Friday, September 28, 2007

Phasa Keampunan - Andai ini Ramadhan terakhir buat diri aku ... maafkan segala kesilapan aku..

Aku dengar radio pasal bulan puasa nih ... kata ustaz tuh sekarang nih tengah dalam phasa keampunan dan kemaafan .... hmmmm ...

Aku duk melengung memikirkan dosa-dosa. Betapa banyaknya dosa-dosa aku terhadap kedua-ibu bapa aku.. pada keluarga aku .. adik beradik aku .. anak-anak saudara aku... mertua aku.. ipar-ipar aku... saudara mara jauh dan dekat .. pada suami aku .. anak-anak aku ... kawan-kawan aku masa sekolah rendah... sekolah menengah ... masa kat college .. cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer .... jiran-jiran aku ... kawan masa kerja kat Melaka . ... masa kerja kat company lama ..pada kawan-kawan office aku sekarang ... pada vendor-vendor yang selalu aku marah kalau barang tak sampai on time atau quotation terlalu mahal ... boss-boss aku ... supervisor suoervisior aku.... pada alam ... pada haiwan ... tumbuh-tumbuhan... dan paling utama pada Allah...

Pergh tak tahu berapa banyak dosa yang aku dah tanggung ... tak cukup kontena logistic yang hantar barang-barang Mat Saleh office aku balik negeri masing-masing .. aku cuba muhasabah diri ... memang betul aku banyak dosa ... hmm .... aku banyak dosa ... yup dosa yang aku sengajakan atau dosa yang aku tak sengajakan.. kekadang aku tak tahu macam mana aku nak hidup kalau aku berubah menjadi insan yang sangat baik .. bagi aku sesuatu yang tak mungkin akan terjadi ... andai kata aku berubah .. mungkin ada sesuatu yang tidak kena (itu macam kalu korang cepat-cepat mintak maaf dengan aku plak ada faham).... ini adalah kerana dunia bagi aku tidak akan rasa menarik ... aku suka dengan keadaan aku sekarang ... aku suka dengan kejahatan yang aku selalu lakukan ... dan aku tahu banyak diluar sana yang sudah tidak mampu menahan dengan keceluparan mulut aku . Mulut aku jahat tapi aku yakin hati aku tetap baik ehem ... Aku tahu keadaan aku bila berkata-kata .. mulut aku tak pernah mengeluarkan kata-kata manis yang tidak menyakitkan hati orang lain .. aku sedar sapa aku ... tapi aku juga tahu bahawa kata-kata laser aku tuh sekadar mainan yang keluar tanpa hati dan perasaan aku turut serta ... terpulang laa pada sesiapa yang menerimanya ... terpulang perseption korang ... macam mana korang nak interpret aku tak pernah kisah ... bagi aku Tuhan lagi tahu ...
Kata ustaz itu lagi ... inilah masa yang paling sesuai untuk meminta maaf ... arghhh.. aku tak suka ... aku jarang mengaku kesilapan aku ... tapi kali ini aku terpaksa .. telah ramai yang aku sakiti dengan kata-kata aku ... tetapi ramai jugak yang menanti-nanti dogengan kata-kata yang keluar dari bibir aku ... kata-kata hiburan yang mampu buat mereka terhibur ... aku suka bila lihat mereka ketawa dan tersenyum ... aku puas .... tapi kali nih ... rrrr...entah kali ini aku nekad .. aku takut neraka .. Neraka panas ... aku tak akan tahan malah tidak ada seorang pun yang akan tahan dengan azab api neraka .... dan aku tak mahu menanti mereka-mereka yang aku sakiti secara tidak sengaja ini menghumbankan aku ke neraka ...

Kata ustaz itu lagi ... kita perlu maaf memaafi kerana kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita .. dan andai ini Rammdahan yang terakhir untuk aku ... aku benar-benar ingin meminta maaf pada semua sahabat-sahabat aku.... dan semua yang telah aku sebut diawal rancangan tadi ..... aku mintak maaf dari seluruh anggota tubuh badan aku ... pada mak dan ayah .. ampunkan dosa-dosa aku dari aku dalam perut mak lagi .. suamai dan anak-anak aku ... aku tahu aku banyak menyakiti kalian ... maaf mungkin aku bukan seorang isteri dan ibu yang baik .. dan abang-abang dan kakak kesayangan aku ... maaf kira ada kesilapan aku yang masih belum terampun ... semua kawan-kawan aku ... aku sedar dengan kelaseran mulut aku .. tapi percayalah I don't really mean it ... aku tidak pernah simpan dalam hati .... dan pada semua yang lain-lain.. aku benar-benar mintak maaf akan kesilapan aku secara sengaja atau tidak.... maafkan segala kesilapan aku.... maaf aku pinta dari semua ...
Pada Allah .. aku perlu bertaubat dengan mu Ya Allah...
Tapi...
Aku tetap manusia biasa yang tak pernah lari dari berbuat silap ... dan maaf aku akan terus jadi aku ....

Wednesday, September 26, 2007

Ibu Bapa Nurin di tuduh cuai ?????

Polis: Ibu bapa Nurin boleh dituduh cuai
21-09-2007 10:03:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.

Kurang ajar betul statement tuh ... sungguh biadap.. tidak berperikemanusian....hampeh... celaka betul....
Maaf aku tepaksa mulakan post kali nih dengan hamunan caci maki. Aku tengah marah ... yup... Aku memang marah dengan statement media pasal kecuaian ibu-bapa Nurin. Dahlah kehilangan anak yang disayang skarang kerajaan mahu saman mereka atas dasar kecuaian pulak.. hei common larr bro... Jazimin Abdul Jalil and Norazian Bistaman have suffered enough laaa, they are greiving even all Malaysian greiving rite now... tapi bila baca satement ketua polis Malaysia tuh seolah-olah akan ada satu lagi tindakan paling bodo kerajaan akan di ambil... apa nak jadi dengan Malaysia nih.. aku benar-benar confused .. aku kagum dengan tahap pemikiran manusia-manusia di Malaysia ini.. semakin maju negara ini semakin hilang nilai-nilai insan dalam hati masing-masing... cukup dengan semua penderitaan yang ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa Nurin sekarang ditambah dengan kerunsingan berhadapan dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas pihak polis...
Okey okey, ya mungkin benar ibu bapa Nurin telah sedetik lalai ... tapi itu semua telah terbalas dengan kehilangan Nurin buat selama-lamanya... cukup lah jangan disiksa batin mereka berdua.Ibu mana yang tidak sayang kan anak yang dikandung selama 9 bulan ... dijaga dibelai ketika kecil... ibu mana yang sanggup kehilangan anak-anak merka walau sedetik pun...

Tapi sejurus mayat Nurin dikebumikan Ketua Negara Musa Hassan dengan angkuh dan bangganya memberitahu akhbar bahawa ...

"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.


Aku benar-benar sedih dan kesal dengan tidakan Ketua Polis Negara melemparkan kata-kata sebegitu di saat kedua ibu bapa Nurin sedang dalam keadaan sedih dan tertekan.. sebagai seorang insan yang waras kata-kata takziah dan simpati yang perlu dilafazkan sebagai tanda bertanggung jawab dan simpati tehadap manusia lain ....

Aku juga benar-benar terharu ... bila Jazmin hanya mampu membidas bahawa mereka terlalu sayangkan anak-anak mereka.


"Kepada sesiapa yang menuduh saya dan isteri saya sebagai keluarga yang cuai, apa yang mampu saya kata ialah - kami terlalu menyayangi keempat-empat anak perempuan kami," kata Jazimin yang dipetik daripada akhbar terbabit.
Sekarang ini bukan masanya untuk menunding jari menuduh sapa yang salah.. ada misi penting yang perlu polis selesaikan .. cukup.. telah terlalu banyak sandiwara semasa yang membabitkan polis Malaysia ... tolong lakukan, tolong laksanakan tugas kamu.. masyarakat Malaysia sudah tidak mampu di tipu, disogok dan diputar belitkan dengan statement-statement tidak berasas pihak polis agar kewibawaan polis tidak di pertikaikan...

Kalau Ibu bapa Nurin boleh dituduh cuai menjalankan tanggungjawabnya menjaga anaknya.. apa mungkin kita juga boleh mempersoalkan apakah kita juga boleh menyaman pihak polis diatas kecuaian pihak polis menjaga ketenteraman negara sehingga berapa banyak kes kanak-kanak yang hilang tidak dapat diselesaikan... dan betapa ramai lagi kanak-kanak yang akan menjadi mangsa atas ketidakwibawaan polis menyelesaikan kes-kes itu ...
Cukuplah .. kamu pikul tugas penting untuk negara ... jangan mempermainkan amanah yang telah diberikan ... jangan asyik menyalahkan dan mengambil kesempatan atas kepedihan orang lain ...

Tuesday, September 25, 2007

Cobalah Untuk Setia



Sedih laa.. video klip nih ...

Happy Birthday Ayah ...



Selamat Ulang Tahun Ayah .... Semoga ayah bertambah sihat ... gembira, dicucuri rahmat dan diberkati Allah selalu... kami semua saaaayang Ayah .... you are the best ....

Saturday, September 22, 2007

Lihat dan Fikir ..





vs




Aku tak der apa nak komen cuma korang tengok sendiri dan guna akal fikiran dan kepala hotak yang tuhan bagi ....

Al-Fatihah.. Hanya Syurga tempat mu .... InsyaAllah...


Bapa bawa pulang mayat Nurin Jazlin
21-09-2007 10:06:07 PM

KUALA LUMPUR: Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Aku betul-betul sebak bila menatapi screen komputer aku pagi tadi... kelopak mata nih dah tak lalu untuk menampung air mata yang bergenang-genang ... aku sedih.. hati mana yang tak hiba bila mengenangkan tubuh kecil Nurin yang sudah rapuh didera itu... Syurga sahajalah tempat mu Nurin.. kepada keluarga Nurin diharap banyak-banyakan bersabar dan semoga tabah menghadapi dugaan yng amat berat ini ... dekatkan diri pada Allah...

Sila ke sini dan ke sini untuk melihat foto penuh penkebumian Adik Nurin Jazlin


Sesiapa yang ingin membaca berita penuh mengenai adik Nurin boleh lah melayari laman web yang didedikasikan kepada adik Nurin oleh unclenya Jasni AJ

Al-Fatihah kepada adik Nurin...


Friday, September 21, 2007

Cam mana boleh jadi cam nih...???


Sambung citer pasal budak yang dirogol, didera dan dibunuh kejam ... pagi tadi aku cuba cari lagi infor pasal kanak-kanak yang telah diculik, dirogol dan dibunuh dengan kejam... selepas kes Jurutera muda yang cantik dirogol dan dibunuh ramai lagi kes-kes lain yang menyusul membabitkan perempuan muda dan kanak-kanak. Kes kedua menyusul ialah kes Nurul Hanis 16 tahun dari Jasin Melaka ditemui separuh bogel dan lehernya dijerut dengan tali beg sekolahnya, pas tuh gadis di rogol bergilir-gilir plak ... dan banyak lagi selepas itu.. Cuba tengok kat sini berapa banyak jenayah-jenayah yang pelbagai jenis dari tahun 2003 - 2005 (aku still cari statistik terbaru pasal jenayah rogol kanak-kanak nih... )

Baru-baru nih pulak kes rogol bersiri di kampung baru seakan-akan menjadi-jadi.. semua mangsa kanak-kanak dalam usia 5 hingga 8 tahun.. apa nak jadi dengan Malaysia.. macam-macam kes dikenal pasti.. lepas satu-satu...Along, peras ugut, bunuh, rasuah, tembak-menembak dan macam-macm kes lagi semakin berleluasa... semakin menjadi-jadi.. salah sapa..


Bagi aku selagi undang-undang di Malaysia nih tidak di kemaskinikan selagi tuh laarrr jenayah jenayah kejam ini akan sentiasa berleluasa... manusia sudah tidak takut lagi dengan PENJARA lagi dah.. aku pernah diberitahu yang ahli-ahli penjara tuh sendiri tidak terasa yang mereka ini sedang menjalani hukuman... kata mereka, apa susah rumah ada.. ada tilam lagi... makan sedap... toilet siap wangi lagi.... tak takut pun duk kat dalam tuh... tilam pulak peruntukan setiap 3 / 4 tahun akan ditukar dengan yang baru (kurang ajar betul tilam kat umah aku dah 7 tahun tak pernah tukar. Ada satu tilam aku yang second hand tuh pun aku rasa dah berpuluh tahun dah aku guna dah naik lunyai... tak der pulak org nak tukar kan... hampas) ... hak asasi mereka betul-betul terjaga... Lepas beberapa tahun di penjara dengan hidup yang senang lenang.. mereka keluar tanpa ada rasa keinsafan ... hmm.. siap dapat duit lagi tuh.... cilaka betul ...

Bagi aku undang-undang Hudud adalah yang terbaik... itulah undang-undang Allah yang sepatutnya kita applykan kat negara yang kononnya begelar NEGARA ISLAM nih .. ISLAM HADAHARI... tidak seislam namanya ... aku rasa inilah semua punca kenapa jenayah semakin berleluasa... manusia langsung tidak takut membuat dosa .. dosa bagai permainan bagi mereka .. mereka seolah-olah sedang mencabar kerajaan kita ... dan yang menjadi mangsa mereka-mereka ini.. kanak-kanak yang tidak berdosa ini ....

Allah dah buat garis panduan yang amat lengkap pasal hukuman-hukuman yang sepatutnya dijalankan.. dan tidak ada alasan untuk mengingkari undang syariah ini... cuba baca arahan-arahan Allah untuk Hudud nih :



1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang
kafir.
- Al-Maidah 5:44.



2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
- Al-Maidah 5:45.



3. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang Fasik - Al-Maidah 5:47.


Hukum Hudud adalah hukuman yang paling setimpal dan paling adil. Hukuman ini berupa pengajaran kepada orang-orang lain agar mereka tidak akan melakukan perkara-pekara tersebut.. agar mereka berasa takut dengan apa yang dilihat mereka... memang sekali dengar memang meremang bulu roma... kejam kata orang kafir yang cuba untuk menyesatkan lagi kita nih... tapi jika kita teliti tujuan sebenar dan cara mempractickan hukuman ini tak da apa yang kejam.. tak de apa yang tidak adil .. cuma orang yang tidak ada ilmu pengetahuan sahaja yang akan mengutuk hukuman yang ditentukan Allah ini... tolong aa.. belajar dan selidik dulu sebelum membuat sesuatu andaian atau statement yang membodohkan diri sendiri.. malu tau kalau cakap banyak tapi bangang.. lebih baik diam ....


Dan telah tetapkan ke atas mereka di dalamnya (iaitu di dalam kitab taurat) bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, mata dibalas dengan mata, hidung dibalas dengan hidung,telinga dibalas dengan telinga, gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka pun ada qisasnya(yang seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka ia menjadi penebus dosa bagi dirinya; san sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
-
al-MAIDAH
5:45.


Nih setelah beberapa hari surf internet pasal Hudud nih .. aku jumpa web khusus pasal hukum-hakam Allah untuk kita kongsi bersama dan at least tahu serba sedikit pasal Hudud nih... jangan jadi manusia yang tidak berilmu...

Wednesday, September 19, 2007

Ramai betul yang gila ...

Aku tak habis lagi nak comment pasal pembunuhan kejam kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun tuh... kanak-kanak yang baru jer melihat dunia nih.. baru hendak tahu apa makna atau erti sebenar sebuah pentas dunia... aku rasa sedih sangat bila menatapi wajah kanak-kanak itu.. nauzubillah detik hati aku .. aku mintak Allah jauhkan dari segala benda busuk ini dari keluarga aku.. keluarga saudara-mara aku... keluarga kaum kerabat aku.. dan keluarga sahabat handai aku... kalau boleh seluruh pelusuk dunia ini.. tolong hentikan perbuatan yang berunsur syaitan ini...
Masih tak terdaya aku nak bayangkan keadaan budak itu ketika diseksa... dirogol... dan dibunuh kejam... apa tidak ada langsungkah nilai-nilai murni dalam diri pembunuh itu.. apa langsung tidak terasa betapa peritnya jika kamu sendiri atau kaum kerabat kamu diperlakukan begitu.. aku pelik.. aku amat-amat pelik sudah acap kali kejadian culik, rogol dan pembunuhan kejam ini berlaku di bumi Malaysia.. dan sekarang semakin menjadi-jadi.. aku cuba cari punca.. aku ingat lagi Theory-theory psychology bodoh yang pasti mengaitkan sesuatu perkara itu Mental Disorders atau apa-apa disorders lain ...

Ok aku ngaku aku ada belajar pasal benda nih masa aku kat college dulu..tapi aku tidak pulak menyokong perkara yang diatas ini disebabkan gangguan psychology semata-mata... banyak sebab lain yang menjuruskan perbuatan berunsur syaitan ini... ok let me brief you guys pasal sex kanak-kanak nih... first memang ada certain orang yang have a really high or powerful sexual urges atau keinginan sex yang melampaui batas terhadap kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 13 tahun kebawah (kalau tak salah aku definasi kanak-kanak - usia 13 tahun kebawah)... atau term Psychology - Pedhophilia. Pedhophilian ini kebanyakannya suka berkhayal dan memang ada yang melakukan sex dengan kanak-kanak ini. Dia orang nih kebanyakannya berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun keatas.. aku pun pelikjugak.. cuba laa cari mana-mana pelacur kat luar yang ketagihan sex atau mencari duit makan dengan melacur tuh.. ok sambung balik.. kebanyakan kes hanya dilapurkan sama ada budak tuh meningkat besar dan dah tahu apa itu sex sebenarnya... sebab golongan nih akan kata bahawa benda yang dia org buat tuh adalah sesuatu yang biasa untuk menunjukkan kasih sayang.. banyak kes-kes yang tidak dilaporkan apabila pelaku adalah dari kaum-kerabat seperti ayah, atuk, abang atau sedara terdekat... kesimpulan cerita .. org-org cam nih memang daya sex dia memang kuat kat budak-budak aja atau dengan budak-budak dan adult sekali...
Ok yang second nih memang masalah ... dia suka sex ganas yang terlampau... dia akan rasa teransang jika mangsa dia sakit dan menjerit-jerit (teingat kes Norita plak) atau term Psychologynya ialah Sexual Masochism dan menurut salah sorang pakar psychology dia kata ada yang merotan anak-anak mereka hanya untuk ransangan sexual.. tapi theory tuh telah dimnsuhkan kemudian...
Berbalik pada kes kanak-kanak diatas... aku rasa pada phirasat aku yang tak berapa profesional nih pelaku mengalami kedua-dua disorder yang aku dah terangkan tadi... dari segi perubatan laarr kan... dan perlu diingatkan bahawa aku tidak langsung mengatakan pelaku mengalami sakit mental yang kritikal dan tidak perlu dipersalahkan... TIDAK SAMA SEKALI... bagi aku dia perlu ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang paling teruk dan kejam setimpal dengan perbuatan kejam dia tuh.... aku belum habis lagi jumpa next post ... aku perlu selesaikan tugas-tugas aku yang belum selesai sbelum aku pulak yang akan mengalami gangguan mental tahap critical .. tunggu next post ...

Kanak-kanak dirogol dan dibunuh dengan kejam ....





Mayat kanak-kanak perempuan dijumpai mati dalam beg pakaian. Aku memang marah... aku tak tahu macam mana aku perlu luahkan rasa marah aku nih.. memang.. memang si pembunuh nih adalah seorang yang langsung tidak berperikemanusian... atau dengan bangganya aku perlu katakan bahawa mereka hanya layak dipanggil binatang... binatang pun tahu hargai kasih sayang.. setan betul...

Aku betul-betul sedih bila baca paper pagi tadi... dah lah dirogol dibunuh pas tuh masukkan pulak dalam beg pakaian.. dan benda dalaman budak nih pun pecah akibat dirodok dengan timun dan terung dan entah apa-apa lagi... aku tak tahu macam mana tergamaknya manusia itu sanggup melakukan perkara-perkara tersebut...

Menurut polis mayat itu di khuatiri Nurin yang hilang sah nak dekat sebulan rasanya... tapi bila mak dan ayah dia datang tengok alhamdulliah bukan Nurin.. tapi bahagian forensik akan menentukan jugak dia adalah Nurin ataupun tidak... kita tunggu berita selanjutnya Ahad nih... aku amat berharap yang mayat tuh bukan mayat Nurin...

Monday, September 17, 2007

Sagupal




Sebenarnya nama panjang kuih nih 'sagu kepal' tapi biasa aaa.. orang Kelantan suka nak bagi nama glemer ... dia bagi nama short cut jadi sagupa .... Ni salah satu makanan orang Kelantan... mudah jer, sedap tak....? kira ok laarr sedap jugak ... very simple .... tapi aku sikit pelik kenapa kebanyakan masakan orang Kelantan mesti ada letak halba ... confuse nasib baik tak buat air letak halba jugak...
Jom aaa gi dapur cari barang-barang nih...

Sagu.. boleh buat warna apa-apa
Santan
Daun Pandan
Gula
Halba (buh sikit jer kalau banyak tak sedap plak)
Garam

Cara buat :
Memula gi basuh sagu tadi. Tapis kan dalam penapis bagi air kanji dia keluar. Didihkan air, air tak yah banyak sangat... nanti kalau lembik tak leh nak gumpal/kepal. Bila rasa-rasa dah masak biar dia sejuk dulu.
Dalam periuk lain masukkan santan pekat, buh gula, garam, halba dan daun pandan. Kacau jangan tak kacau nanti mendidih naik minyak tak cantik... bila rasa-rasa dah pekat... sejukkan jugak.
Sagu tadi kalau dah sejuk boleh lah di kepal-kepalkan kecik... masukkan dalam kuah tadi... panaskan sekejap... bagi sebati... kekadang aku tak panaskan pun .. terus hidang jer ...
Gi aaa try masak ... senang jer bib ...

Friday, September 14, 2007

Tom Yam Campur


Masak apa lagi yek...
Bulan-bulan puasa nih memang banyak laaa... resepi-resepi simple yang aku suka buat untuk family aku sempena puasa...
Masak Tom Yam campur nak....

Ok barang-barang dia...

Ayam potong ikut suka - kalau aku, aku potong kecik-kecik - tulang-tulang dia jangan lupa masukkan memang lagi sedap
Daging.. rebus dulu bagi empuk
Udang besar - tak yah buang kepala, potong mucung dia yang tajan tuh jer...
Sotong
Bawang besar 2 bijik
Bawang putih - sikit jer dalam 2 - 4 bijik
Carrot
Bunga kobis
Cendawan
Batang saderi
Daun ketumbar
Daun limau purut
Serai
Limau nipis
Cili padi

Memula masukkan 1 1/2 bijik bawang besar, bawang putih 1bijik besar tomato. Pastuh masukkan dalam periuk masukkan serai, daun limau purut dengan daun ketumbar. Masukkan daging yang dah empuk, ayam. tunggu sekejap agak-agak aym tuh dah empuk masukkan sotong dan udang.. masukkan pulak sayur-sayuran.. dah buh garam dan rasa.... kalau ada sos ikan boleh masukkan jugak... masukkan bawang yang 1/2 lagi - potong bulat-bulat... kalau ada budak-budak yang tak boleh makan pedas, bila dah perah limau nipis (kalau nak lagi masam - buh cuka) angkat sikit untuk bebudak kecik dan selebihnya masukkan cili api.... tunggu sampai medidih angkat dan hidangkan...

Resepi tom yam nih ada macam-macam... ada yang tumis dulu, ada yang buh udang kering, ada yang buh perencah tom yam ... macam-macam. Resepi tom yam kat atas nih bagi aku paling simple dan cepat... tapi kalau beli kat kedai memang lagi mudah dan cepat... Amacam... jom masak

Thursday, September 13, 2007

Enrique Iglesias Hero

Hu hu... Italiano...

Ada orang mintak recepi buat Spagheti... kalau ikut recepi aku senang jer...


Barang untuk Spagheti

Spagethi
Minyak zaitun / minyak masak biasa + sedikit butter jangan banyak sangat nanti berminyak... nih fungsi dia untuk mee spagethi tuh tak melekat jer ...

Untuk kuah
Kalau aku aku suka pakai sos lego yang dalam botol jer... tapi boleh pakai pregos dll
Minced meat - daging cincang yang dah siap cicang ada jual kat kedai.. errmmm brand Ramli pun dah ada
cendawan butang - hiris . boleh jugak potong ikut suka
bawang besar 2 labu (potong dadu kecik-kecik)
Bawang putih sikit jer...
minyak zaitun atau minyak biasa + butter sikit
Cheese - parmesan ada yang dah di potong halus cam serbuk
Tobasco sos (nih optional - kalau ada lagi sedap sebab pedas sikit)
Lada hitam (optional jugak)

Cara :
Memula mesukkan minyak zaitun / minyak biasa + butter dalam periuk .. tunggu sampai mendidih. Masukkan Spagethi. Rebus. Berapa lama...??? kat plastik dia tuh ada tulis masa rebusan. Amik Spagethi yang besar sikit kalau halus sangat tak sedap. Untuk pengetahuan spagethi nih ada banyak size... aku tak ingat laarr pulak size apa yang biasa aku gunakan. So kalau nak beli telik dulu amik yang besar.

Kuah :
Panaskan minyak zaitun atau minyak biasa + butter. Tumis Bawang putih yang dah dicincang halus dan separuh daripada bawang besar yg dipotong dadu tadi. Pas tuh masukkan minced meat (daging cincang) - biar sekejap. Masukkan pulak sos dan kemudian cendawan butang sekali dengan air dia. Biar atas api sampai sos dia pekat..(sekali sekal kacau laa bib) pas tuh masukkan bawang besar yang selebihnya tadi... cam biasa masukkan garam dan bahan perasa....
Dah siap...

Cara nak makan / hidang.
Jgn potong spagethi tuh biar dia panjang-panjang ... gulungkan dan buh atas pinggan. Buh kuah... pas tuh sediakan cheese tadi dan sos tobasco untuk sesapa yang suka... dah siap, boleh makan.

Happy Birthday Abah 'Iye...



Hari nih birthday my lovely Hubby....
Nothing special pun... puasa le katakan.. just a cheese cake kegemaran dia ... tu pun beli kat KLCC tadi... cake uncle Miki Ojisan yang memang kami anak beranak suka...so...
Happy Birthday....
Semoga Panjang Umur ... Murah rezeki (aku jugak yang senang nanti)
Diberkati dan di rahmati Allah selalu... semoga lebih matang di samping dapat membimbing kami semua - amanah paling berharga dariNYA.

Rouge Assassin


Hmmm.. baru nih aku tengok wayang citer Rouge Assassin... Pergh memang best... ganas gila.. Memula aku nak gi tengok citer Perfect Stranger tapi takut tak best plak tapi bile aku tengok ada Jet Li aku terus suggets kat my Hubby to watch that movie.... bila Jet Li berlakon memang aku rasa aku wajib gi tengok... memang tak rugi.

Citer nih aku bagi straight 5 bintang... hmm.. tapi cam biasa.... cam filem-filem yang lain pun Jet Li hanya akan berlagak macho.. kurang bersuara..
Jet Li nih aku boleh kata cam pelakon balakang tabir which memang tak der orang yang dalam filem tuh akan sangka dia adalah dalang dalam semua aktiviti-aktiviti... Sebab watak dia terlalu cool dan senyap... Usually action films ada formula dia sendiri : hello nih bukan citer Melayu dan citer Hidustan yang menyanyi-nyanyi tuh.... probably citer action akan berkisar cam nih.... good guy gets in trouble, his wife or family dies atau lebih tepat mati kena bunuh, friends have problems, so he goes to the mountain atau cari tuk guru, learns martial arts, comes back, and kills the bad guy. Betul tak....
Cam citer-citer dia yang lain jugak Jet Li hanya perlu berdiri kat atas bangunan tinggi dan shoot.. atau dia hanya akan tengok aja dan semua akan berlaku by itself... everything blown up beside him.. memang cool...
Dan cam mana dia hayun pedang samurai dia potong kepala Shiro dan cam mana dia dengan begitu liciknya berkungfu... memang best...
Dalam Citer nih Jet Li as a Rouge tu sendiri - at begining ler... which he always mentioned that 'I have no master'. Memula sekali citer nih... Jet Li berkerja under Yakuza which lead by Shiro dan anak pompuan dia Kira. Memang nampak kepoweran Shiro nih bila one of the pengikut telah terkoyakkan baju Shiro masa berlatih pedang samurai.. Shiro telah dengan sengajanya potong telinga mamat tuh.. pergh memang best tengok...
Kemudian scene akan tunjukan Jet Li nih berpihak pada MR Chang pulak musuh kuat Shiro. Rupa-rupanya Jet Li lah dalang antara kedua-dua musuh nih dimana dia telah set those two click into fire. At the end both sama-sama gaduh dan dua-dua kalah...
Crawford pulak polis US yang telah lama cari Rouge sebab Rouge telah bunuh partner dia. Crawford cuba nak balas dendam atas kematian kawan dia nih.
Tapi... last sekali Crawford yang mati .. pasal apa... sebab apa ...??? kenapa....??? dan apa citer sebenarnya.. heheh korang kena tengok gak ...
Citer nih ganas sikit dan nampak cam real... bunuh sana bunuh sini.. dan banyak aksi gaduh yang brutal tapi cool...kisah sahabat yang tikam sahabat dia dari belakang dan kisah pembalasan dendam untuk keluarga dia....
So... gi aa tengok sebelum habis...

Sihir...

Dari kelas Usz. Fatma El-Zahra .. She continued to talk about sihir -
sambungan from her previous class. Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah
tukang sihir?
1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan / menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada
ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib
- read loudly, not in heart! "Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait
after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi
hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare
breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu

- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk
rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul.."

- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas,
keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.

Note!
"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis.
Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib.
Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time
to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh.
Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings. Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir . Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:

Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan
Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.

Kemudian baca doa:
Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka.
Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya:
Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah,
Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan
melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.
Treating Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin
takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is
a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun
bidara ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi
air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus.

Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.

Tips nih aku amik dari one of the e-mail. Aku rasa ia amat berguna cuma ayat-ayat tuh kalau aku ada kesempatan aku akan cuba cari ayat no berapa sebab kalau salah baca sebutannya nanti jadi lain maksud pulak.. aku ada copy asal tips nih tapi masalahnya Arabic Wording dia kalau aku scan still tak berapa clear and my PC tak der Arabic Keyboard pulak ... anyway... kalau rasa tak confident nak baca dalam Lughah Al- Quran boleh baca meaning dia yang dalam BM tuh jer....

Wednesday, September 12, 2007

On Leave - for 1 Month


SELAMAT BERPUASA ...


Puasa Masa Zaman Dolu-dolu

Biasa kalau kat rumah mak dulu, mak mesti masak makanan special untuk hari pertama kita orang bersahur... nih semua sebagai rasuah untuk kita orang adik beradik lebih bersemangat untuk makan sahur dan boleh tahan kenyang sampai berbuka esoknya... maklumlaaaa.. first day puasa mesti cam liat sikit...

Tapi hari nih aku cam tak der idea nak masak apa ntuk sahur... Kakak kata nak puasa penuh tahun nih... tahun lepas dia tak tinggal pun puasa tapi kebanyakan hari dia puasa 1/2 day jer... dan setiap kali dia berbuka 1/2 hari mesti dia balik rumah dan nangs sebab dia nak puasa penuh tapi teacher paksa berbuka... kali nih dia dah pesan dia nak puasa penuh 30 hari... entah aku pulak yang rasa kesian tapi aku just buat sokongan 100 peratus untuk tidak menghapakan dia...

Aku dulu ... kalau tak salah darjah dua baru puasa penuh... darjah satu puasa separuh hari... hmmm... letih jugak dulu... cam nak mati rasa puasa.. dan aku selalu gi berendam kat bilik air untuk tidak rasa penat... mak selalu bising..dia kata nanti batal puasa kalau mandi lama-lama... mungkin dia takut aku minum air kat paip dalam bilik mandi tuh kot...

Tak bayak citer aku masa zaman puasa kecik-kecik dulu... cuma kalau mak tak bagi aku puasa sebab tak lalu nak bangun sahur aku mesti merajuk dan nangis... tuh masa kecik leerrr.. tapi sekarang nih kalau boleh buat lagi best... huhu

Benda yang aku paling tak boleh lupa masa zaman kecik-kecik dulu, aku suka kacau abang aku puasa... kalau aku tak puasa aku saja jer makan benda-benda yang sedap-sedap depan dia.. cam makan ayam goreng tang-tang peha ker pergh... errmm ice cream.. air sirap buh air batu ...fuh memang syiok tengok masa dia telan air liur ... dan tak sapa berani marah aku sebab aku anak bongsu.. manja.. kalu aku nangis.. ada laaa orang lain yang akan kena marah nanti... hehehe bangga jadi anak bongsu nih...

Citer nih memang aku tak boleh lupa... benda dajal yang aku pernah buat kat abang aku.. errr... abang aku yang atas aku.. beza jarak kita orang dalam 7 tahun .. jadik masa tuh kalau tak salah aku, aku baru 6 atau 7 tahun jer ..... Ada sekali masa abang aku tidur .. dia suka tidur kat kerusi panjang kat ruang tamu.. dah petang dah pun... dah nak berbuka ... aku cam bosan sebab tak der apa nak buat... orang lain semua tak nak layan aku sebab penat puasa.. abang aku semua tidur dan kakak aku tengah sibuk tolong mak masak .... aku masa tuh tengah kulum cokelat van houtan yang bulat-bulat tuh... tengah syok makan ...entah cam mana tetiba kepala hotak aku keluar lampu siap menyala-nyala - tanda idea paling bernas telah menjelma.... aku tengok abang aku tengah sedap tidur dan mulut dia ada sedikit ternganga.... hmmm... inilah masa untuk aku balas dendam atas perbuatan dia yang selalu membuli aku tuh... pas tuh aku pun datang dekat menghampiri abang aku tuh... heheh... aku dah bertukar... dah keluar 2 tanduk kat kepala aku dan tangan kiri aku sdang memegang tongkat panjang yang ada pencakar kat hujung dia tuh...sambil mengurut-ngurut janggut... dan ekor aku dah semakin panjang ...hheheh aku dah menjelma menjadi syaitan pulak....

kalau aku masukkan sebijik cokelat dalam mulut dia cam mana hek... pengaruh setan aku semakin kuat.... rugi kalau tak buat sekarang detik hati aku... bila lagi nak balas dendam., inilah masa terbaik.... pas tuh aku tunggu masa paling sesuai untuk aku masukkan cokelat tuh kat dalam mulut dia... blurb...!!! heheh masuk jer aku terus bla... nyorok dalam bilik...tetiba.. dia gi dapur.. sambil kunyah cokelat sikit dan buat-buat ludah ... konon-konon ler tuh.... nih mesti Nin yang buat.. dia gi dapur ngadu kat mak... dia kata habis batal puasa dia.... mak cuba pujuk sebab dah nak berbuka dah... mak kata tak apa tak sengaja boleh puasa terus... tak batal pun... hehehe.. alasan untuk berbuka puasa tidak dapat diterima oleh mak aku.. padan muka ko...
Tapi...
Aku seram... habis aaa... mesti kalau ayah tahu dia mesti marah... nasib baik mak tak bagi tahu ayah... dan seperti biasa aku terlepas... dan abang aku dia pun tak berapa marah kat aku.. mungkin sesuatu yang menguntungkan dia jugak... dia dapat makan dengan paksa rela dan mak ngan ayah tak marah pun dia makan ... dengan alasan tak sengaja... heheh
Kat abang Din .. sorry aaa... harap-harap lu tak marah lagi kat gua ... kalau lu rasa berterima kasih... no big deals.. gua memang suka tolong orang ...

Sunday, September 9, 2007

Betul ke ada Hadith Malaikat Jibril untuk bulan Ramadhan ?

Sempena nak meyambut Ramadhan nih... banyak e-mai l- e-mail dari kawan-kawan yang mintak maaf yang berdasarkan sebuah hadith (yang aku sendiri tak tahu hadith sohih atau pun tidak lagi) ...


Cuba korang baca ayat yang telah diquotekan ini...






" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.



Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.



Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari
Jum'at.



Aku try jugak cari kesohihan hadith di atas nih tapi aku tak berapa jumpa sebab mungkin atas kejahilan aku sendiri atau memang tak ada hadith yang berbunyi demikian... hehehhe ... lagi pun aku tidak berusaha mana pun... sekadar check dalam internet jer.. aku tak berani forwardkan hadith tersebut sebelum aku tahu punca dari mana datangnya hadith tersebut dan ke'authentic'annya hadith tuh...

Tapi usaha aku nih akhirnya berjaya jugak bila malam tadi my hubby rupa-rupa dah gi tanya sorang ustaz (which kawan dia jugak yang lebih banyak ilmu pengetahuan agama daripada kami - tu aku memang terpaksa ngaku)

Pasal hadith tersebut.... errmm.. oleh kerana aku nak simpan tenaga aku untuk bulan puasa dan perasaan malas yang dah semakin membuak-buak.....aku rasa adalah lebih baik kalau aku just copy and paste aja e-mail soal jawab e-mail tersebut ... cuba baca e-mail di bawah nih...

----- Original Message -----
From: Ahmad Badruddin Che Kasim
To: smach91@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 10, 2007 6:03 PM
Subject: RE: [smach91] FW: Selamat Menyambut Ramadhan

salam

minta maaf nok royat ...
'hadis' ni adalah hadis yang diubah dari hadis asal sahih yang dikumpul Imam Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad .
kena komen jugok sebab banyak bedo'oh doh orang sebar samada secara sedar atau tak sedar, 'hadis' ni sebenarnya versi yang baru diubah. saya tengok circulate banyak, di paste merata rata dalam web dan agak lama, saya pernah tengok date posting 2002, kalu tak silap.

ni hadis asal dia.
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

- Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup, tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab terhadap mereka.

- Lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon ampun banyak2 kpd Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita di dalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong. Termasuklah tidak sia-siakan bulan ramadhan semasa hayatnya.

- Seseorang yang apabila mendengar nama Nabi di sebut kepadanya, langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong

maaf nak tambah sikit lagi ...
Israeliyat guna konsep gini banyak ... something hok dekat dengan hadis dan bunyi bagus ... supaya orang tak perasan bahawa apa yang di kongsi sebenarnya maudhu'

regards
yoe


Ini aku ada jumpa satu blog yang tulis lebih mendalam pasal benda nih .. check it out... Dan Alhamdullillah terjawab jugak laarr pertanyaan aku selama ini... tapi maaf kalau e-mail diatas tuh ada bau-bau budu sikit.. maklumlerr.. ustaz nih orang Kelantan...

So sesapa yang dah kirimkan e-mail tersebut harap tak yah aaa forwardkan lagi ... aku bukan apa aku takut benda-benda nih akan di pesongkan lagi oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab... cam "Baik tak yah puasa aa cam nih dah aku banyak buat dosa ngan mak-bapak aku.. puasa pun tak guna , nanti tak diterima pulak..." aku takut benda-benda cam nih jer yang timbul...

Tetapi memang betul menjadi satu kewajipan untuk kita saling maaf memaafi antara satu sama lain tak kira dalam bulan apa sekali pun.... so tak yah aa.. nak tunggu bulan Ramadhan atau nak tunggu hari Raya baru nak mintak maaf.. atau baru nak mintak maaf sebab takut puasa tak diterima pulak...
Tak kisah hari apa pun kita perlu mintak maaf dan sentiasa memaafi pada sesama Islam kita setiap masa. Kita sebagai insan (yang pelupa) sentiasa melakukan kesilapan-kesilapan yang sengaja atau pun tidak...

Thursday, September 6, 2007

Teka-teki Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wednesday, September 5, 2007

2nd BBQ


Alhamduliallah... barbeque kali nih excellent ... hmmm... this is second bbq kat rumah aku... semua ok... cuma berlebih banyak nasi lemak... sebab banyak makan lauk jer dan tak ingat kat nasi lemak... tapi semua ok nasi-nasi tuh pun dapat diselamatkan.. aku bungkus bagi dia orang bawak balik... Alhamdulliah tak membazir langsung...we really have fun ... tak sabar nak BBQ lagi...

Tuesday, September 4, 2007

Jom BBQ kat umah aku...

Week end nih aku terasa nak buat barbeque plak... jom check barang apa yang aku perlu ada untuk persiapan barbeque nih...

Binatang-binatang yang perlu ada sebagai bahan bakar adalah seperti:

Ayam
Ikan Siakap
Ikan Kembung
Ikan Pari
Ikan Jaket (aku tak tahu nama sebenar - ikan nih banyak digoreng di hostel-hostel makanan ruji bebudak hostel)
-ikan-ikan di atas boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing
Sotong (yg besar-besar)
Udang (yg besar-besar)
Daging
Lamb (buat lamb chop pergh...)
Kentang, jagung (ntuk jagung just sapu ngan butter dan tabur sikit garam dan papper - bakar)

Ok kalau ikut resepi turun temurun mak aku laaa kan bahan-bahan perapan adalah seperti berikut

bawang
bawang putih - sikit jer
sikit halia
sikit serbuk kunyit
serai banyak sikit
jintan manis
jintan putih - sikit
garam
gula lebih sikit biar manis
letak pak aji sikit (tak yah pun tak apa dah ada gula)
margerin
Semua bahan di atas nih korang blend ... lepas tuh perapkan semua bahan-bahan yang untuk di bakar.... perapkan kalau nak lagi sedap semalaman... pas tuh bakar.. masa bakar tuh jangan lupa renjiskan air perapan tuh supaya dia tak kering sangat... renjis dengan menggunakan serai yg dah diketuk dan ikat sikit tangkai dia...

Ok untuk lebih dramatik untuk ayam dan daging bahan-bahan tadi tuh korang blend dengan lada hitam (tak yah hancur sangat) dan buh madu sikit ... memang cun ....

Untuk lamb plaks... aku pakai jer sos lada hitam maggie atau Seri Aji. Resepi sebenar nanti aku tolong carikan...

Owh lupa untuk kentang dengan sifat malas aku aku biasanya belah memanjang dan melintang kentang dan sumbatkan butter dan sedikit chees balut dengan alluminium foil ... dan bila dah masak buka dan buh sour cream(kalau ada, kalau tak ada cam tuh pun dah sedap)

Erm.. kalau aku, aku suka cicah dengan air asam jer ...

Resepi dia:
Bawang besar
Cili api
belacan sikit
air asam jawa
- tumbuk sikit semua bahan-bahan yang telah di slice tadi jangan sampai lumat pulak kalau nak senag ramas jer tapi cam tak proper plak kalau orang tengok nak-nak kalau mak mertua tengok tek elok.. so tumbuk 2/3 kali jer...

atau

Cicah kicap jer..
Bawang besar
cili api
kicap manis / kicap masin
limau nipis
- hiris semua bahan dan buh kicap pas tuh buh asam.. tekan-tekan sikit supaya rasa pedas sekata...

Nih resepi turun temurun lebih kepada ala-ala kampung ...tapi nanti aku bagi link tips penuh untuk barbeque yang aku cari baru-baru nih... aku betul-betul kagum dan InsyaAllah aku akan cuba ...

Happy Birthday Adik...






Selamat Hari Lahir yang ke 3. Semoga menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah. Jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.

Monday, September 3, 2007

Bukan Muhrim VS Babi dan anjing... Mana satu boleh pegang

Dah lama sebenarnya aku dok cari article dan nas-nas sohih pasal babi dan anjing nih.. ingat tak citer Mahasiswi UPM yang mengambil gambar sambil tersenyum girang sambil memeluk anak-anak babi dan anjing dulu... maka ramai laaar suara-suara sumbang yang memarahi budak perempuan itu... dan ramai jugak yang mencaci, memaki dan menghina budak perempuan nih..

Bagi aku bila aku bukak e-mail gambar-gambar budak perempuan nih aku sikit pun tak rasa apa... pi lantaklah dengan dia nak tangkap gambar dengan sapa... dan lagi pun budak nih bergambar dengan babi dan anjing jer bukan dia buat perkara yang jijik dan berdosa...

Mungkin betul aku jahil.. tapi mintak tolong keluarkan mana-mana ayat Al-Quran yang menyatakan bila kita pegang babi dan anjing itu kita berdosa... atau haram memegang babi dan anjing... ok... jangan salah faham dengan memegang babi dan anjing dengan memakannya... memang kita nampak jijik bila kita tengok orang Melayu memegang nak-nak kalau dia memeluk binatang-binatang tersebut dengan tersenyum bangga ... tetapi sebenarnya kedua-dua binatang nih kita boleh pegang cuma / hanya tidak boleh dimakan kerana hukum memakan daging binatang-binatang ini adalah HARAM... dan ki ta boleh memegang kedua-dua binatang ini kerana mereka hanya tergolong dalam NAJIS MUGHALAZAH ...

Tahu apa itu NAJIS MUGHALAZAH... tu laaa tahu kutuk orang jer tapi ilmu tak der... so sebelum korang buat sesuatu komen tolong periksa tahap keilmuan korang... tolong buka kitab semak dan kaji sebelum membabi buta menghina orang lain...

Ok NAJIS MUGHALAZAH nih adalah najis berat... Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan tersebut.

Cara menyucikan najis mughallazah nih ialah dengan membersihkan bahagian yang terkena najis tadi. Atau dalam erti kata lain korang boleh samak sahaja bahagian yang terkena najis tersebut.... Caranya basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air. Gunakan air mutlak (air yang bersih lagi membersihkan) untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa. so aku ulang sekali lagi... hukum najis berat ialah apabila korang terkena apa-apa sahaja yang dikategorikan dengan najis berat korang hanya perlu samak sahaja bahagian yang terkena najis itu... dan korang adalah tidak berdosa pun... jadi bila dah samak... korang boleh laaarrr buat aktiviti biasa cam sembahyang, pegang Quran sebab sudah tiada najis lagi yang terlekat di bahagian badan korang ada paham...

Aku tak salahkan sesapa sebab mungkin dari kecik lagi mak bapak dan adat atau environment kita yang telah mendidik kita bahawa kita tak boleh pegang babi ngan anjing sebab haram... tuh semua salah... mereka nih tidak haram dipegang cuma kalau pegang samak balik... binatang-binatang nih juga ada hak untuk hidup dan disayangi ...

Teringat aku kat citer sorang pelacur yang masuk syurga sebab selamatkan seekor anjing... ini citer masa zaman Nabi dulu kalau aku tak salah.... pas tuh citer anjing yang telah tidur didepan gua dalah surah Al Kahfi... ermmm... citer pasal nabi suruh rakan-rakan dia yang bertanyakan soalan boleh tak kita makan dalam bekas anjing jilat... nabi jawab boleh selepas di basuh (mungkin apa yang dimaksudkan ialah di samak) nih semua citer-citer dalam Quran... hmmmm...

Gambar yang dikirimkan itu mungkin bagi kita amat menjijikkan tapi mungkin betul apa yang telah cuba diterangkan... niat sebenar gadis ini mungkin kita ragui (cam biasa aaa... Melayu sentiasa berburuk sangka) tapi bila dia dah terangkan dengan balasan e-mail tuh jadi kita anggap penerangan dia tuh betul dan semua nas-nas yang dikeluarkan itu memang betul... dan kepada yang memaki hamun pompuan tuh diharap boleh laarrr minta maaf.

Aku bukan seorang yang pandai bercakap pasal hukum-hakam... aku hanya sampaikan dari apa yang pernah aku pelajari sikit-sikit dulu.. jadi sila pergi sini .. sebab aku rasa blog nih dengan panjang lebar menerangkan mengenai hukum-hakam mengenai babi dan anjing...

Jadi bagi aku... tolong tutup mulut kamu kalau kamu tidak tahu apa yang betul dan apa yang tidak. Adalah menjadi satu kemaluan yang besar sekiranya bercakap hal-ehwal agama dengan membuta tuli dan tanpa disokong dengan Al-Quran dan hadis.

Haaa.... yang part nih aku memang tak suka dan aku juga sedikit marah...bukan marah sedikit tidak selesa... memang tidak sesuai bagi awek nih mengambil gambar yang kontroversi itu di Malaysia ini yang mengamalkan adat istiadat yang dicipta oleh kita orang Melayu. Mungkin bagi aku gambar itu sedikit kurang ajar apabila ko pegang dan bermanja-manja dengan kedua-dua binatang tersebut di Malaysia (sekali lagi aku tekankan di Malaysia) kita hidup bermasyarakat dan sila hormat dengan adat-istiadat orang Melayu (yang tak berapa pandai tentang hukam-hakam nih cam aku dan suka mengkontroversikan keadaan). Aku bukan nak kutuk korang pulak... tapi bila ada yang kawan-kawan kita tengok mungkin dia juga akan mengikut tanpa tahu tentang hukum-hakamnya... haaa... cam mana... dan bagi aku gambar dia bermesra dengan binatang tersebut seolah-olah mencabar....

Jom aku cuba bawa balik apa yang aku pernah belajar masa kat college dulu... kalau my long term memory masih hebat lagi... dulu masa aku amik Social Psychology ada Dr. tu bagi tau yang setiap negara ada dia punya legal adat resam.. iaitu something yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang bertulis negara itu tetapi telah dianggap sebagai seolah-olah 'Legally Acceptable' by dia orang punya penduduk setempat. Apa yek term yang dia orang gunakan ... memang aku dah lupa. Sorry aku memang dah tak ingat apa nama term yang diberikan untuk benda nih... long term memory aku dah semakin teruk. Tanda-tanda penuan semakin terserlah.
Sesuatu perkara tu memang berbeza from culture to culture and what is considered good atau disanjung tinggi in one culture kekadang can be considered very bad dan dicela in another sehinggkan kemungkinan besar korang akan terbunuh. Jadi kalau anda seorang yang suka melancung tolong serba-sedikit tahu tentang budaya negara itu terlebih dahulu sebelum anda mati tak mengucap dinegara itu...

Cam contoh... aku memang terkejut bila first time tengok Pak-pak Arab tua (aku tak sure dari tribe mana) bila dia jumpa kengkawan dia orang, dia akan jilat telinga memasing... sampai hari nih aku tak boleh terima perbuatan yang bagi aku sungguh tidak beradab tu... lepas tuh aku ada tanya kawan aku cam mana orang Arab bila dah delivered baby... dia kata there will be no pantang-pantang.. the women mesti pada keesokan harinya berkerja macam biasa cam amik kayu api ker ... sebab kalau dia tak buat cam tuh dia dikira pemalas... kan ko rasa cam tidak berperi kemanusian tuh... jadi tu larr aku kata... sesetengah benda memang boleh diterima pakai di sesetengah tempat tetapi tidak di negara ini walaupun pada dasarnya benda itu adalah betul dari Fiqah dan Syri'ahnya ...

So... benda yang bebudak tuh buat memang betu-betul salah dari mata masyarkat Melayu di Malaysia ini. Ianya dianggap benar-benar tidak baik atau dalam erti kata kurang ajar adalah terlalu bangsat...

Aku tak salahkan 100% kat budak tuh dan aku aku juga tidak mahu dicategorykan sebagai pembuat tuduhan yang membabi buta... 'mungkin' aku ulang mungkin niat dia baik ... cuba untuk menerangkan kepada orang lain yang jahil mengenai hukum-hukam fiqah najis ini... tapi mungkin caranya adalah salah... mungkin lebih tidak menimbulkan kontroversi sekiranya dia cuba tangkap gambar macam dia tengah belajar dan pegang binatang dengan rasa simpati atau berlakon sedih dan penuh rasa tanggung jawab dan penuh sifat berperikebinatangan (kalau bersifat kemanusian dipanggil berperikemanusian) .... berlakon laa sikit... so dalam masa yang sama dia boleh sampaikan ilmu yang bagi aku amat berguna (kepada mereka yang suka-suka tuduh tanpa siasat dan yang kurang ilmu fiqah nih termasuk aku sekali) iaitu tidak haram memegang babi dan anjing. Kan itu lebih sopan... Lebih manis... nak-nak awek tuh pun awek cun mesti dia boleh menyampaikan ilmu itu dengan mudah...

Nah aku bagi korang satu kes untuk korang uji minda kebodohan korang tuh...

Mana korang rasa lagi haram...

- Korang pegang tangan boyfriend / girlfriend korang atau even sentuh mereka-mereka yang bukan muhrim laaa dengan korang peluk cium babi dan anjing...

hmmmm ... bukan muhrim VS babi dan anjing...???


Jawapan :

Kalau korang pegang babi dan anjing lepas korang samak korang dah telah disucikan dari benda-benda haram tuh tadi. atau korang dah bersih dah dari najis berat ....

TAPI... kalau korang pegang / sentuh boy/girl friend korang, dosa itu akan berkubur sehingga korang betul-betul mintak ampun dengan tuhan...

Wallah hualam. Pikir sendiri.

Sunday, September 2, 2007

Happy Anniversary



He he he hari nih is my Annyversary ... ulang tahun perkhawinan yang ke 7 ... we are so much in love ... still... insyaAllah... dan aku rasa kami dah semakin mengenali dan memahami diri masing-masing Alhamdulliah...
Semoga perkhawinan kami kekal dunia dan akhirat...
Semoga perkhawinan kami ini diberkati Allah dan dicucuri rahmat...
Ameen.

Tapi gambar-gambar tuh menghampakan aku.. nanti aku citer detik-detik menjelang perkahwinan aku 7 tahun dulu...