Aku tak habis lagi nak comment pasal pembunuhan kejam kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun tuh... kanak-kanak yang baru jer melihat dunia nih.. baru hendak tahu apa makna atau erti sebenar sebuah pentas dunia... aku rasa sedih sangat bila menatapi wajah kanak-kanak itu.. nauzubillah detik hati aku .. aku mintak Allah jauhkan dari segala benda busuk ini dari keluarga aku.. keluarga saudara-mara aku... keluarga kaum kerabat aku.. dan keluarga sahabat handai aku... kalau boleh seluruh pelusuk dunia ini.. tolong hentikan perbuatan yang berunsur syaitan ini...
Masih tak terdaya aku nak bayangkan keadaan budak itu ketika diseksa... dirogol... dan dibunuh kejam... apa tidak ada langsungkah nilai-nilai murni dalam diri pembunuh itu.. apa langsung tidak terasa betapa peritnya jika kamu sendiri atau kaum kerabat kamu diperlakukan begitu.. aku pelik.. aku amat-amat pelik sudah acap kali kejadian culik, rogol dan pembunuhan kejam ini berlaku di bumi Malaysia.. dan sekarang semakin menjadi-jadi.. aku cuba cari punca.. aku ingat lagi Theory-theory psychology bodoh yang pasti mengaitkan sesuatu perkara itu Mental Disorders atau apa-apa disorders lain ...
Ok aku ngaku aku ada belajar pasal benda nih masa aku kat college dulu..tapi aku tidak pulak menyokong perkara yang diatas ini disebabkan gangguan psychology semata-mata... banyak sebab lain yang menjuruskan perbuatan berunsur syaitan ini... ok let me brief you guys pasal sex kanak-kanak nih... first memang ada certain orang yang have a really high or powerful sexual urges atau keinginan sex yang melampaui batas terhadap kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 13 tahun kebawah (kalau tak salah aku definasi kanak-kanak - usia 13 tahun kebawah)... atau term Psychology - Pedhophilia. Pedhophilian ini kebanyakannya suka berkhayal dan memang ada yang melakukan sex dengan kanak-kanak ini. Dia orang nih kebanyakannya berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun keatas.. aku pun pelikjugak.. cuba laa cari mana-mana pelacur kat luar yang ketagihan sex atau mencari duit makan dengan melacur tuh.. ok sambung balik.. kebanyakan kes hanya dilapurkan sama ada budak tuh meningkat besar dan dah tahu apa itu sex sebenarnya... sebab golongan nih akan kata bahawa benda yang dia org buat tuh adalah sesuatu yang biasa untuk menunjukkan kasih sayang.. banyak kes-kes yang tidak dilaporkan apabila pelaku adalah dari kaum-kerabat seperti ayah, atuk, abang atau sedara terdekat... kesimpulan cerita .. org-org cam nih memang daya sex dia memang kuat kat budak-budak aja atau dengan budak-budak dan adult sekali...
Ok yang second nih memang masalah ... dia suka sex ganas yang terlampau... dia akan rasa teransang jika mangsa dia sakit dan menjerit-jerit (teingat kes Norita plak) atau term Psychologynya ialah Sexual Masochism dan menurut salah sorang pakar psychology dia kata ada yang merotan anak-anak mereka hanya untuk ransangan sexual.. tapi theory tuh telah dimnsuhkan kemudian...
Berbalik pada kes kanak-kanak diatas... aku rasa pada phirasat aku yang tak berapa profesional nih pelaku mengalami kedua-dua disorder yang aku dah terangkan tadi... dari segi perubatan laarr kan... dan perlu diingatkan bahawa aku tidak langsung mengatakan pelaku mengalami sakit mental yang kritikal dan tidak perlu dipersalahkan... TIDAK SAMA SEKALI... bagi aku dia perlu ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang paling teruk dan kejam setimpal dengan perbuatan kejam dia tuh.... aku belum habis lagi jumpa next post ... aku perlu selesaikan tugas-tugas aku yang belum selesai sbelum aku pulak yang akan mengalami gangguan mental tahap critical .. tunggu next post ...
No comments:
Post a Comment