumis dia nih sedap maka akan sedap laa nasik kerabu tuh.. heheh jom try buat...

BAHAN UNTUK TUMIS NASI KERABU

1. Santan 2 biji (dimasak atas api sederhana besar sehingga naik minyak) - kena gak kacau selalul takut santan berkerak kat periuk
2. Bahan yang perlu dikisar (dimasukkan ke dalam santan selepas santan pecah minyak)
Bawang merah (lebih kurang 5 biji, kalau nak tumis tu pekat lebih kan sikit)
Bawang putih (seulas kecik, jgn banyak)
Halia 1/2 ibu jari
Cili kering 5-10 biji (kalau nak pedas banyakkan lagi
Serai 1 atau 2 batang
Belacan sikit
3. Masak santan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi guan api yang kecil. Biar lama sehingga keluar minyak. Kena gaul gak sentiasa tak nak bagi berkerak.
4. Masukkan garam, -nisan (gula melaka kelantan) dan ajinomoto (sedikit je) - secukup rasa.
5 Bila tumis tadi dah mula mengeluarkan minyak yg banyak, masukkan sebatang serai yg dititik, asam gelugur 1 keping.
6. Kacau dari semasa ke semasa hingga tumis tu agak pekat dan minyak dah keluar banyak.
ps : selalunyer kalau nak tumis tu betul2 cantik (masak lebih kurang 1 jam gak le hingga pecah minyak)


BAHAN UNTUK SAMBAL KELAPA

1. Kelapa putih yang diparut halus (digoreng atas api yang kecik sehingga keemasan dan garing (jangan sampai hangus lak)
2. Bawang merah kecik 5 biji (lebih pun ok)
3. Bawang putih seulas kecik
4. Lada hitam (10 biji atau lebih)
5. Serai 2 batang (dibiris halus sebelum ditumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam)
6. Ikan kembong/selar besar seekor yang dibakar tawar (kalau nak lebihkan ikan pun boleh)
isi ikan yg dah dibakar tadi ditumbuk dengan bahan2 di atas tadi
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Gaul bahan2 yg ditumbuk tadi dengan kelapa yang telah digoreng kuning
9. Masa nak hidang sambal kelapa nie, tabur cili padi dan bawang besar yang dihiris halus

BAHAN UNTUK ULAM-ULAM
Daun kesum, kacang panjang, timun batang, kubis putih, daun serai kayu (yang pucuk -kalau ada - kat sini org panggil daun salam kot aku pun x berapa tahu.. yg ini tak payah pun tak apa), bunga kantan, pucuk gajus, serai.... dan apa apa ulam yg korang suka laahhh ...hiris semua halus halus ..

Jangan lupa budu (asam limau/lada burung)

UNTUK NASI
Boleh buat nasi putih aja. Kalau nak buat nasi purple tuh.. amik bunga purple (kalau tak salah Bunga Morning Glory) blend dan tapis air. Masukkan kat dalam nasik macam nak masak nasik biasa, cuma air dia dah jadik purple.. kalau aku .. aku suka buh daun pandan sikit... Kalau tak ada bunga tuh gi kedai beli pewarna purple pun boleh.. ye laa kalau nak kan lebih impact makan nasik kerabu...

 Lauk dia boleh jer buat lauk apa apa.. telur masin / daging goreng buku besar / ikan celup tepung / ayam bakar

Untuk daging goreng.. potong daging besar besar kiub. Marinate sekejap dengan bawang putih bawang merah halia garam gula.. (tak payah pun tak apa... goreng besar besar pas tuh hiris nipis nipis) Makan

Untuk ayam panggang .. marinate dengan bawang merah bawang putih halia jintan manis jintan putih garam gula pas tu bakar dengan kuali ajaib ...

ikan celup tepung .. memula rebus ikan dengan asam keping dan lengkuas .. pas tuh tos ... buat tepung macam nak buat tepung goreng pisang (sikit tepung beras, tepung gandum, buh sikit kapur masakan, buh sikit minyak masak garam dan kunyit.... .) Ikan tadi celup dengan tepung pas tu goreng ..  sedap di makan panas panas

Telur masin rebuih jer laa kan ..