Sunday, September 9, 2007

Betul ke ada Hadith Malaikat Jibril untuk bulan Ramadhan ?

Sempena nak meyambut Ramadhan nih... banyak e-mai l- e-mail dari kawan-kawan yang mintak maaf yang berdasarkan sebuah hadith (yang aku sendiri tak tahu hadith sohih atau pun tidak lagi) ...


Cuba korang baca ayat yang telah diquotekan ini...






" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.



Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.



Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari
Jum'at.



Aku try jugak cari kesohihan hadith di atas nih tapi aku tak berapa jumpa sebab mungkin atas kejahilan aku sendiri atau memang tak ada hadith yang berbunyi demikian... hehehhe ... lagi pun aku tidak berusaha mana pun... sekadar check dalam internet jer.. aku tak berani forwardkan hadith tersebut sebelum aku tahu punca dari mana datangnya hadith tersebut dan ke'authentic'annya hadith tuh...

Tapi usaha aku nih akhirnya berjaya jugak bila malam tadi my hubby rupa-rupa dah gi tanya sorang ustaz (which kawan dia jugak yang lebih banyak ilmu pengetahuan agama daripada kami - tu aku memang terpaksa ngaku)

Pasal hadith tersebut.... errmm.. oleh kerana aku nak simpan tenaga aku untuk bulan puasa dan perasaan malas yang dah semakin membuak-buak.....aku rasa adalah lebih baik kalau aku just copy and paste aja e-mail soal jawab e-mail tersebut ... cuba baca e-mail di bawah nih...

----- Original Message -----
From: Ahmad Badruddin Che Kasim
To: smach91@yahoogroups.com
Sent: Monday, September 10, 2007 6:03 PM
Subject: RE: [smach91] FW: Selamat Menyambut Ramadhan

salam

minta maaf nok royat ...
'hadis' ni adalah hadis yang diubah dari hadis asal sahih yang dikumpul Imam Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad .
kena komen jugok sebab banyak bedo'oh doh orang sebar samada secara sedar atau tak sedar, 'hadis' ni sebenarnya versi yang baru diubah. saya tengok circulate banyak, di paste merata rata dalam web dan agak lama, saya pernah tengok date posting 2002, kalu tak silap.

ni hadis asal dia.
Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

- Berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup, tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab terhadap mereka.

- Lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon ampun banyak2 kpd Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita di dalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong. Termasuklah tidak sia-siakan bulan ramadhan semasa hayatnya.

- Seseorang yang apabila mendengar nama Nabi di sebut kepadanya, langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong

maaf nak tambah sikit lagi ...
Israeliyat guna konsep gini banyak ... something hok dekat dengan hadis dan bunyi bagus ... supaya orang tak perasan bahawa apa yang di kongsi sebenarnya maudhu'

regards
yoe


Ini aku ada jumpa satu blog yang tulis lebih mendalam pasal benda nih .. check it out... Dan Alhamdullillah terjawab jugak laarr pertanyaan aku selama ini... tapi maaf kalau e-mail diatas tuh ada bau-bau budu sikit.. maklumlerr.. ustaz nih orang Kelantan...

So sesapa yang dah kirimkan e-mail tersebut harap tak yah aaa forwardkan lagi ... aku bukan apa aku takut benda-benda nih akan di pesongkan lagi oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab... cam "Baik tak yah puasa aa cam nih dah aku banyak buat dosa ngan mak-bapak aku.. puasa pun tak guna , nanti tak diterima pulak..." aku takut benda-benda cam nih jer yang timbul...

Tetapi memang betul menjadi satu kewajipan untuk kita saling maaf memaafi antara satu sama lain tak kira dalam bulan apa sekali pun.... so tak yah aa.. nak tunggu bulan Ramadhan atau nak tunggu hari Raya baru nak mintak maaf.. atau baru nak mintak maaf sebab takut puasa tak diterima pulak...
Tak kisah hari apa pun kita perlu mintak maaf dan sentiasa memaafi pada sesama Islam kita setiap masa. Kita sebagai insan (yang pelupa) sentiasa melakukan kesilapan-kesilapan yang sengaja atau pun tidak...

No comments: