Friday, September 21, 2007

Cam mana boleh jadi cam nih...???


Sambung citer pasal budak yang dirogol, didera dan dibunuh kejam ... pagi tadi aku cuba cari lagi infor pasal kanak-kanak yang telah diculik, dirogol dan dibunuh dengan kejam... selepas kes Jurutera muda yang cantik dirogol dan dibunuh ramai lagi kes-kes lain yang menyusul membabitkan perempuan muda dan kanak-kanak. Kes kedua menyusul ialah kes Nurul Hanis 16 tahun dari Jasin Melaka ditemui separuh bogel dan lehernya dijerut dengan tali beg sekolahnya, pas tuh gadis di rogol bergilir-gilir plak ... dan banyak lagi selepas itu.. Cuba tengok kat sini berapa banyak jenayah-jenayah yang pelbagai jenis dari tahun 2003 - 2005 (aku still cari statistik terbaru pasal jenayah rogol kanak-kanak nih... )

Baru-baru nih pulak kes rogol bersiri di kampung baru seakan-akan menjadi-jadi.. semua mangsa kanak-kanak dalam usia 5 hingga 8 tahun.. apa nak jadi dengan Malaysia.. macam-macam kes dikenal pasti.. lepas satu-satu...Along, peras ugut, bunuh, rasuah, tembak-menembak dan macam-macm kes lagi semakin berleluasa... semakin menjadi-jadi.. salah sapa..


Bagi aku selagi undang-undang di Malaysia nih tidak di kemaskinikan selagi tuh laarrr jenayah jenayah kejam ini akan sentiasa berleluasa... manusia sudah tidak takut lagi dengan PENJARA lagi dah.. aku pernah diberitahu yang ahli-ahli penjara tuh sendiri tidak terasa yang mereka ini sedang menjalani hukuman... kata mereka, apa susah rumah ada.. ada tilam lagi... makan sedap... toilet siap wangi lagi.... tak takut pun duk kat dalam tuh... tilam pulak peruntukan setiap 3 / 4 tahun akan ditukar dengan yang baru (kurang ajar betul tilam kat umah aku dah 7 tahun tak pernah tukar. Ada satu tilam aku yang second hand tuh pun aku rasa dah berpuluh tahun dah aku guna dah naik lunyai... tak der pulak org nak tukar kan... hampas) ... hak asasi mereka betul-betul terjaga... Lepas beberapa tahun di penjara dengan hidup yang senang lenang.. mereka keluar tanpa ada rasa keinsafan ... hmm.. siap dapat duit lagi tuh.... cilaka betul ...

Bagi aku undang-undang Hudud adalah yang terbaik... itulah undang-undang Allah yang sepatutnya kita applykan kat negara yang kononnya begelar NEGARA ISLAM nih .. ISLAM HADAHARI... tidak seislam namanya ... aku rasa inilah semua punca kenapa jenayah semakin berleluasa... manusia langsung tidak takut membuat dosa .. dosa bagai permainan bagi mereka .. mereka seolah-olah sedang mencabar kerajaan kita ... dan yang menjadi mangsa mereka-mereka ini.. kanak-kanak yang tidak berdosa ini ....

Allah dah buat garis panduan yang amat lengkap pasal hukuman-hukuman yang sepatutnya dijalankan.. dan tidak ada alasan untuk mengingkari undang syariah ini... cuba baca arahan-arahan Allah untuk Hudud nih :



1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang
kafir.
- Al-Maidah 5:44.



2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
- Al-Maidah 5:45.



3. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang Fasik - Al-Maidah 5:47.


Hukum Hudud adalah hukuman yang paling setimpal dan paling adil. Hukuman ini berupa pengajaran kepada orang-orang lain agar mereka tidak akan melakukan perkara-pekara tersebut.. agar mereka berasa takut dengan apa yang dilihat mereka... memang sekali dengar memang meremang bulu roma... kejam kata orang kafir yang cuba untuk menyesatkan lagi kita nih... tapi jika kita teliti tujuan sebenar dan cara mempractickan hukuman ini tak da apa yang kejam.. tak de apa yang tidak adil .. cuma orang yang tidak ada ilmu pengetahuan sahaja yang akan mengutuk hukuman yang ditentukan Allah ini... tolong aa.. belajar dan selidik dulu sebelum membuat sesuatu andaian atau statement yang membodohkan diri sendiri.. malu tau kalau cakap banyak tapi bangang.. lebih baik diam ....


Dan telah tetapkan ke atas mereka di dalamnya (iaitu di dalam kitab taurat) bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, mata dibalas dengan mata, hidung dibalas dengan hidung,telinga dibalas dengan telinga, gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka pun ada qisasnya(yang seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka ia menjadi penebus dosa bagi dirinya; san sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
-
al-MAIDAH
5:45.


Nih setelah beberapa hari surf internet pasal Hudud nih .. aku jumpa web khusus pasal hukum-hakam Allah untuk kita kongsi bersama dan at least tahu serba sedikit pasal Hudud nih... jangan jadi manusia yang tidak berilmu...

No comments: